Senarai watak Sword Art Online: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Hezery99 (bincang | sumb.)
Hezery99 (bincang | sumb.)
Baris 56: Baris 56:
;{{voiced by|[[Aoi Yūki]]}}
;{{voiced by|[[Aoi Yūki]]}}
{{nihongo|'''Yuuki Konno'''|紺野 木綿季|Konno Yūki}} merupakan watak utama dalam novel ringan jilid 7 dan anime SAOII arca Mother's Rosario. Dia merupakan seorang kaum Imp di ALO, dan dia mula bertarung dengan sesiapa sahaja dengan menjanjikan satu Kemahiran Pedang Asal (OSS) dengan kombo 11 kali jika dia ditewaskan: disebabkan statusnya yang tidak dapat dikalahkan, dia digelar "Pedang Mutlak". Asuna juga cuba bertarung dengannya tetapi tewas. Setelah perlawanan Yuuki mengajaknya untuk membantu mengalahkan ketua raksasa tingkat 27 bersama-sama kesatuannya "Sleeping Knights" dengan niat untuk mencatatkan kesemua nama ahli di Monumen Pemedang sebagai kenangan. Setelah beberapa peristiwa termasuklah setelah tewasnya ketua raksasa, barulah didedahkan bahawa Yuuki menghidap [[Sindrom Kurang Daya Tahan Melawan Penyakit|HIV/AIDS]] dan ahli-ahli kesatuannya kesemuanya adalah pesakit yang mempunyai harapan tipis untuk terus hidup: untuk menguji peranti Medicuboid, yang direkabentuk oleh Rinko Koujiro, untuk menjaga pesakit akan datang. Yuuki sangat rapat dengan Asuna, yang mengingatkannya kepada mendiang kakanya Aiko Konno. Semakin hari, keadaan Yuuki semakin kritikal dan setelah dia mewasiatkan OSS «Mother's Rosario» kepada Asuna, dia meninggal dunia dengan tenang di ALO, dengan disaksikan lebih 1,000 pemain daripada pelbagai puak dalam permainan, termasuklah ahli-ahli kesatuannya, Asuna dan rakan-rakannya.
{{nihongo|'''Yuuki Konno'''|紺野 木綿季|Konno Yūki}} merupakan watak utama dalam novel ringan jilid 7 dan anime SAOII arca Mother's Rosario. Dia merupakan seorang kaum Imp di ALO, dan dia mula bertarung dengan sesiapa sahaja dengan menjanjikan satu Kemahiran Pedang Asal (OSS) dengan kombo 11 kali jika dia ditewaskan: disebabkan statusnya yang tidak dapat dikalahkan, dia digelar "Pedang Mutlak". Asuna juga cuba bertarung dengannya tetapi tewas. Setelah perlawanan Yuuki mengajaknya untuk membantu mengalahkan ketua raksasa tingkat 27 bersama-sama kesatuannya "Sleeping Knights" dengan niat untuk mencatatkan kesemua nama ahli di Monumen Pemedang sebagai kenangan. Setelah beberapa peristiwa termasuklah setelah tewasnya ketua raksasa, barulah didedahkan bahawa Yuuki menghidap [[Sindrom Kurang Daya Tahan Melawan Penyakit|HIV/AIDS]] dan ahli-ahli kesatuannya kesemuanya adalah pesakit yang mempunyai harapan tipis untuk terus hidup: untuk menguji peranti Medicuboid, yang direkabentuk oleh Rinko Koujiro, untuk menjaga pesakit akan datang. Yuuki sangat rapat dengan Asuna, yang mengingatkannya kepada mendiang kakanya Aiko Konno. Semakin hari, keadaan Yuuki semakin kritikal dan setelah dia mewasiatkan OSS «Mother's Rosario» kepada Asuna, dia meninggal dunia dengan tenang di ALO, dengan disaksikan lebih 1,000 pemain daripada pelbagai puak dalam permainan, termasuklah ahli-ahli kesatuannya, Asuna dan rakan-rakannya.

Seperti Asuna, dia menggunakan nama sebenar sebagai nama avatar. Selain itu, namanya juga sama seperti [[nama keluarga]] Asuna.


=== Agil ===
=== Agil ===

Semakan pada 13:07, 21 April 2017

Berikut adalah watak-watak dalam siri novel ringan, manga dan anime Sword Art Online.

Watak utama

Kirito

Disuarakan oleh: Yoshitsugu Matsuoka

Kazuto Kirigaya (Jepun: 桐ヶ谷 和人, Hepburn: Kirigaya Kazuto) merupakan merupakan antara salah seorang daripada 1,000 orang penguji dalam program beta tertutup (beta tester) sebelum SAO dipasarkan secara rasmi kepada orang ramai. Dalam dunia maya dikenali sebagai Kirito. Dia merupakan anak yatim piatu dari kecil lagi ketika ibu bapanya terlibat dalam kemalangan dan ibu bapa saudaranya mengambilnya sebagai anak angkat. Pada awal siri, Kirito kurang bersosial dan hanya bermain permainan komputer. Kirito mempunyai sikap dingin, permikiran amat tajam seperti detektif, mahir dalam program komputer, minat dalam bidang kejuruteraan mekatronik dan pemain dunia maya yang sangat cilik. Kirito mahir dalam menggunakan pedang kerana dia selalu berlatih kendo bersama sepupunya Suguha. Dia dipertemukan dengan kekasihnya iaitu Asuna Yuuki di SAO. Kirito juga digelar Pemedang Hitam (Jepun: 黒の剣士, Hepburn: Kuro no kenshi).

Nama Kirito (Jepun: キリト, Hepburn: Kirito) merupakan kependekan daripada nama penuhnya, iaitu Kirigaya Kazuto.

Asuna

Disuarakan oleh: Haruka Tomatsu

Asuna Yuuki (Jepun: 結城 明日奈, Hepburn: Yūki Asuna) merupakan anak kepada Yuuki Shouzou dan Yuuki Kyouko. Dia merupakan salah seorang yang terperangkap dalam SAO. Asuna sentiasa ceria, serius ketika bertarung dalam dunia maya, mahir memasak, mempunyai badan fizikal yang cergas seorang yang genius. Di SAO, Asuna merupakan naib komender dalam kesatuan Knights of the Blood Oath (Jepun: 血盟騎士団, Hepburn: Ketsumei Kishidan). Asuna digelar Cahaya Kilat (Jepun: 閃光, Hepburn: Senkō) sebab kemahiran dalam dunia maya sangat laju dan tajam. Teman lelakinya ialah Kirito.

Asuna merupakan salah seorang daripada hanya dua orang watak dalam siri francais Sword Art Online yang menggunakan nama sebenarnya sendiri sebagai nama avatar.

Leafa

Disuarakan oleh: Ayana Taketatsu

Suguha Kirigaya (Jepun: 桐ヶ谷 直葉, Hepburn: Kirigaya Suguha) merupakan sepupu kepada Kirito. Semasa Kirito terperangkap dalam dunia maya SAO, ibu Suguha memberitahu cerita sebenar yang sebenarnya Kirito merupakan sepupunya bukan abang kandungnya, ketika itulah Suguha mula jatuh cinta kepada Kirito secara senyap. Selepas insiden SAO, Suguha mula berminat bermain permainan maya dikenali sebagai ALfheim Online (ALO) mengunakan gelaran "Leafa" untuk memahami kenapa Kirito sangat berminat bermain di dunia maya. Suguha mahir dalam kendo, mudah berperasaan sedih, sangat berani menerima cabaran dan sentiasa ceria. Tarikh lahir Leefa pada 19 April.

Sinon

Disuarakan oleh: Miyuki Sawashiro

Shino Asada (Jepun: 朝田 詩乃, Hepburn: Asada Shino) juga digelar Sinon merupakan kawan kepada Kirito. Ketika Shino berusia dua tahun, bapanya meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya. Peristiwa buruk berlaku ketika Shino berusia 11 tahun di pejabat pos seorang perompak yang gila cuba merompak sambil mensasarkan pistol kepada ibu Shino. Shino memgigit tangan perompak, merampas pistol daripadanya dan dia menembak perompak sebanyak tiga kali sehingga perompak itu mati, menyebabkan Shino takut dengan pistol. Sebelum bermain ALO, Shino bermain permainan dunia maya Gun Gale Online (GGO) kerana kawannya Kyoji Shinkawa percaya Shino akan cuba hilangkan trauma secara beransur-ansur dalam permainan tersebut. Sinon dan Kirito merupakan juara kejohanan Bullet of Bullets (BoB) ketika itu bertarung sengit menentang Death Gun. Selepas kejohanan tersebut, Sinon menyertai ALO bersama Kirito dan cuba membuat azam baru iaitu cuba beranikan diri dalam dunia sebenar. Sinon jatuh cinta kepada Kirito secara senyap.

Antagonis

Akihiko Kayaba

Disuarakan oleh: Tōru Ōkawa (Heathcliff), Kōichi Yamadera (Akihiko)

Akihiko Kayaba (Jepun: 茅場 晶彦, Hepburn: Kayaba Akihiko) merupakan pencipta NerveGear dan permainan maya SAO. Kayaba merupakan watak antagonis dalam permulaan siri SAO kerana dia memerangkap semua pemain dalam SAO dengan menggunakan NerveGear untuk menghalang isyarat dari otak pemain. Dalam dunia SAO Kayaba menyamar sebagai Heathcliff (Jepun: ヒースクリフ, Hepburn: Hīsukurifu) merupakan ketua kesatuan Knights of the Blood Oath. Kayaba merupakan pentadbir dalam permainan SAO, jadi dia boleh menjadikan avatarnya sangat kuat. Kayaba ditewaskan oleh Kirito dan akhirnya dia mati di dunia realiti tetapi segala jiwanya hidup dalam dunia maya.

Oberon

Disuarakan oleh: Takehito Koyasu

Nobuyuki Sugou (Jepun: 須郷 伸之, Hepburn: Sugō Nobuyuki) juga dikenali sebagai Raja Pari-Pari Oberon (Jepun: 妖精王オベイロン, Hepburn: Yōsei-ō Obeiron) merupakan watak antagonis dalam babak Alfheim Online. Dialah yang bertanggungjawab menjadikan 300 mangsa NerveGear, termasuk Asuna, sebagai tebusan walaupun setelah SAO tamat. Dia melakukannya dengan memindahkan kesemua mereka ke dalam ALO bagi eksperimen penguasaan manusia melalui teknologi fulldive. Dia juga cuba mengambil alih RECT Progress Inc. dengan Asuna semasa dia masih tidak sedarkan diri. Dia mempamerkan minat sumbaleweng dalam menyempurnakan perkahwinan tersebut semasa Asuna masih koma. Dalam ALO, dia menggunakan identiti Oberon Si Raja Pari-Pari dan menjadikan Asuna permaisurinya, Titania. Semasa dia dan Kirito akhirnya bertemu, dia menyalahgunakan statusnya sebagai pentadbir di samping hasil penyelidikannya dengan mencederakan Kirito dengan meningkatkan had kesakitan Kirito dan menikamnya. Dia dimusnahkan apabila "program hantu" Akihiko Kayaba mengingatkan Kirito kembali tentang bagaimana dia dikalahkan oleh keazaman Kirito, sebelum membantunya menangani status pentadbir Nobuyuki. Kirito kemudian membutakan dan menceraiberaikan Sugou setelah menetapkan had kesakitan Sugou ke tahap maksimum. Kesemua 300 mangsa dibebaskan dari ALO, tetapi Nobuyuki melakukan satu lagi cubaan untuk menyerang Kazuto semasa dia dalam perjalanan bertemu Asuna di dunia nyata, dalam keadaan buta sebelah mata dan gila setelah kekalahannya. Namun, dia sekali lagi ditewaskan oleh Kazuto, yang memanfaatkan sepenuhnya kemahiran pertarungan tanpa senjata yang dipelajarinya dalam SAO. Nobuyuki kemudian ditangkap dan didakwa atas jenayah yang dilakukannya.

Death Gun

Death Gun (Jepun: 死銃, Hepburn: Desu Gan) atau nama avatar Sterben (Jepun: ステルベン, Hepburn: Suteruben, bahasa Jerman untuk "untuk mati") merupakan watak antagonis dalam arca Gun Gale Online.

Watak sampingan

Yui

Disuarakan oleh: Kanae Itō

Yui (Jepun: ユイ, Hepburn: Yui) asalnya merupakan watak sampingan dalam SAO, tetapi kemudian dia merupakan watak pembantu/sokongan dalam ALO. Pada mulanya, dia disangka seorang budak perempuan yang tersesat dalam SAO, tetapi pada hakikatnya dia merupakan program kecerdasan buatan, dengan nama penuhnya «Program Kaunseling - Kesihatan Mental», MHCP versi 1, nama kod, «Yui». Di ALO, Yui ialah pixie navigasi. Bentuk badan Yui boleh berubah menjadi manusia dan pixie dan kedua-dua bentuk berkaki ayam. Dia direkabentuk untuk memantau emosi pemain dan muncul di sisi mereka untuk mendengar dan membantu mereka. Namun, sejak hari pertama semua pemain terkurung dalam Sword Art Online, dia tidak dibenarkan untuk mendatangi mana-mana permain dan menjalankan tugasan utamanya. Oleh kerana dia tidak mampu berbuat apa-apa kecuali menderita setelah memantau emosi pemain yang terperangkap, dia mendatangi Kirito dan Asuna yang mana tahap emosi mereka begitu bahagia dan aman tatkala ramai pemain lain pula berasa takut dan sedih. Semasa bertemu dengan mereka, dia kelihatan seperti seorang anak kecil yang mengalami amnesia, menyebabkan dia dijadikan anak angkat mereka. Akhirnya, dia hanpir dihapuskan oleh Cardinal, sistem pengurusan SAO, tetapi diselamatkan oleh Kirito dengan menukarkan dan menyimpan datanya ke dalam NerveGear miliknya sendiri. Yui kemudian muncul dalam ALO sebagai Pixie Navigasi Peribadi dan membantu Kirito bersama-sama Leafa untuk mencari Asuna. Yui menganggap Kirito dan Asuna ialah ibu bapanya.

Silica

Disuarakan oleh: Rina Hidaka

Keiko Ayano (Jepun: 綾野 珪子, Hepburn: Ayano Keiko) merupakan watak sampingan dalam SAO. Dia merupakan salah seorang penjinak haiwan yang jarang ada dalam permainan tersebut. Pada awal permainan, dia berjaya menjinakkan seekor naga kecil, Pina (ピナ), yang dinamakan sempena kucing sebenar miliknya: ciri ini menjadikannya terkenal, meskipun dia hanyalah pemain bertaraf sederhana. Disebabkan kemasyhurannya, ramai yang cuba mengambil kesempatan atas kebaikannya. Dia selalunya menjauhkan diri daripada lelaki, yang cuba hendak mengahwininya (meskipun dia cuma berumur 13 tahun) atau menjadikannya "maskot" mereka. Setelah tersesat di sebuah hutan, Pina terbunuh apabila dia cuba menyelamatkan Silica daripada serangan raksasa. Kirito menyelamatkan Silica dan membantunya untuk memperoleh "Bunga Pneuma", sejenis barangan yang boleh menghidupkan haiwan yang dijinakkan, memandangkan Silica menyerupai adik perempuannya. Dia menyimpan perasaan terhadap Kirito, tetapi setelah melihat sendiri kemahirannya, dia menyedari bahawa dia dan Kirito tidak boleh bersama dalam permainan tetapi berjanji untuk berjumpa kembali. Keiko berkawan dengan Rika di Sekolah Mangsa Terselamat SAO. Dia kemudian menyertai Kirito dan rakan-rakannya di ALO sebaik bertemu di dunia nyata: mereka sering menjalani misi bersama-sama.

Keiko menggunakan nama Silica sebagai nama avatarnya kerana nama sebenarnya, Keiko (珪子) dinamakan sempena istilah Keiso (珪素) yang bermaksud "silikon", unsur ke-14 dalam jadual berkala, memandangkan dia lahir pada 4 Oktober.

Lisbeth

Disuarakan oleh: Ayahi Takagaki

Rika Shinozaki (Jepun: 篠崎 里香, Hepburn: Shinozaki Rika) merupakan watak sampingan dalam SAO. Dia merupakan seorang tukang besi yang memiliki kedainya sendiri dan sangat berbangga dengan keupayaannya. Lisbeth atau "Liz" merupakan kawan rapat Asuna yang mengesyorkan khidmatnya kepada Kirito. Kirito meminta Liz untuk menempa sebilah pedang khas untuknya dan menemaninya dalam satu misi bagi mendapatkan bijih khas yang diperlukan. Sepanjang misi tersebut, dia juga juga menaruh perasaan terhadap Kirito. Dia berasa sangat kecewa apabila dia mendapati bahawa Kirito merupakan buah hati Asuna. Namun, dia kembali ceria setelah Kirito berterima kasih kepadanya kerana memberikannya keyakinan baharu untuk terus berjuang dan menamatkan permainan. Dia meminta untuk menjadi tukang besi eksklusif Kirito. Selepas itu Rika juga sering mengusik Asuna berkenaan hubungannya dengan Kirito. Di Sekolah Bekas Mangsa SAO, dia dan Keiko berasa iri hati setiap kali melihat Kazuto dan Asuna bersama. Liz kemudian menjadi pemain biasa dalam ALO dan kerap menyertai Kirito dan rakan-rakannya dalam misi serta mengambil tugas menaik taraf peralatan mereka.

Klein

Disuarakan oleh: Hiroaki Hirata

Ryoutarou Tsuboi (Jepun: 壷井 遼太郎, Hepburn: Tsuboi Ryōtarō) merupakan watak sampingan dalam SAO. Seorang pemain yang peramah yang mula-mula bertemu Kirito pada awal permainan, menjadi kawan pertamanya serta mempelajari asas permainan daripada Kirito. Mereka membawa haluan masing-masing apabila Kirito beredar ke pekan seterusnya untuk meningkatkan tahapnya, sementara Klein terus di belakang untuk membantu rakan-rakannya yang kurang berpengalaman, walaupun dia bimbang akan Kirito berikutan sikapnya yang suka menyendiri dan terburu-buru. Klein menggunakan pedang katana untuk berlawan dan kemudian menjadi ketua kesatuannya sendiri, Fuurinkazan. Dia sering bertemu dengan Kirito dan rakan-rakannya dan kerap menyertai mereka dalam misi di ALO, terutamanya selepas pelancaran Benih Dunia.

Yuuki

Disuarakan oleh: Aoi Yūki

Yuuki Konno (Jepun: 紺野 木綿季, Hepburn: Konno Yūki) merupakan watak utama dalam novel ringan jilid 7 dan anime SAOII arca Mother's Rosario. Dia merupakan seorang kaum Imp di ALO, dan dia mula bertarung dengan sesiapa sahaja dengan menjanjikan satu Kemahiran Pedang Asal (OSS) dengan kombo 11 kali jika dia ditewaskan: disebabkan statusnya yang tidak dapat dikalahkan, dia digelar "Pedang Mutlak". Asuna juga cuba bertarung dengannya tetapi tewas. Setelah perlawanan Yuuki mengajaknya untuk membantu mengalahkan ketua raksasa tingkat 27 bersama-sama kesatuannya "Sleeping Knights" dengan niat untuk mencatatkan kesemua nama ahli di Monumen Pemedang sebagai kenangan. Setelah beberapa peristiwa termasuklah setelah tewasnya ketua raksasa, barulah didedahkan bahawa Yuuki menghidap HIV/AIDS dan ahli-ahli kesatuannya kesemuanya adalah pesakit yang mempunyai harapan tipis untuk terus hidup: untuk menguji peranti Medicuboid, yang direkabentuk oleh Rinko Koujiro, untuk menjaga pesakit akan datang. Yuuki sangat rapat dengan Asuna, yang mengingatkannya kepada mendiang kakanya Aiko Konno. Semakin hari, keadaan Yuuki semakin kritikal dan setelah dia mewasiatkan OSS «Mother's Rosario» kepada Asuna, dia meninggal dunia dengan tenang di ALO, dengan disaksikan lebih 1,000 pemain daripada pelbagai puak dalam permainan, termasuklah ahli-ahli kesatuannya, Asuna dan rakan-rakannya.

Seperti Asuna, dia menggunakan nama sebenar sebagai nama avatar. Selain itu, namanya juga sama seperti nama keluarga Asuna.

Agil

Disuarakan oleh: Hiroki Yasumoto

Andrew Gilbert Mills (Jepun: アンドリュー・ギルバート・ミルズ, Hepburn: Andoryū Girubāto Miruzu) merupakan watak sampingan dalam SAO. Seorang penghayun kapak yang botak dan berkulit hitam yang memiliki kedainya sendiri di SAO, serta turut mempunyai pengetahuan dalam pertukangan besi. Agil berketinggian 244 cm (8.01 ka) dan bertubuh sasa. Di sebalik penampilannya yang agak menakutkan, dia sebenarnya baik hati dan menghabiskan kebanyakan daripada hasil pendapatannya untuk membantu pemain lain di tingkat tengah. Kirito merupakan pelanggan biasa di kedainya serta merupakan kawan baiknya. Agil mengusahakan sebuah bar bernama "Dicey Café" di dunia nyata, yang diusahakan oleh isterinya semasa dia koma selama dua tahun. Kafé tersebut kemudian menjadi tempat pertemuan Kazuto dan rakan-rakannya untuk minum dan melepak di dunia nyata.