Sword Art Online

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Sword Art Online
Sword Art Online light novel volume 1 cover.jpg
Novel ringan Sword Art Online jilid satu menampilkan watak utama Kirito (kiri) dan Asuna (kanan)
ソードアート・オンライン
(Sōdo Āto Onrain)
Genre Pengembaraan, Aksi, Fiksyen Sains
Novel ringan
Pengarang Reki Kawahara
Ilustrasi abec
Penerbit ASCII Media Works
Penerbit Lain Amerika Syarikat Kanada Yen Press
Demografik Shonen
Pencetakan Dengeki Bunko
Tarikh Pengeluaran 10 April 2009 – kini
Jilid 19 (Senarai jilid-jilid)
Manga
  • Sword Art Online
  • Sword Art Online: Aincrad
  • Sword Art Online: Fairy Dance
  • Sword Art Online: Girls Ops
  • Sword Art Online: Progressive
  • Sword Art Online: Phantom Bullet
  • Sword Art Online: Calibur
  • Sword Art Online: Mother's Rosario
  • Sword Art Online Alternative: Gun Gale Online
  • Sword Art Online: Project Alicization
Siri anime televisyen
Pengarah Tomohiko Itō
Penerbit
  • Kazuma Miki
  • Shinichirō Kashiwada
Lagu/Muzik Yuki Kajiura
Studio A-1 Pictures
Dilesenkan oleh Australia Madman Entertainment
Amerika Syarikat Kanada Aniplex of America
United Kingdom Anime Limited
Penyiaran Asal Tokyo MX, GTV, GYT, tvk, TVS, TVA, RKB, HBC, MBS, AT-X, CTC, BS11
Lain-lain Penyiaran Malaysia NTV7
Amerika Syarikat Adult Swim (Toonami)
Amerika Syarikat Kanada Aniplex Channel
TV5
Australia ABC3
Tarikh tayangan 7 Julai 201222 Disember 2012
Episod 25 (Senarai episod)
Novel ringan
Sword Art Online: Progressive
Pengarang Reki Kawahara
Ilustrasi abec
Penerbit ASCII Media Works
Demografik Shonen
Pencetakan Dengeki Bunko
Tarikh Pengeluaran 10 Oktober 2012 – kini
Jilid 5
Filem anime televisyen
Sword Art Online: Extra Edition
Pengarah Tomohiko Itō
Penerbit
  • Kazuma Miki
  • Shinichirō Kashiwada
Skrip/Penulis Reki Kawahara
Munemasa Nakamoto
Lagu/Muzik Yuki Kajiura
Studio A-1 Pictures
Dilesenkan oleh
Penyiaran Asal Tokyo MX, BS11
Dikeluarkan pada 31 Disember 2013
Jangka masa tayangan 101 minit
Siri anime televisyen
Sword Art Online II
Pengarah Tomohiko Itō
Penerbit
  • Kazuma Miki
  • Shinichirō Kashiwada
  • Yōsuke Futami
Lagu/Muzik Yuki Kajiura
Studio A-1 Pictures
Dilesenkan oleh Australia Madman Entertainment
Amerika Syarikat Kanada Aniplex of America
United Kingdom Anime Limited
Penyiaran Asal Tokyo MX, GTV, GYT, tvk, TVS, CTC, TVA, MBS, TVQ, TVh, AT-X, BS11
Lain-lain Penyiaran Malaysia NTV7
Filipina TV5
Amerika Syarikat Adult Swim (Toonami)
Tarikh tayangan 5 Julai 201420 Disember 2014
Episod 24 (Senarai episod)
Novel ringan
Sword Art Online Alternative: Gun Gale Online
Pengarang Keiichi Sigsawa
Ilustrasi Kouhaku Kuroboshi
Penerbit ASCII Media Works
Demografik Shonen
Pencetakan Dengeki Bunko
Tarikh Pengeluaran 10 Disember 2014 – kini
Jilid 5
Novel ringan
Sword Art Online Alternative: Clover's Regret
Pengarang Watase Souichirou
Ilustrasi Ginta
Penerbit ASCII Media Works
Demografik Shonen
Pencetakan Dengeki Bunko
Terbitan 10 November 2016
Jilid 1
Filem
Permainan video
Portal Anime dan Manga

Sword Art Online (Bahasa Jepun: ソードアート・オンライン Hepburn: Sōdo Āto Onrain?) merupakan siri novel ringan direka oleh Reki Kawahara dan ilustrasi oleh abec. Siri ini berlaku pada masa akan datang dan memberi tumpuan kepada dunia realiti maya dikenali sebagai MMORPG. Novel ringan diterbitkan oleh ASCII Media Works' Dengeki Bunko pada 10 April 2009, berserta siri pendek diterbitkan pada Oktober 2012. Siri manga diterbikan oleh Kadokawa dan ASCII Media Works telah menghasilkan sembilan buah jilid. Siri televisyen anime dihasilkan oleh syarikat A-1 Pictures, musim pertama mula ditayangkan pada Julai sehingga Disember 2012, musim kedua bertajuk Sword Art Online II (Bahasa Jepun: ソードアート・オンライン II Hepburn: Sōdo Āto Onrain II?) ditayangkan pada Julai sehingga Disember 2014. Siri ini telah mengeluarkan filem sulungnya iaitu Sword Art Online The Movie: Ordinal Scale ditayangkan serentak di Jepun dan Asia Tenggara pada 18 Februari 2017.

Plot[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 2022, permainan video berperanan berganda dalam talian realiti maya (VRMMORPG) juga dikenali sebagai Sword Art Online (SAO) mula dijual mempunyai peralatan seperti NerveGear, topi keledar yang merangsang pancaindera pengguna melalui otak seseorang, pemain boleh mengalami dan mengawal watak-watak dalam permainan mereka mengunakan fikiran mereka. VRMMORPG dan NerveGear direka oleh Kayaba Akihiko.

Pada 6 November, 10,000 pemain log masuk ke dunia ruang siber SAO buat pertama kali. Secara tiba-tiba, semua pemain tidak boleh log keluar. Seorang mahluk misteri bernama Kayaba Akihiko muncul dalam bentuk hologram dan memberitahu pemain bahawa mereka mesti mengalahkan kesemua ketua (bos) di setiap aras sehingga aras ke-100 Aincrad sebuah istana keluli dalam dunia maya SAO, jika seseorang mahu bebas dari duna maya. Seseorang itu akan mati dalam permainan mengakibatkan NerveGear menghasilkan gelombang yang membahaya kepada otak akan menyebabkan kematian dalam dunia realiti.

Salah seroang pemain, Kazuto Kirigaya atau dikenali sebagai Kirito, salah seorang daripada 1,000 penguji dalam program beta tertutup permainan tersebut. Dengan kelebihan pengalaman permainan VR sebelumnya berazam melindungi pemain beta lain daripada diskriminasi, beliau mengasingkan diri daripada kumpulan yang lebih besar dan bermain secara seorang diri, yang juga digelar "penewas", "penguji beta" dan "penipu". Kirito berjumpa seorang gadis bernama Yuuki Asuna berjuang bersama-sama untuk mengalahkan ketua di aras ke-100. Kayaba ialah punca menyebabkan pemain terperangkap dalam SAO, Kirito mengalahkannya dan akhirnya hampir semua pemain membebaskan diri dari dunia maya.

Selepas kes SAO, seramai 300 pemain SAO termasuk Asuna masih terperangkap dunia maya. Kirito pergi ke hospital melawat Asuna bertemu bapa kepada Asuna, Yuuki Shouzou ditanya oleh rakan sekerjanya Sugou Nobuyuki, yang kemudiannya mendedahkan mengenai rancangannya untuk berkahwin dengan Asuna, membangkitkan kemarahan Kirito. Beberapa bulan kemudian, Agil memberitau berita mengenai salah seorang pemain SAO yang masih hidup dalam dunia maya VRMMORPG dipanggil Alfheim Online (ALO), dia mengesan Asuna berada atas sebatang pokok gergasi "Yggdrasil". Dengan bantuan sepupunya, Suguha Kirigaya, dikenali sebagai Leafa, dan Yui, pari-pari pixie (asalnya AI dari SAO), dia mendapati bahawa pemain SAO terperangkap dalam ALO oleh Sugou bertujuan untuk melaksanakan eksperimen secara haram, menjual hasi untuk mendapat keuntungan dan mengambil alih syarikat keluarga Asuna. Akhirnya Kirito selamatkan semua pemain SAO dan menggagalkan rancangan Sugou. Sebelum meninggalkan ALO, Kayaba, yang telah memuat naik mindanya ke internet melalui versi berkuasa tinggi NerveGear yang bersifat eksperimental dan pemusnah sehingga meragut nyawanya, muncul depan Kirito dan mengamanahkannya dengan "The Seed" - program pakej sumber terbuka yang direka untuk mewujukan kembali dunia-dunia maya. Kirito akhirnya disatukan semula dengan Asuna di dunia sebenar, dan The Seed dilancarkan ke internet, menghidupkan kembali industri VRMMORPG.

Pada tahun 2025, pihak pegawai kerajaan menyiasat kejadian aneh di VR, justeru Kirito bekerja secara sambilan untuk menyiasat beberapa siri pembunuhan yang melibatkan VRMMORPG yang berlainan dipanggil Gun Gale Online (GGO), menggunakan AmuSphere (menggantikan NerveGear). Seorang pemain misteri dikenali sebagai Death Gun muncul bertujuan membunuh pemain GGO yang berprofil tinggi dalam kejohanan Bullet of Bullets (BoB). Kirito dibantu oleh pemain wanita yang bernama Asada Shino yang dikenali sebagai "Sinon"; dia mengambil bahagian dalam kejohanan BoB dan Kirito mengenal pasti kebenaran di sebalik pembunuhan, yang juga salah seorang mangsa yanh terperangkap dalam SAO. Melalui usaha Kirito dan Sinon, dua suspek ditangkap, tetapi malangnya suspek ketiga Johnny Black berjaya melepaskan diri.

Kirito menjadi bahan ujian eksperimen mesin FullDive bernama Soul Translator (STL), yang mempunyai antara muka yang jauh lebih realistik dan kompleks daripada mesin sebelumnya. Dia telah memainkan untuk membantu membangunkan kecerdasan buatan untuk Kementerian Pertahanan (MOD) yang dinamakan A.L.I.C.E. Kirito menguji STL dengan memasukkan dunia maya dicipta dengan "The Seed", bernama UnderWorld (UW). Dalam UW, aliran masa hasil seribu kali lebih cepat daripada di dunia sebenar, dan kenangan Kirito tentang apa yang berlaku di dalam adalah terhad. Walau bagaimanapun, Black mencederakan Kirito dengan suksamethonium klorida. MOD memulihkan semula Kirito dan meletakkannya kembali ke STL untuk memelihara fikirannya manakala percubaan dilakukan untuk menyelamatkannya.

Jenis permainan maya[sunting | sunting sumber]

Sword Art Online[sunting | sunting sumber]

Sword Art Online (ソードアート・オンライン Sōdo Āto Onrain?) (SAO) merupakan permainan maya bertemakan abad pertengahan. Dalam permainan ini juga bermain dalam sebuah istana besar digelar Aincrad mempunyai 100 tingkat.

ALfheim Online[sunting | sunting sumber]

ALfheim Online (アルヴヘイム · オンライン Aruvuheimu Onrain?) (ALO) merupakan permainan maya bertemakan pari-pari. Dalam permainan ini, pemain mempunyai sayap untuk terbang. ALO merupakan kawasan sangat luas dan di tengah ALO mempunyai pokok yang sangat besar bernama Pokok Dunia (世界樹 Sekaiju?) juga digelar Yggdrasil (イグドラシル Igudorshiru?). Setiap pemain mempunyai pelbagai kuasa elemen antaranya api, air, tanah, air, gelap dan cahaya.

Dalam ALO mempunyai pelbagai kaum antaranya ialah:

  • Cait Sith (ケットシー Ketto Shī?) mempunyai berkemahiran penjinak haiwan dan mata yang sangat tajam. Juga mempunyai ekor dan teliga seperti kucing.
  • Gnome (ノーム Nōmu?) mempunyai kuasa elemen utama iaitu tanah berkemahiran melombong. Biasanya kaum Grime berwarna coklat dan merupakan kaum terbesar dalam ALO.
  • Imp (インプ Inpu?) berkemahiran melihat waktu malam dengan lebih jelas. Warna tema ialah ungu.
  • Leprechaun (レプラコーン Repurakōn?) kaum tukang besi berkemahiran mencipta dan membaiki senjata menguasai elemen cahaya. Sayapnya berbentuk simbol mekanikal.
  • Pooka (プーカ Pūka?) mahir dalam muzik menggunakan untuk bertujuan mengelirukan, serangan atau sokongan.
  • Salamander (サラマンダー Saramandā?) merupakan kaum kelebihan dari serangan menguasai elemen api. Warna tema ialah merah.
  • Spriggan (スプリガン Supurigan?) berkemahiran ilusi, mencari harta. Warna tema ialah hitam.
  • Sylph (シルフ Shirufu?) merupakan kaum paling pantas dalam segi terbang dan serangan juga menguasai elemen angin. Warna tema ialah hijau.
  • Undine (ウンディーネ Undīne?) berkemahiran penyembuh seseorang, serangan pantas dan menguasai elemen air. Warna tema ialah biru.
  • Pixie Navigasi (ナビゲーション・ピクシー Nabigēshon Pikushī?) merupakan kaum pari-pari kerdil. Dalam permainan ini kaum ini hanya mendapatkan dengan membayar yuran tambahan ataupun memenangi cabutan bertuah.
  • ALFs merupakan pari-pari lagenda (raja) tinggal di atas Pokok Dunia. Berkemahiran terbang tanpa had. Tetapi ramai pemain kecewa dapat mengetahui bahawa kaum ini tidak wujud sama sekali.

Gun Gale Online[sunting | sunting sumber]

Gun Gale Online (ガンゲイル · オンライン Gan Geiru Onrain?) (GGO) merupakan permainan maya bertemakan senjata api. Permainan ini sangat rumit. Pemainan ini juga mempunyai pedang tetapi tidak dapat sambutan ramai kerana kebanyakan permain lebih gemar bermain melalui jarak yang jauh. Permainan ini menggunakan duit yang sebenar. Kejohanan utama permainan ini iaitu Bullet of Bullets (BoB), siapa menjuarai kejohanan tersebut mendapat ganjaran yang lumayan.

Alicization[sunting | sunting sumber]

Project Alicization (プロジェクト・アリシゼーション Purojekuto Arishizēshon?) (PA) atau dikenali sebagai Underworld (アンダーワールド Andāwārudo?) (UW) merupakan dunia maya yang dirahsiakan oleh pihak kerajaan diuruskan oleh syarikat misteri Rath. Aliran masa hasil seribu kali lebih cepat daripada di dunia sebenar.

Ordinal Scale[sunting | sunting sumber]

Ordinal Scale (オーディナル・スケール Ōdinaru Sukēru?) (OS) merupakan permainan VR didunia realiti. Permainan ini menggunakan peralatan gajet Auguma yang mensimulasikan realiti semasa pemain masih sedar (realiti berperantara) telah diperkenalkan kepada orang ramai menggantikan sistem AmuSphere FullDive dimana kebolehan pemain yang disenaraikan oleh nombor ordinal (menunjukkan kedudukan relatif).

Watak[sunting | sunting sumber]

  • Kazuto Kirigaya (桐ヶ谷 和人 Kirigaya Kazuto?) juga dikenali sebagai Kirito (キリト?)
  • Asuna Yuuki (結城 明日奈 Yūki Asuna?) juga dikenali sebagai Asuna (アスナ?)
  • Yui (ユイ?)
  • Suguha Kirigaya (桐ヶ谷 直葉 Kirigaya Suguha?) juga dikenali sebagai Leafa (リーファ?)
  • Shino Asada (朝田 詩乃 Asada Shino?) juga dikenali sebagai Sinon (シノン?)
  • Ryoutarou Tsuboi (壷井 遼太郎 Tsuboi Ryōtarō?) juga dikenali sebagai Klein (クライン?)
  • Keiko Ayano (綾野 珪子 Ayano Keiko?) juga dikenali sebagai Silica (シリカ?)
  • Rika Shinozaki (篠崎 里香 Shinozaki Rika?) juga dikenali sebagai Lisbeth (リズベット?)
  • Andrew Gilbert Mills (アンドリュー・ギルバート・ミルズ Andoryū Girubāto Miruzu?) juga dikenali sebagai Agil (エギル?)
  • Eugeo (ユージオ Yūjio?)
  • Alice Zuberg (アリス・ツーベルク Arisu Tsūberuku?) juga dikenali sebagai Alice (アリス?)
  • Akihiko Kayaba (茅場晶彦 Kayaba Akihiko?)

Media[sunting | sunting sumber]

Novel ringan[sunting | sunting sumber]

Reki Kawahara menulis jilid pertama pada tahun 2001 menyertai sebuah pertandingan ASCII Media Works Dengeki Game Novel Prize (電撃ゲーム小説大賞 Dengeki Game Shōsetsu Taishō?), tetapi menarik diri kerana beliau telah menulis melebihi beberapa halaman. Malah, beliau diterbitkan sebuah novel web dengan nama samaran Fumio Kunori, menambah tiga episod lagi dan beberapa cerita pendek.[1] Pada tahun 2008, beliau menyertai sebuah pertandingan dengan menulis sebuah tajuk Accel World dan berjaya memenangi Grand Prize. Selain Accel World, ia meminta untuk mendapatkan karya sebelumnyanya, Sword Art Online yang diterbitkan oleh ASCII Media Works. Kawahara setuju dan menarik versi baru webnya. Bekerja dengan ilustrator abec, jilid pertama diterbitkan di media cetak pada 10 April 2009,[2] sehingga kini sebanyak 19 buah jilid telah diterbitkan pada 10 Februari 2017.[3] Sword Art Online telah menerima kejayaan komersial yang meluas, lebih 19 juta salinan dijual di seluruh dunia. [4]

Anime[sunting | sunting sumber]

Adaptasi siri anime Sword Art Online telah diumumkan semasa Festival Dengeki Bunko musim luruh tahun 2011, bersama-sama dengan siri novel ringan yang lain, Accel World. Siri anime yang dihasilkan oleh SAO Project, Aniplex dan A-1 Pictures, pengarah cerita Tomohiko Ito dan pengarah muzik Yuki Kajiura.[5] Siri anime ditayangkan di saluran Tokyo MX bermula pada 7 Julai sehingga 22 Disember 2012.[6]

Episod istimewa akhir tahun iaitu, Sword Art Online: Extra Edition ditayangkan pada 31 Disember 2013. Episod khas diimbas semula siri anime sebelumnya dan beberapa babak rakaman yang tidak pernah disiarkan. [7]

Beberapa bulan selepas tayangan Sword Art Online: Extra Edition, musim kedua diumumkan yang bertajuk Sword Art Online II mula ditayangkan pada 5 Julai sehingga 20 Disember 2014..[8][9]

Muzik[sunting | sunting sumber]

Muzik telah dikeluarkan yang berdasarkan lagu-lagu yang ditayangkan dalam siri ini.

Sword Art Online[sunting | sunting sumber]

Lagu pembukaan
  • crossing field dinyanyikan oleh LiSA (Episod 2-14)
  • INNOCENCE dinyanyikan oleh Eir Aoi (Episod 15-25)
Lagu penutup
  • Yume Sekai (ユメセカイ?) dinyanyikan oleh Haruka Tomatsu (Asuna) (Episod 2-14)
  • Overfly dinyanyikan oleh Luna Haruna (Episod 15-24)

Sword Art Online: Extra Edition[sunting | sunting sumber]

Lagu penutup
  • Niji no Oto (虹の音?) dinyanyikan oleh Eir Aoi

Sword Art Online II[sunting | sunting sumber]

Lagu pembukaan
  • IGNITE dinyanyikan oleh Eir Aoi (Episod 2-13, 14.5)
  • courage dinyanyikan oleh Haruka Tomatsu (Asuna) (Arca Calibur Episod 15-17; Arca Mother's Rosario Episod 18-23)
Lagu penutup
  • Startear dinyanyikan oleh Luna Haruna (Episod 2-14.5)
  • No More Time Machine dinyanyikan oleh LiSA (Arca Calibur Episod 15-17)
  • Shirushi (シルシ?) dinyanyikan oleh LiSA (Arca Mother's Rosario Episod 18-24)
Sisipan lagu
  • Separate Ways (セパレイト・ウェイズ Separeito Ueizu?) oleh Haruka Tomatsu (Asuna) (Arca Mother's Rosario Episod 24)

Permainan video[sunting | sunting sumber]

Sebuah acara panggung di Dengeki Bunko Autumn Festival 2011 mengumumkan bahawa novel ringan Sword Art Online dan Accel World karya Reki Kawahara melancarkan permainan video sulungnya.[10] Adaptasi pertama siri Sword Art Online bertajuk Sword Art Online: Infinity Moment (ソードアート・オンライン -インフィニティ・モーメント- Sōdo Āto Onrain: Infiniti Mōmento?), telah dibangunkan oleh Bandai Namco Games untuk pelantar PlayStation Portable.[11] Permainan berikut mengikut jalan cerita alternatif, di mana berlaku akibat gangguan yang menyebabkan Kirito dan pemain lain untuk kekal dalam Sword Art Online walaupun berjaya menewaskan Heathcliff, dan pemain dari VMMORPG lain seperti Leafa dan Sinon telah disedut ke dalam permainan itu secara tiba-tiba.[12] Permainan ini telah dikeluarkan dalam kedua-dua set kotak edisi biasa dan terhad pada 14 Mac 2013.[13]

Permainan video keduanya bertajuk Sword Art Online: Hollow Fragment (ソードアート・オンライン -ホロウ・フラグメント- Sōdo Āto Onrain: Horō Furagumento?) untuk pelantar permainan PlayStation Vita dikeluarkan pada 24 April 2014.[14][15] Sword Art Online: Hollow Fragment menggunakan jalan cerita alternatif yang sama seperti Sword Art Online: Moment Infinity, dan ia termasuk semua kandungan "Clearing Floor" dari bahawa permainan sebelumnya [16] dan kawasan "Kawasan Hollow baru " di Aincrad yang belum diterokai.[17] Kirito akan menggunakan pedang bersama pemain misteri yang akan menjadi salah satu daripada watak-watak utama dalam permainan. Permainan telah dijual sebanyak 145,029 salinan runcit fizikal dalam tempoh seminggu selepas dikeluarkan hari pertama di Jepun, mendahului carta perisian jualan Jepun untuk minggu tersebut.[18] Permainan ini juga telah dikeluarkan di Taiwan oleh Namco Bandai Games Taiwan dengan sarikata bahasa Cina dan Inggeris.[19] Keluaran digital sahaja di Amerika Utara, Eropah dan Australia telah dikeluarkan pada bulan Ogos 2014.

Permainan video ketiga bertajuk Sword Art Online: Lost Song (ソードアート・オンライン -ロスト・ソング- Sōdo Āto Onrain -Rosuto Songu-?) dikeluarkan pada 26 Mac 2015 dibangunkan oleh Artdink dan Bandai Namco Games untuk pelantar PlayStation 3 dan Vita. Versi bahasa Inggeris dikeluarkan di Asia. Pengeluar umumkan permainan ini pada bulan Oktober 2014 bahawa permainan adalah tindakan dunia terbuka RPG menampilkan jalan cerita yang asal, di dalam permainan maya ALfheim Online, di mana watak-watak yang mampu untuk terbang. Permainan ini telah dijual sebanyak 139,298 salinan runcit fizikal untuk PlayStation Vita dan sebanyak 55,090 unit lagi untuk PlayStation 3 dalam minggu pertama keluaran di Jepun, kedudukan tempat kedua dan keenam masing-masing dalam carta jualan perisian Jepun untuk minggu tersebut.

Permainan video keempat bertajuk Sword Art Online: Hollow Realization (ソードアート・オンライン -ホロウ・リアリゼーション- Sōdoāto Onrain - Horō Riarizēshon -?) dikeluarkan di Jepun pada 27 Oktober 2016 untuk pelantar PlayStation 4 dan Vita.

Permainan rangkaian sosial bertajuk Sword Art Online: End World dikeluarkan untuk telefon bimbit dan telefon pintar di Jepun pada 28 Februari 2012. Sebanyak 1 juta telah mendaftarkan diri. Permainan video freemium Android dan iOS pertama iaitu Sword Art Online: Code Register telah dikeluarkan pada 2014. Satu lagi permainan yang dipanggil Sword Art Online: Progress Link direka untuk platform permainan pelayar Mobage pada telefon pintar telah dikeluarkan pada 10 Februari 2015. Permainan video Android dan iOS kedua iaitu Sword Art Online: Memory Defrag telah dikeluarkan pada 2016.

Kirito, Asuna, Leafa, Yuuki dan SAO Alternative: Gun Gale Online protagonis LLENN didapati dalam Dengeki Bunko: Fighting Climax, pertempuran permainan oleh Sega menampilkan pelbagai watak dari perbuatan-perbuatan yang diterbitkan di bawah cetakan Dengeki Bunko. A permainan pelayar bertajuk Sword Art Quest dan permainan sekuel telefon pintar, Sword Art Quest II memberikan cabaran kepada pengguna untuk menaik taraf watak-watak mereka untuk menerima ganjaran. Terdapat juga permainan Android berbayar bertajuk SAO -Log Out- yang pengguna boleh memuat turun dan bermain dengan watak-watak dari siri dan mendapatkan kertas dinding daripadanya.

Satu realiti maya secara besar-besaran berbilang permainan dalam talian adalah dalam pembangunan oleh Kadokawa dan IBM Jepun, tetapi hanya demo dan tidak akan dikeluarkan sebagai permainan penuh. Permainan bertajuk Accel World VS Sword Art Online: Millennium Twilight mula diumumkan Oktober 2016 dan dikeluarkan pada Mac 2017 untuk pelantar PlayStation 4 dan Vita.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Fumio Kunori (Reki Kawahara). "web novel". WordGear (dalam bahasa Jepun). Dicapai pada 2012-07-07. 
  2. ^ ソードアート・オンライン〈1〉アインクラッド (電撃文庫) (dalam bahasa Japanese). Amazon.co.jp. ISBN 4048677608. Templat:ASIN. 
  3. ^ ソードアート・オンライン19 ムーン・クレイドル (dalam bahasa Japanese). Dicapai pada 2016-12-10. 
  4. ^ Goldberg, Lesley (August 2, 2016). "Japanese Novel and Anime Franchise Sword Art Online Being Adapted as Live-Action TV Series". The Hollywood Reporter. Dicapai pada August 2, 2016. 
  5. ^ "Madoka Magica & .hacks Kajiura Scores Sword Art Online". Anime News Network. 2011-03-31. Dicapai pada 2012-06-19. 
  6. ^ "Sword Art Online official air dates" (dalam bahasa Japanese). Dicapai pada 2012-06-19. 
  7. ^ "Sword Art Online Extra Edition to Air With New Footage". Anime News Network. 2013-08-12. Dicapai pada 2013-09-28. 
  8. ^ "Anime Expo to Host Sword Art Online II Premiere Event with Reki Kawahara, abec". Anime News Network. May 17, 2014. Dicapai pada May 17, 2014. 
  9. ^ "VIDEO: "Sword Art Online II" Anime Activated". Crunchyroll. December 31, 2013. Dicapai pada December 31, 2013. 
  10. ^ "Accel World, Sword Art Online Light Novels Get Games". Anime News Network. 2011-10-02. Dicapai pada 2011-10-02. 
  11. ^ Ishaan (2013-03-20). "This Week In Sales: Kingdom Hearts HD Falls To Sword Art Online". Siliconera. Dicapai pada 2013-03-24. 
  12. ^ "Infinity Moment Takes Everything You Know About Sword Art Online, and Turns It on Its Head". Kotaku. 2013-04-02. Dicapai pada 2013-07-27. 
  13. ^ "Sword Art Online Game to Have 3D Date Movie DVD". Anime News Network. 2012-10-26. Dicapai pada 2012-10-27. 
  14. ^ "Sword Art Online: Hollow Fragment – Hold Hands With A Heroine And Other Tidbits". Siliconera. October 8, 2013. Dicapai pada April 3, 2014. 
  15. ^ "Sword Art Online: Hollow Fragment". Bandai Namco Games. Dicapai pada 2014-04-02. 
  16. ^ "Sword Art Online: Hollow Fragment Includes An HD Version Of Sword Art Online: Infinity Moment". Siliconera. May 1, 2014. Dicapai pada May 1, 2014. 
  17. ^ "Sword Art Online: Hollow Fragment announced for PS Vita". Gematsu. 2013-10-06. Dicapai pada 2014-04-02. 
  18. ^ "Media Create Sales: 4/21/14 – 4/27/14". Gematsu. April 30, 2014. Dicapai pada April 30, 2014. 
  19. ^ "Sword Art Online: Hollow Fragment will have English and Traditional Chinese subtitles in Taiwan". Gematsu. 2014-03-22. Dicapai pada 2014-04-02. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]