Sword Art Online The Movie: Ordinal Scale

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Sword Art Online The Movie: Ordinal Scale
Sword Art Online Ordinal Scale logo.png
Logo filem Sword Art Online Ordinal Scale
Bahasa Jepun劇場版 ソードアート・オンライン -オーディナル・スケール-
HepburnGekijō-ban Sōdo Āto Onrain -Ōdinaru Sukēru-
PengarahTomohiko Ito
Lakon layar oleh
  • Reki Kawahara
  • Tomohiko Ito
BerdasarkanSword Art Online oleh
Reki Kawahara
Dibintangi oleh
  • Yoshitsugu Matsuoka
  • Haruka Tomatsu
  • Ayana Taketatsu
  • Kanae Ito
  • Rina Hidaka
  • Ayahi Takagaki
  • Miyuki Sawashiro
  • Hiroaki Hirata
  • Hiroki Yasumoto
  • Koichi Yamadera
  • Sayaka Kanda
  • Yoshio Inoue
  • Takeshi Kaga
Muzik olehYuki Kajiura
SinematografiKentaro Waki
Disunting olehShigeru Nishiyama
Syarikat
penerbitan
PengedarAniplex
Mula ditayangkan
18 Februari 2017
Tempoh tayangan
119 minit[1]
NegaraJepun
BahasaBahasa Jepun
Pecah panggung¥3.35 bilion

Sword Art Online The Movie: Ordinal Scale (bahasa Jepun: 劇場版 ソードアート・オンライン -オーディナル・スケール-, Romaji: Gekijō-ban Sōdo Āto Onrain -Ōdinaru Sukēru-) siri animasi filem Jepun berdasarkan pada siri novel ringan Sword Art Online ditulis oleh Reki Kawahara dan ilustrasi oleh abec. Filem ini dihasilkan oleh A-1 Pictures, Aniplex dan SAO Movie Project; pengarah filem Tomohiko Ito bersama-sama karya asal Reki Kawahara, reka bentuk watak dihasilkan oleh Shingo Adachi dan pengarah muzik oleh Yuki Kajiura. Filem ini ditayangkan di Jepun juga serentak di Malaysia pada 18 Februari 2017. Lagu penutup filem bertajuk "Catch the Moment" dinyanyikan oleh "LiSA".

Siri filem ini akan mengeluarkan DVD dan Blu-ray di Jepun pada 27 September 2017.

Ringkasan cerita[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 2026 (jalan cerita selepas siri "Sword Art Online II"), permainan baru dikenali sebagai Ordinal Scale (OS) menggunakan peralatan gajet Auguma yang mensimulasikan realiti semasa pemain masih sedar (realiti berperantara) telah diperkenalkan kepada orang ramai menggantikan sistem AmuSphere FullDive dimana kebolehan pemain yang disenaraikan oleh nombor ordinal (menunjukkan kedudukan relatif). Kirito, Asuna, Lisbeth, Silica dan Sinon mereka mula terpengaruh bermain permainan baru, yang berbeza daripada permainan alam maya Alfheim Online (ALO). Dalam permainan OS, setiap pemain akan diberi pangkat mengikut pencapaian mereka dengan pangkat paling rendah berisiko tinggi apabila menentang pemain dengan pangkat tinggi. Bagaimanapun, Kirito dan rakan-rakannya mendapati sesuatu tidak kena apabila mereka terjumpa raksasa dari Aincrad, dunia dari permainan alam maya Sword Art Online (SAO) dimana mereka pernah terperangkap selama dua tahun. Filem ini menampilkan watak baru iaitu Yuna seorang idol yang misteri, Eiji pencabar utama Kirito dalam permainan OS dan Dr. Shigemura merupakan pereka gajet Auguma dan permainan Ordinal Scale.

Pelakon suara[sunting | sunting sumber]

Watak Pelakon suara Jepun[2] Pelakon suara Inggeris[3]
Kirito / Kazuto Kirigaya Yoshitsugu Matsuoka Bryce Papenbrook
Asuna / Asuna Yuuki Haruka Tomatsu Cherami Leigh
Leafa / Suguha Kirigaya Ayana Taketatsu Cassandra Morris
Yui Kanae Itō Stephanie Sheh
Silica / Keiko Ayano Rina Hidaka Christine Marie Cabanos
Lisbeth / Rika Shinozaki Ayahi Takagaki Sarah Williams
Sinon / Shino Asada Miyuki Sawashiro Michelle Ruff
Klein / Ryoutarou Tsuboi Hiroaki Hirata Kirk Thornton
Agil / Andrew Gilbert Mills Hiroki Yasumoto Patrick Seitz
Akihiko Kayaba Kōichi Yamadera Marc Diraison
Yuna Sayaka Kanda Ryan Bartley
Eiji Yoshio Inoue Chris Patton
Dr. Shigemura Takeshi Kaga Taylor Henry

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ 劇場版 ソードアート・オンライン ―オーディナル・スケール― (2017). allcinema (dalam bahasa Jepun). Stingray. Dicapai 10 Februari 2017. 
  2. ^
  3. ^ "Sword Art Online: Ordinal Scale English Dub Screenings Begin April 22 in U.S." Anime News Network. March 14, 2017. Dicapai March 14, 2017. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]