Kapur barus: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Asas rencana drpd penterjemahan rencana asal dlm B. Inggeris
 
Baris 4: Baris 4:

== Sejarah ==
== Sejarah ==
===Penamaannya===
===Penamaan===
Nama "kapur barus" ini terdiri daripada dua komponen: "kapur" yang berakar daripada [[bahasa Sanskrit]], कर्पूरम् / ''karpūram'' melalui istilah {{lang-ar|كافور|''kafur''}},<ref>[http://www.etymonline.com/index.php?search=camphor Camphor] at the Online Etymology Dictionary</ref> manakala "[[Barus]]" pula merupakan nama sebuah pelabuhan lama yang kini terletak di kota moden [[Sibolga]] di pantai barat pulau Sumatera.<ref name="Persee">{{cite journal|title = An Indian Ocean Port: Sources for the Earlier History of Barus | first =Jane |last =Drakard |work= Archipel |year =1989 |volume =37 |pages = 53–82 |url =http://www.persee.fr/doc/arch_0044-8613_1989_num_37_1_2562 |accessdate =9 October 2015 |doi=10.3406/arch.1989.2562}}</ref> Pelabuhan tersebut terkenal dengan perdangngan bahan ini yang diekstrakkan daripada pokok ''Cinnamonum camphora'' yang begitu banyak di rantau ini.

Semakan pada 15:29, 29 Jun 2020

Kapur barus atau kampor[1] ialah sejenis pepejal lutsinar atau keputihan berlilin dan mudah terbakar beraroma kuat.[2] Ia merupakan terpenoid dengan formula kimia C10H16O.

Bahan ini ditemui dalam kayu spesies Cinnamomum camphora iaitu sejenis pokok malar hijau yang didapati di Asia terutamanya di pulau-pulau Sumatera dan Borneo; serta juga spesies pokok balak Dryobalanops yang tiada kaitan dari kawasan yang sama. Ia turut didapati dalam pokok yang berkaitan dalam keluarga Lauraceae terutamanya Ocotea usambarensis. Minyak daun rosmari (Rosmarinus officinalis) mengandungi 10 hingga 20% kampor[3] berbanding dengan tumbuhan Heterotheca yang hanya mengandungi sekitar 5% kampor.[4] Ia juga boleh diperolehi secara sintetik daripada minyak turpentin.

Sejarah

Penamaan

Nama "kapur barus" ini terdiri daripada dua komponen: "kapur" yang berakar daripada bahasa Sanskrit, कर्पूरम् / karpūram melalui istilah Arab: كافور, rumi: kafur,[5] manakala "Barus" pula merupakan nama sebuah pelabuhan lama yang kini terletak di kota moden Sibolga di pantai barat pulau Sumatera.[6] Pelabuhan tersebut terkenal dengan perdangngan bahan ini yang diekstrakkan daripada pokok Cinnamonum camphora yang begitu banyak di rantau ini.

Kegunaan

Fizikal

Sifatnya yang mudah memejalwap membolehkan ia digunakan dalam pelbagai cara; antaranya sebagai bahan pemplastik untuk nitroselulosa yang merupakan bahan mentah dalam pembuatan bunga api dan senjata api. Ia dipercayai meracunkan serangga maka ia digunakan sebagai bahan penghalau,[7] malah ia digunakan sebagai pilihan alternatif kepada ubat gegat. Wasap yang terhasil daripada pepejal kapur turut menghasilkan suatu salutan anti-karat lalu ia digunakan dalam peti alatan untuk memelihara logam alatan.[8]

Perubatan tradisional

Kapur barus telah digunakan secara turun-temurun dalam perubatan tradisional di mana ia tumbuh asalnya, seperti di Sumatera purba bagi merawat kekejangan, bengkak dan keradangan.[9] Ia juga digunakan dalam perubatan Cina secara berkurun-kurun untuk pelbagai tujuan kegunaannya.[10]

Rujukan

  1. ^ "'kampor' - Istilah MABBIM". Pusat Rujukan Persuratan Melayu. Dewan Bahasa dan Pustaka. Dicapai pada 15 Mac 2018.
  2. ^ Mann JC, Hobbs JB, Banthorpe DV, Harborne JB (1994). Natural products: their chemistry and biological significance. Harlow, Essex, England: Longman Scientific & Technical. m/s. 309–11. ISBN 0-582-06009-5.
  3. ^ "Rosemary". Drugs.com. Dicapai pada 23 Julai 2016.
  4. ^ Lincoln, D.E.; Lawrence, B.M. (1984). "The volatile constituents of camphorweed, Heterotheca subaxillaris". Phytochemistry. 23 (4): 933-934.
  5. ^ Camphor at the Online Etymology Dictionary
  6. ^ Drakard, Jane (1989). "An Indian Ocean Port: Sources for the Earlier History of Barus". Archipel. 37: 53–82. doi:10.3406/arch.1989.2562. Dicapai pada 9 October 2015.
  7. ^ . No. 134. New York: Elton. 1840. Text "The Housekeeper's Almanac, or, the Young Wife's Oracle! for 1840!" ignored (bantuan); Cite magazine requires |magazine= (bantuan); Missing or empty |title= (bantuan)
  8. ^ Tips for Cabinet Making Shops
  9. ^ Miller, Charles. History of Sumatra : An account of Sumatra. m/s. 121.
  10. ^ Goodman; Gilman (1965). Pharmacological basis of therapeutics. Macmillan. m/s. 982-983.