Berita RTM: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Hongqilim (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Baris 61: Baris 61:
'''Berita Wilayah atau Berita Petang''' merupakan sebuah rancangan berbentuk berita yang disiarkan pada jam 5:00 petang setiap hari. Ia memaparkan berita-berita yang berkaitan dengan berita-berita tempatan dari negeri-negeri di [[Malaysia]]. Ia dikenali sebagai Warta Negeri dan Nasional 5 sebelum tahun 2020.
'''Berita Wilayah atau Berita Petang''' merupakan sebuah rancangan berbentuk berita yang disiarkan pada jam 5:00 petang setiap hari. Ia memaparkan berita-berita yang berkaitan dengan berita-berita tempatan dari negeri-negeri di [[Malaysia]]. Ia dikenali sebagai Warta Negeri dan Nasional 5 sebelum tahun 2020.


Nota: '''Berita Petang''' hanya diberi pada bulan Ramadhan sahaja kerana tiada laporan berita dari negeri-negeri di Malaysia
Nota: '''Berita Petang''' hanya diberi pada bulan Ramadhan sahaja kerana tiada laporan berita dari negeri-negeri di Malaysia.


===Berita Perdana===
===Berita Perdana===

Semakan pada 00:47, 21 Julai 2020

Berita RTM
JenisRangkaian televisyen komersial siaran
Negara
KetersediaanSeluruh negara
SloganYang Sahih di Berita RTM
Ibu pejabatAngkasapuri, Kuala Lumpur, Malaysia
PemilikRadio Televisyen Malaysia
Tarikh pelancaran
25 Jun 2020; 3 tahun yang lalu (2020-06-25)
Format gambar
HDTV 1080i (16:9)
Bahasa

Berita RTM ialah rangkaian televisyen percuma Malaysia yang dimiliki dan dikendalikan oleh Radio Televisyen Malaysia (RTM).[1] Menggunakan slogan 'Yang Sahih di Berita RTM', rangkaian ini memulakan siaran rasmi pelancaran formal secara penuh pada 25 Jun 2020 jam 7.45 malam (WPM) menerusi myFreeview saluran 123.[2][3] Ia menyiarkan berita khusus merangkumi hal ehwal semasa dan bual bicara yang dipancarkan dalam definisi tinggi (HD). Saluran Berita RTM bersiaran 24 jam sehari meliputi pelbagai bahasa iaitu Melayu, Inggeris, Mandarin dan Tamil.[1]

Kandungan diperkasa melalui pengisian yang lebih komprehensif yang menawarkan 25 slot berita setiap hari, 12 bicarawara seminggu, berita niaga (lima hari) dan dua program majalah setiap minggu. Transformasi dinamik saluran baharu ini turut menawarkan pelbagai kelainan berbanding saluran TV lain kerana menyiarkan jajaran berita pelbagai bahasa bermula 12 tengah hari sehingga 2 petang diikuti 7 malam hingga 9 malam.[1] Majlis pelancaran Berita RTM dirasmikan oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia, Saifuddin Abdullah[4] sebagai sebahagian daripada inisiatif Putrajaya untuk menentang apa yang disebut "berita palsu".[5][6]

Kandungan rancangan

Berita RTM memberi fokus kepada berita dan rancangan berkaitan berita yang bersiaran 24 jam sehari meliputi 4 bahasa iaitu Melayu, Inggeris, Mandarin dan Tamil. Saluran itu menawarkan 25 slot berita setiap hari, 12 bicarawara seminggu, lima hari berita perniagaan dan dua program majalah seminggu yang menyumbang kepada pemerkayaan minda masyarakat dengan pelbagai maklumat. Berita RTM juga membolehkan penonton menyaksikan siaran berita radio pelbagai bahasa selain siaran langsung dari konti-konti radio RTM di seluruh negara yang turut membicarakan isu-isu khusus berkaitan di peringkat negeri.[7] Di samping itu, ia juga menampilkan rancangan Pastikan Sahih yang disiarkan pada jam 6.30 petang dari Isnin hingga Jumaat, sebuah rancangan yang didedikasikan untuk membanteras berita palsu tular.[8][9]

Jenis berita Berbahasa Melayu

Pada hari-hari biasa berita-berita dalam stesen televisyen ini akan bersiaran satu jam secara maksimum. Namun, sesetengah berita tersebut akan bersiaran selama setengah jam pada bulan Ramadan. Kesemua berita ini disiarkan di Saluran Berita RTM dan juga di TV1.

Berita Pagi

Berita Pagi merupakan sebuah rancangan berbentuk berita yang disiarkan pada jam 7.00 pagi. Siaran berita ini merupakan siaran berita yang pertama keudara bagi pada setiap hari. Kebanyakkan beritanya berkisar mengenai kejadian dan isu atau berita-berita yang telah berlaku pada hari sebelumnya. Mulai tahun 2020, ia dibahagikan kepada Berita Pagi Semenanjung (30 minit), Sabah dan Sarawak (masing-masing 15 minit). Ia dikenali sebagai Nasional 7 sebelum tahun 2020.

Berita Radio Bervisual/Conty News

Berita Radio Bervisual ataupun Conty News merupakan sebuah rancangan berbentuk berita radio yang bersiaran dari Angkasapuri RTM Kuala Lumpur yang disiarkan pada jam 10:00 pagi dan 11:00 pagi setiap hari selama 5 minit. Ia menyiarkan berita-berita dari dalam dan luar negara, ekonomi, sukan, hal ehwal semasa, isu-isu terkini, hiburan. Berita Radio Bervisual juga ialah satu-satunya rancangan berita di Malaysia yang yang asalnya boleh didengari di Radio RTM tetapi dengan teknologi terkini membolehkan ia divisualkan dan bersiaran di TV RTM. Berita Radio Bervisual ini mula bersiaran pada tahun (?).

Berita Semasa 12, 3 dan 4

Berita Semasa 12, 3 dan 4 merupakan sebuah rancangan berbentuk berita yang disiarkan pada jam 12:00 tengah hari (melainkan Jumaat), 3:00 petang dan 4 Petang setiap hari. Ia memaparkan berita-berita semasa yang dikemaskini dari semasa ke semasa dari dalam negara sahaja. Berita Semasa 12, 3 dan 4 pernah dikenali sebagai "Semasa 12 (S12), Semasa 3 (S3) dan Semasa 4 (S4)" pada tahun-tahun yang lalu.

Berita Tengah Hari

Berita Tengah Hari merupakan sebuah rancangan berbentuk berita yang disiarkan selama setengah jam bermula jam 1 tengah hari pada setiap hari melainkan hari jumaat yang bersiaran jam 12 tengah hari untuk memberi laluan kepada solat jumaat. Ia dikenali sebagai Nasional 1 dan Nasional 12 sebelum tahun 2020.

Berita Wilayah atau Berita Petang

Berita Wilayah atau Berita Petang merupakan sebuah rancangan berbentuk berita yang disiarkan pada jam 5:00 petang setiap hari. Ia memaparkan berita-berita yang berkaitan dengan berita-berita tempatan dari negeri-negeri di Malaysia. Ia dikenali sebagai Warta Negeri dan Nasional 5 sebelum tahun 2020.

Nota: Berita Petang hanya diberi pada bulan Ramadhan sahaja kerana tiada laporan berita dari negeri-negeri di Malaysia.

Berita Perdana

Berita Perdana merupakan sebuah rancangan berbentuk berita waktu perdana yang disiarkan pada jam 8:00 malam setiap hari. Ia memaparkan berita-berita dari dalam dan luar negara, ekonomi, meteorologi, sukan, hal ehwal semasa, isu-isu terkini, hiburan (terdiri daripada segmen hashtag (#) dan B-Diva. Berita Perdana juga ialah satu-satunya rancangan berita di Malaysia dengan terjemahan melalui seorang penyampai Bahasa Isyarat Malaysia terletak di bawah kanan skrin televisyen. Berita Perdana pernah dikenali sebagai "Warta Perdana" dari tahun 2004 hingga tahun 2008, "Berita Nasional" dari tahun 2009 hingga 2015 dan "Nasional 8" dari tahun 2015 hingga 2020.

Berita Dunia

Berita Dunia merupakan rancangan berbentuk siaran berita perkembangan luar negara yang disiarkan setiap Isnin hingga Jumaat pada jam 11 malam. Ia memaparkan berita-berita peperangan, pergolakan, bencana, isu semasa, ekonomi, hiburan dan juga sukan. Ia dikenali sebagai Dunia Hari Ini dan BES Dunia sebelum tahun 2020.

Berita Tengah Malam

Berita Tengah Malam merupakan sebuah rancangan berbentuk berita yang disiarkan selama setengah jam bermula jam 12 tengah malam. Siaran berita ini merupakan siaran berita yang terakhir keudara pada setiap hari. Ia dikenali sebagai Nasional 12 sebelum tahun 2020.

Lihat juga

Rujukan

  1. ^ a b c Zaidi Mohamad (25 Jun 2020). "Saluran Berita RTM dilancar". Berita Harian. Dicapai pada 26 Jun 2020.
  2. ^ "Majlis Pelancaran Saluran Berita RTM". Radio Televisyen Malaysia. 25 Jun 2020.
  3. ^ Syafil Syazwan Jefri (25 Jun 2020). "Saluran berita RTM lebih kompetitif". Harian Metro. Dicapai pada 26 Jun 2020.
  4. ^ "Saifuddin launches new TV channel 'Saluran Berita RTM'". The Edge Markets. 26 Jun 2020. Dicapai pada 26 Jun 2020.
  5. ^ Jerry Choong (25 Jun 2020). "Saifuddin launches RTM's own 24-hour news channel, aimed at combatting 'fake news'". The Malay Mail. Dicapai pada 26 Jun 2020.
  6. ^ "Saifuddin launches new TV channel Saluran Berita RTM". New Malaysia Times. 26 Jun 2020. Dicapai pada 26 Jun 2020.
  7. ^ "Saluran berita RTM dilancar, tangani berita palsu". ProjekMM. 26 Jun 2020. Dicapai pada 26 Jun 2020.
  8. ^ Tahir Alhamzah (26 Jun 2020). "#Showbiz: RTM's brand new news channel to quash fake news". New Straits Times. Dicapai pada 26 Jun 2020.
  9. ^ "Saluran Berita RTM dilancar, medium tambahan perangi berita palsu". Astro Awani. 26 Jun 2020. Dicapai pada 26 Jun 2020.

Pautan luar