Gunung Benom: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Matja (bincang | sumb.)
Matja (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 1: Baris 1:
{{Infobox Mountain
{{Infobox Mountain
| Name=Gunung Benom
| Name=Gunung Benom
| Photo=Tiada Gambar
| Photo=Gbenom.jpg|250px|thumb|
| Elevation=2,107 m (6,913 ft)
| Elevation=2,107 m (6,913 ft)
| Location=[[Pahang]]
| Location=[[Pahang]]

Semakan pada 09:07, 10 Jun 2009

Gunung Benom

Gunung Benom merupakan sebuah gunung yang terdapat di negeri Pahang Darul Makmur, Malaysia. Gunung Benom mempunyai ketinggian setinggi 2,107 meter atau 6913 kaki dari aras laut. Terletak di Latitude/Longitude (WGS84) 3° 50' N 102° 6' E. Gunung Benom mempunyai kawasan hutan Dipterokarp Bukit, hutan Dipterokarp Atas, hutan Montane, dan Hutan Ericaceous atau hutan gunung.

Pendakian

Gunung Benom merupakan gunung yang kedua tertinggi di Negeri Pahang selepas Gunung Tahan dan merupakan puncak gunung yang kesepuluh tertinggi di Malaysia . Banjaran Benom ini terletak di antara sempadan dua buah daerah iaitu sempadan daerah Jerantut dan daerah Raub. Gunung ini boleh didaki menerusi tiga cara iaitu dari Sungai Klau di Raub, dari Kampung Ulu Cheka di Jerantut dan dari perkampungan orang Asli di Kampung Damak Jerantut. Pendakian menerusi Sungai Klau lebih cepat untuk sampai ke puncak kira-kira 2 atau 3 jam manakala pendakian yang agak sukar dan jauh menenerusi Kampung Ulu Cheka di sebelah Jerantut. Pendakian menerusi Sungai Klau di Raub menerusi laluan air terjun Lata Berumbum.

Jika pendakian menerusi Kampung Ulu Cheka di sebelah Jerantut pula pendakian akan bermula dari Kampung Tengah, Ulu Cheka dan untuk sampai ke kawasan pendakian perlulah melalui perkampungan kecil di Kampung Damak menuju ke Kampung Ulu Cheka sehinggalah sampai di Kampung Tengah Mukim Ulu Cheka Jerantut. Melalui Kampung Tengah ini pendakian agak sukar dan terpaksa menempuh bukit yang tinggi serta dipenuhi pelbagai spesis tumbuhan.

  • Jadual pendakian melalui Kampung Ulu Cheka Jerantut.
Lokasi Latitude (degrees N) Longitude (degrees) Ketinggian (meter)
Kampong Damak 3.94936 102.21532 60
Kampong Tengah 3.88356 102.18259 120
Gunung Benom 3.82310 102.09425 2107

Gunung lain yang terdapat di Pahang


Rujukan

Lihat juga

Pautan luar