Pergi ke kandungan

Khersonesos

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Khersonesos
Χερσόνησος
Херсонес
St. Katedral Vladimir menghadap ke penggalian Khersonesos.
Khersonesos is located in Bumi
Khersonesos
Khersonesos (Bumi)
Nama alternatifKherson, Khersonesus, Khersones
LokasiGagarin Raion, Sevastopol
WilayahTaurica
Koordinat44°36′42″N 33°29′36″E / 44.61167°N 33.49333°E / 44.61167; 33.49333Koordinat: 44°36′42″N 33°29′36″E / 44.61167°N 33.49333°E / 44.61167; 33.49333
JenisPenempatan
Sebahagian daripadaPemeliharaan Negara "Khersones Tavriysky"
Luas30 he (74 ekar)
Sejarah
PembinaPeneroka dari Heraclea Pontica
Diasaskanabad ke-6 SM
DitinggalkanSekitar 1400 TM
ZamanYunani Klasik hingga Abad Pertengahan Akhir
BudayaYunani, Rom, Hunnik, Byzantium
Perincian tapak
Tarikh penggalian1827
PengurusanPemeliharaan Kebangsaan Khersonesos Taurik
Tapak sesawangwww.chersonesos.org
Khersonesos
Nama rasmiBandar purba Khersones Taurik
Sebahagian dari
Bandar Purba Khersones Taurik dan kawasan Kora
Inskripsi(sesi )
Zon penampan207.2 he (0.800 bt2)
Map
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Khersonesos (Bahasa Yunani Kuno: Χερσόνησος, Khersónēsos; Latin: Chersonesus; bahasa Rusia dan Ukraine moden: Херсоне́с, Khersones; juga ditulis Khersonese, Khersonesus, daripada bahasa Yunani zaman pertengahan kepada Kherson Χερσών; Slav Timur Kuno: Корсунь, Korsun) ialah sebuah koloni Yunani purba yang diasaskan sekitar 2500 tahun lalu di barat daya Semenanjung Krimea. Peneroka dari Heraklea Pontika di Bithynia mengasaskannya pada abad ke-6 SM.

Bandar purba ini terletak di pantai Laut Hitam di pinggir Sevastopol moden di Semenanjung Krimea, di mana ia dipanggil Khersones. Tapak ini sebahagian daripada Rizab Kebangsaan Khersonesos Taurik. Nama Khersonesos dalam bahasa Yunani bermaksud "semenanjung", sempena lokasi penempatan itu dibina. Jangan mengelirukannya dengan Khersones Taurik, nama yang sering digunakan bagi seluruh Krimea selatan.

Semasa zaman klasik, Khersonesos kebanyakan masanya sebuah demokrasi yang diperintah oleh sekumpulan arkon yang dilantik dan sebuah majlis yang dipanggil Demiurgoi. Lama-kelamaan, kerajaan mereka beransur kepada oligarki, dan tampuk kuasa di pegang oleh golongan arkon.[1] Semua rakyat mengangkat sumpah bermula dari abad ke-3 SM hingga ke hari ini.[2][3] Pada 2013, UNESCO menyenaraikan Khersonesos sebagai Tapak Warisan Dunia.[4]

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Tanah jajahan Yunani[sunting | sunting sumber]

Syiling Yunani dari Khersonesos di Krimea yang menggambarkan Diotimus memakai cekak diraja. Di belakang syiling tertulis, ΧΕΡ ΔΙΟΤΙΜΟΥ Khersonesos di Krimea. Abad ke-2 SM.
Viktor Vasnetsov: Pembaptisan Santo Putera Vladimir di Korsun.

Pada abad ke-5 SM, orang Dorik dari Heraclea Pontica di pantai Laut Hitam Asia Minor mengasaskan sebuah pelabuhan bernama Khersonesos di barat daya Krimea (di luar Sevastopol moden). Perairannya cukup dalam dan terletak di pinggir tempat tinggal orang asli Tauri. Kebanyakan Zaman Klasik, Khersonesos adalah sebuah demokrasi yang diperintah oleh sekumpulan arkon yang dilantik dan sebuah majlis yang dipanggil Demiurgi. Lama-kelamaan, kerajaan menjadi lebih bersifat oligarki dan kuasa tertumpu di tangan golongan arkon. Sehingga pertengahan abad ke-4 SM, Khersonesos sebuah bandar kecil. Ia kemudiannya berkembang ke barat laut Krimea, bergabung dengan koloni Kerkinitida dan membina banyak kubu pertahanan.

Selepas memerangi Kerajaan Bosporus, orang Scythia, Tauri, dan menguasai pantai barat semenanjung, Khersonesos terpaksa meminta bantuan Mitradates VI dan jeneralnya Diofantus, s. 110 SM, dan jatuh ke tangan Kerajaan Bosporus. Ia menjadi taklukan Rom dan dilindungi pasukan kubu dari pertengahan abad ke-1 SM sehinggalah 370-an Masihi, apabila ia ditawan oleh orang Hun.

Zaman Byzantium[sunting | sunting sumber]

Semasa Zaman Pertengahan Awal, ia dikawal oleh Empayar Byzantium dan telah menghadap pengepungan oleh kaum Göktürk pada tahun 581. Pengaruh Byzantine tidak begitu kuat: tentera mereka kecil dan hanya ditempatkan untuk perlindungan dan bukan kawalan, membenarkan bandar itu mentadbir sendiri sedikit sebanyak.[5] Ia berguna kepada Byzantium dalam dua cara: ia tempat yang sesuai untuk memantau puak musuh, dan lokasinya yang terpencil menjadikannya destinasi popular untuk membuang orang yang telah memurkakan pihak berkuasa Rom dan kemudian Byzantium. Antara "banduan" yang terkenalnya ialah Paus Clemens I dan Paus Martinus I, dan Maharaja Byzantium Justinianus II yang digulingkan.[5]

Menurut Teofanes Pengaku dan lain-lain, Khersonesos merupakan kediaman gabenor Khazar (tudun) pada akhir abad ke-7. Antara tahun 705 dan 840, hal ehwal bandar itu diuruskan oleh pegawai-pegawai lantikan yang dipanggil babaghuq, atau bermaksud "bapa bandar".[6]

Pada tahun 833, Maharaja Teofilos menghantar seorang bangsawan Petronas Kamateros, yang telah menyelia pembinaan kubu Khazar di Sarkel, untuk mengambil alih kota dan kawasan sekitarnya. Ia dijadikan daerah (dipanggil <i>tema</i>) Klimata/Kherson. Ia milik Byzantium sehinggalah 980-an, apabila ia jatuh ke tangan Vladimir Agung dari Rus' Kiev. Vladimir bersetuju akan meninggalkan kubu itu sekiranya baginda dapat berkahwin dengan saudara perempuan Basil II, Anna Porfirogeneta. Permintaan itu menyebabkan skandal di Konstantinopal. Sebagai syarat mahar, Vladimir dibaptiskan di sini pada tahun 988, sekali gus membuka jalan kepada pembaptisan seluruh Rus' Kiev. Selepas itu mereka meninggalkan Korsun'.

Memandangkan kempen ini tidak direkodkan dalam sumber-sumber Yunani, ahli sejarah berpendapat kisah itu sebenarnya merujuk kepada Perang Rus'–Byzantium (1043) dan kepada Vladimir yang lain. Kebanyakan barang berharga yang dirompak oleh Slav juga di Korsun' sampai kepada Veliky Novgorod (mungkin melalui Ioakhim dari Korsun, uskup Novgorod pertama, kerana nama keluarga beliau menunjukkan beliau ada hubungan dengan Korsun), di mana ia disimpan di Katedral St. Sophia sehingga abad ke-20. Salah satu barang yang paling menarik dalam "Khazanah Korsun" ini ialah Gerbang Korsun tembaga, kononnya ditawan oleh orang Novgorod di Korsun' dan kini sebahagian daripada Katedral St. Sophia.

Selepas Perang Salib Keempat (1202–04), Khersonesos menjadi naungan Empayar Byzantium di Trebizond sebagai Kerajaan Theodoro. Selepas Pengepungan Trebizond (1461), Kerajaan Theodoro merdeka. Ia dikawal Genoa pada awal abad ke-13, memulakan perdagangan yang semakin rancak dengan Yunani.[7] Pada tahun 1299, kota tersebut telah dijarah tentera Mongol Nogai Khan, yang digelarkan Angkatan Kencana. Catatan Byzantium kali terakhir menyebut Khersonesos pada tahun 1396, dan berdasarkan bukti arkeologi ia kosong sepenuhnya dalam dekad-dekad berikutnya.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^  Satu atau lebih ayat sebelumnya menggabungkan dan menterjemah teks dari penerbitan sekarang di domain awamMinns, Ellis Hovell (1911). "Chersonese". Dalam Chisholm, Hugh (penyunting). Encyclopædia Britannica (dalam bahasa Inggeris). 6 (ed. ke-11). Cambridge University Press. m/s. 86.
  2. ^ "Syll. 360: The oath of the citizens of Chersonesos". attalus.org. Diarkibkan daripada yang asal pada January 19, 2018. Dicapai pada May 20, 2015.
  3. ^ Stolba, V. (2005). The oath of Chersonesos and the Chersonesean economy in the early Hellenistic period. Dalam Making, Moving and Managing. The New World of Ancient Economies, 323-31 BC (m/s 298-321). Left Coast Press.
  4. ^ Claus, Patricia (2022-12-01). "Ancient Greek City of Chersonesus in Crimea Founded 2,500 Years Ago". greekreporter.com. Dicapai pada 2023-05-09.
  5. ^ a b Public Domain Rencana ini menggabungkan dan menterjemah teks dari penerbitan sekarang di domain awamChisholm, Hugh, penyunting (1911). Encyclopædia Britannica (dalam bahasa Inggeris) (ed. ke-11). Cambridge University Press. Missing or empty |title= (bantuan)
  6. ^ Brook, Kevin Alan (2006-09-27). The Jews of Khazaria (dalam bahasa Inggeris). Rowman & Littlefield Publishers. m/s. 54. ISBN 9781442203020.
  7. ^  Satu atau lebih ayat sebelumnya menggabungkan dan menterjemah teks dari penerbitan sekarang di domain awamMinns, Ellis Hovell (1911). "Chersonese". Dalam Chisholm, Hugh (penyunting). Encyclopædia Britannica (dalam bahasa Inggeris). 6 (ed. ke-11). Cambridge University Press. m/s. 86.

Ralat petik: Tag <ref> dengan nama dengan nama "np-city" yang ditentukan dalam kumpulan <references> "" tidak mempunyai kandungan.

Bibliografi dan bacaan lanjut[sunting | sunting sumber]

Sumber dan pautan luar[sunting | sunting sumber]