Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan PBB

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu
ڤرتوبوهن ڤنديديقن، ساءين‌س دان کبوداياٴن ڤرتوبوهن بڠسا٢ برساتو
Kerangka
KependekanUNESCO Sunting ini di Wikidata
Jenis/bentuk sahAgensi khusus Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, pertubuhan antarabangsa, pertubuhan antara kerajaan, pertubuhan Sunting ini di Wikidata
Keanggotaan 193 negara (2019) Sunting ini di Wikidata
Anggota bagiGlobal Citizen Science Partnership (2022) Sunting ini di Wikidata
Bahasa rasmiBahasa Inggeris, bahasa Sepanyol, bahasa Perancis, bahasa Rusia, bahasa Arab, bahasa Cina Sunting ini di Wikidata
Tapak weben.unesco.org Sunting ini di Wikidata
Facebook: unesco Twitter: UNESCO Instagram: unesco LinkedIn: unesco Youtube: UCkD7gm3Am3M3k156lk46t3A Pinterest: unesco GitHub: UNESCO Sunting ini di Wikidata
Sejarah
PendahuluInternational Committee on Intellectual Cooperation Sunting ini di Wikidata
Ditubuhkan16 November 1945 Sunting ini di Wikidata
Pengurusan
PengerusiAudrey Azoulay Sunting ini di Wikidata
Pertubuhan indukPertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Sunting ini di Wikidata
SubsidiariUNESCO Chair on Cyberspace and Culture, Scientific Committee on Problems of the Environment, Institut UNESCO bagi Perangkaan, Iranian National Commission for UNESCO, Hylean Amazon Institute Sunting ini di Wikidata
Anugerah
Anugerah Peabody (1958) Sunting ini di Wikidata
Lokasi
Map
Ibu pejabatParis Sunting ini di Wikidata
Koordinat48°51′N 2°18′E Sunting ini di Wikidata
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (Jawi: ڤرتوبوهن ڤنديديقن⹁ ساءين‌س دان کبوداياءن ڤرتوبوهن بڠسا٢ برساتو; bahasa Inggeris: UN Educational, Scientific and Cultural Organization, dipendekkan sebagai UNESCO; Jawi: يونيسکو) ialah sebuah agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang ditubuhkan pada tahun 1945. Tujuan penubuhannya adalah untuk menyumbang ke arah kedamaian dan keselamatan dengan mempromosikan kerjasama antarabangsa melalui bidang pendidikan, sains dan kebudayaan.

Secara keseluruhannya, sebanyak 191 buah negara telah menyertai UNESCO. Organisasi ini berpusat di Paris, dengan lebih 50 pejabat setempat dan beberapa institusi diseluruh dunia. Lima program utama UNESCO adalah: pendidikan, sains semula jadi, sains manusia dan sosial, kebudayaan, dan komunikasi dan maklumat. Projek yang menerima penajaan UNESCO termasuklan kemahiran menulis dan membaca, teknikal, dan program latihan kepada guru-guru; program sains antarabangsa; promosi kebebasan bersuara dan media yang bebas; projek sejarah kebudayaan setempat, promosi kepelbagaian budaya didunia; perjanjian kerjasama antarabangsa untuk kebudayaan dunia dan warisan semulajadi dan untuk memelihara hak asasi manusia; dan percubaan untuk menyatukan rangkaian antarabangsa.

Struktur[sunting | sunting sumber]

Tiga badan mempunyai tanggungjawab dalam membuat polisi, pentadbiran utama, dan pentadbiran harian di UNESCO:

  • Persidangan Agung
  • Lembaga Eksekutif
  • Sekretariat

Persidangan Agung ialah suatu perjumpaan negara-negara anggota yang mana setiap negara mempunyai satu undi. Mesyuarat diadakan sebanyak sekali setiap dua tahun. Semasa mesyuarat itu ia menetapkan polisi umum dan program-program untuk dianjurkan.

Lembaga Eksekutif mempunyai seramai 58 orang ahli. Mereka ini dilantik oleh Persidangan Agung untuk berkhidmat selama dalam tempoh empat tahun. Lembaga Eksekutif menyediakan sesi untuk Persidangan Agung bersidang dan ia bertanggungjawab memastikan arahan yang diberi dilaksanakan.

Sekretariat mengandungi Ketua Pengarah dan staf-staf dan bertanggungjawab dalam menjalankan aktiviti serta pengurusan harian UNESCO. Ketua Pengarah yang berkhidmat sebagai pegawai awam UNESCO. Dia dilantik oleh Persidangan Agung untuk berkhidmat selama empat tahun (boleh diperbaharui). Kakitangan UNESCO setakat ini berjumlah sebanyak 2100, yang mana dua pertiga berpusat di Paris, dengan selebihnya diseluruh dunia.

Negara anggota[sunting | sunting sumber]

Kontroversi dan reformasi[sunting | sunting sumber]

UNESCO telah beberapa kali menjadi tumpuan berikutan kontroversi yang dihadapinya terutamanya di Amerika Syarikat, United Kingdom, dan Singapura. Semasa tahun 70-an dan 80-an, sokongan UNESCO bagi "Orde Maklumat Baru Dunia" dan Laporan MacBridenya yang mengesa pengdemokrasian media dan pengaksesan maklumat telah dikutuk oleh negara-negara berkenaan sebagai satu usaha untuk menghapuskan kebebasan akhbar. UNESCO dianggap oleh sesetengah pihak sebagai platform bagi pihak komunis dan negara-negara Dunia Ketiga untuk menyerang negara-negara Barat. Pada tahun 1984, Amerika Syarikat menghentikan sumbangannya dan keluar daripada pertubuhan itu sebagai tanda protes. Hal ini diikuti oleh United Kingdom pada tahun 1985 dan Singapura pada tahun 1986. Dengan berlakunya perubahan kerajaan di UK pada tahun 1997, UK menyertai semula pertubahan ini. Amerika Syarikat pula kembali menyertai pertubuhan ini pada tahun 2003. Semasa waktu beberapa reformasi telah dilakukan di pertubuhan ini.

Hadiah, anugerah dan pingat[sunting | sunting sumber]

UNESCO menganugerahkan beberapa hadiah dalam bidang sains, kebudayaan dan keamanan seperti:

Ketua Pengarah[sunting | sunting sumber]

  1. Julian Huxley,  United Kingdom (1946–1948)
  2. Jaime Torres Bodet,  Mexico (1948–1952)
  3. John Wilkinson Taylor,  Amerika Syarikat (pemangku 1952–1953)
  4. Luther Evans,  Amerika Syarikat (1953–1958)
  5. Vittorino Veronese,  Itali (1958–1961)
  6. René Maheu,  Perancis (1961–1974; pemangku 1962)
  7. Amadou-Mahtar M'Bow,  Senegal (1974–1987)
  8. Federico Mayor Zaragoza,  Sepanyol (1987–1999)
  9. Koïchiro Matsuura,  Jepun (1999–kini)

Galeri[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]