Kongres Nasional Parti Keadilan Rakyat 2011

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Kongres Nasional Parti Keadilan Rakyat 2011 diadakan mulai 25 November 2011 . Kongres Nasional Tahunan Keadilan ke-8 ini diadakan di Pulai Spring Resort, Johor Bahru.Johor. Kongres ini diadakan sebelum PRU13 dan sebelum Perhimpunan Agung UMNO 2011.

Kongres PKR tidak pernah diadakan Johor. Kongres sebelum ini pernah diadakan di Selangor, Perak, Kedah dan Pulau Pinang. Negeri Johor dianggap sebagai 'fixed deposit' UMNO di samping Sabah dan Sarawak.

Inti ucapan[sunting | sunting sumber]

Malaysia akan terus membangun tanpa UMNO.UMNO kini menjadi teras kepada politik gelap .Parti Keadilan Nasional bergabung dengan Parti Rakyat Malaysia menjadi Parti Keadilan Rakyat.

Slogan PKR ialah ‘Keadilan Untuk Semua’, ‘Ketuanan Rakyat’ dan ‘Demi Rakyat’.Deklarasi Permatang Pauh adalah tekad rakyat yang berbilang bangsa dan agama untuk melancarkan gerakan reformasi total.

Setelah Pilihan Raya Umum 2008, Pakatan Rakyat turut menang 9 daripada 16 Pilihan Raya Kecil yang diadakan. Rakyat Sarawak turut melakar lanskap politik baru Sarawak. PKR menang di Ba’ Kelalan, Krian dan Batu Lintang.

Penyelewengan UMNO jelas dalam isu National Feedlot Corporation (NFC). RM 250 juta amat bertentangan dengan ‘Ketuanan Melayu’ .

Perdana Menteri Dato’ Sri Najib Tun Razak mengumumkan pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) sempena Hari Malaysia. Tetapi 13 orang ditahan di Sabah di bawah ISA pada minggu lalu.

Mahkamah Rayuan memutuskan bahawa Seksyen 15 (5) (a) Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.Malangnya Profesor Dr. Abdul Aziz Bari dan mahasiswa UKM4 dikongkong dari berbicara dengan bebas. Ini mengingatkan kita kepada sajak Taufik Ismail yang berjudul “Takut 66, Takut 98”.

Ketua Audit Negara mengesahkan bahawa prestasi ekonomi di negeri-negeri Pakatan Rakyat adalah baik. Kedudukan Wang Tunai Negeri Selangor menunjukkan peningkatan yang ketara pada tahun 2010 Buku Jingga adalah bukti dokumen Pakatan Rakyat untuk memartabatkan rakyat dalam bidang sosio ekonomi.

Perdana Menteri UMNO yang mengisytiharkan “perang cyber” terhadap KEADILAN dan Pakatan Rakyat dengan melancarkan Konvensyen Media Sosial menunjukkan keterdesakan pemerintah untuk meraih sokongan anak muda.

Tiada universiti Malaysia yang disenaraikan Times Higher Education 400 Top World University Ranking untuk tahun 2011/2012. Sedangkan National University of Singapore berada di kedudukan 40 terbaik dari 400 universiti seluruh dunia.

Anak muda di kota- kota besar seperti New York, London dan Portland melancarkan protes terhadap elit korporat yang membolot khazanah negara. Mereka mewakili 99% rakyat.

Konspirasi untuk memenjarakan Anwar Ibrahim semakin kuat.Anak-anak muda dan wanita berikrar akan bangkit meruntuhkan tembok kezaliman penjara untuk membebaskan Anwar Ibrahim. Pakatan Rakyat telah sepakat bahawa Anwar Ibrahim adalah Perdana Menteri Malaysia yang ke-7.[1]


Rujukan[sunting | sunting sumber]