Oden

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Untuk kegunaan lain, sila lihat Oden (nyahkekaburan).
Oden
Oden yang dimasak di rumah

Oden (おでん) merupakan sejenis makanan musim sejuk masyarakat Jepun yang terdiri daripada bahan-bahan seperti telur rebus, lobak daikon, konnyaku dan kek ikan yang diproses dan distew dalam sup soya dashi yang ringan. Bahan-bahan adalah berbeza mengikut kawasan dan kediaman. Karashi (Mustard Jeoun) seringkali digunakan sebagai bahan perasa.

Oden sebenarnya berasal daripada misodengaku atau hanya digelar dengaku; konnyaku atau tauhu direbus dan dimakan bersama miso. Kemudiannya, dengan menggantikan miso, bahan-bahan tersebut dimasak di dalam dashi dan oden menjadi terkenal.

Tidak seperti kebanyakan makanan semangkuk yang lain, bahan-bahan oden boleh ditambah pada bila-bila masa. Oden selalunya dijual di gerai-gerai mobil di Jepun, dan boleh juga didapati di kedai runcit yang diletakkan di dalam bekas-bekas mereneh pada musim sejuk. Terdapat banyak jenis oden yang dijual, di mana pilihan oden yang terdiri daripada satu jenis bahan dijual pada harga serendah 50 yen.

Senarai bahan-bahan popular[sunting | sunting sumber]


Anime[sunting | sunting sumber]

  • Dalam siri anime Princess Nine, watak utamanya membantu dalam gerai oden ibunya; salah satu daripada DVD versi Amerika mempamerkan sebuah panduan langkah-demi-langkah dalam cara-cara membuat oden sebagai sebuah cakera tambahan.
  • Dalam episod 5 siri xxxHolic, Kimihiro Watakuni menziarahi sebuah gerai oden yang dijalankan oleh seekor musang ghaib (kitsune) dan anak lelakinya.
  • Dalam episod ke-6 siri El Hazard: Alternate World, Nanami Jinnai membuka sebuah gerai oden di Creteria.
  • Dalam episod 13 siri Jigoku Shoujo Futakomori. Wanyuudou membuka sebuah gerai oden untuk menyiasat tentang seorang pelanggan.
  • Dalam One Piece: The Movie (filem pertama), watak sampingan iaitu Ganzo membuka sebuah gerai oden, dan cita-citanya adalah untuk mencipta oden yang paling lazat di seluruh dunia. Watak antagonis dalam filem tersebut telah menumpahkan odennya, namun Luffy telah menghormati Ganzo dengan memakan oden tersebut di lantai.
  • Dalam episod 13 siri Pita-Ten, Shia memasak oden untuk dibawa ke kediaman Hiroshi, namun Misha menumpahkannya apabila membantu Shia membawa mangkuk yang berisi oden itu ke meja. Melihat Takashi (Ten-chan) yang kian lapar, Kaoru menyediakan odennya sendiri untuknya, yang ditelan dengan lahap oleh Hiroshi