Koridor Tenaga Diperbaharui Sarawak

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Koridor Tenaga Diperbaharui Sarawak atau Sarawak Corridor of Renewable Energy (SCORE) merupakan sebuah koridor pembangunan baharu di Sarawak. SCORE telah dilancarkan pada 11 Februari 2008 oleh Perdana Menteri Malaysia kelima, Abdullah Ahmad Badawi. Ia merupakan salah satu daripada lima pembangunan koridor wilayah yang dibangunkan di sekitar Malaysia.[1] SCORE diuruskan oleh Lembaga Pembangunan Koridor Wilayah (RECODA).[2] Pada tahun 2014, SCORE menyumbang 90% daripada jumlah pelaburan langsung asing Sarawak iaitu sebanyak RM 9.6 bilion, dan kira-kira 87.2% daripadanya daripada pelabur asing.[3] Ketua Menteri Sarawak, Adenan Satem Satem dipetik sebagai berkata bahawa 19 projek dengan lebih daripada MYR 32 bilion FDI telah diluluskan setakat ini.[4]

SCORE meliputi kawasan 70,709 km2 Sarawak, dengan garis pantai 320 km panjang.[2] Kawasan bandar utama ialah Sibu, Bintulu, Mukah, Sarikei dan Kapit. Tiga nod utama yang akan difokuskan di bawah SCORE ialah Similajau, Tanjung Manis dan Mukah.[2]

Industri terlibat[sunting | sunting sumber]

Industri keutamaan yang akan mempunyai impak ekonomi tertinggi di Sarawak diberi fokus keutamaan dalam perancangan pemasaran, promosi pelaburan dan perancangan pembangunan fizikal seperti:[5]

  1. Industri petroleum
  2. Industri aluminium
  3. Industri besi
  4. Industri minyak kelapa sawit
  5. Industri berasaskan tembaga
  6. Industri ternakan
  7. Industri akuakultur
  8. Industri kejuruteraan marin
  9. Industri kaca

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Skor Career
  2. ^ a b c Sarawak Corridor of Renewable Energy (SCORE)
  3. ^ The State of Sarawak
  4. ^ "Sarawak scores high on foreign investments" (dalam bahasa English). The Borneo Post. Dicapai 12 November 2015. 
  5. ^ SMA Sarawak

Pautan luar[sunting | sunting sumber]