Pergi ke kandungan

Korvet kelas Braunschweig

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Magdeburg (F 261)
Korvet Magdeburg (F 261)
Gambaran keseluruhan kelas
Pengguna:Bendera tentera laut Jerman Tentera Laut Jerman
Built:2004–2007
Ditauliah pada:2008–
Jumlah dirancang:10
Jumlah disiapkan:5
Jumlah aktif:2
Ciri-ciri umum
Jenis: Korvet
Sesaran: 1,840 tonne (1,810 long ton)
Panjang: 89.12 m (292 ka 5 in)
Lunas: 13.28 m (43 ka 7 in)
Draft: 3.4 m (11 ka 2 in)
Halaju: 26 knot (48 km/j; 30 mph)
Jarak: 4,000 nmi (7,400 km) pada 15 kn (28 km/j; 17 mph)[1]
Ketahanan: 7 hari; 21 hari dengan kapal penarik
Anak kapal: 65 : 1 komander, 10 pegawai, 16 pegawai bintara muda, 38 lain-lain pangkat
Sistem penderia dan
pemprosesan:
  • • Radar pelbagai fungsi TRS-3D
  • • 2x radar navigasi
  • • sistem IFF MSSR 2000 i
  • • Penderia elektro-optik MIRADOR
  • • Sut ESM UL 5000 K
  • • Komunikasi Link 11 dan Link 16
Peperangan elektronik
& pengumpan:
Persenjataan:
Pesawat yang dibawa: Helipad dan hangar untuk dua Camcopter S-100

Kelas K130 Braunschweig (kadang kala Korvet 130) adalah korvet kelas terkini dari Jerman. Ia melengkapi kapal serang laju kelas Gepard yang kini digunakan oleh Tentera Laut Jerman tidak sesuai untuk digunakan di laut lepas. Dari segi pentadbiran, korvet ini dikelaskan sebagai "bot" dan bukannya "kapal", dan komandernya berpangkat Komander Kompeni dan bukannya seorang komander batalion. Walau bagaimanapun, dari segi saiz dan peranan korvet ini menyerupai sebuah frigat moden.

Senarai kapal

[sunting | sunting sumber]

Kapal-kapl ini sebenarnya tidak dibina hanya di satu limbungan. Bahagian-bahagian kapal dibina di lokasi-lokasi berlainan dan kemudian disambungkan. Jadual menyenaraikan limbungan di mana lunas kapal dibaringkan secara rasmi.

Nombor
pennant
Nama Limbungan Dibaringkan Dilancarkan Ditauliahkan
F260 Braunschweig Blohm + Voss 3 Disember, 2004 19 April, 2006 16 April, 2008
F261 Magdeburg Lürssen-Werft 19 Mei, 2005 6 September, 2006 22 September, 2008
F262 Erfurt Nordseewerke 22 September, 2005 29 Mac, 2007
F263 Oldenburg Blohm + Voss 19 Januari, 2006 28 Jun, 2007
F264 Ludwigshafen am Rhein Lürssen-Werft 14 April, 2006 26 September, 2007

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]


Pautan luar

[sunting | sunting sumber]