Kristal (Album 1988)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kristal
RAHIMMAAROFkristal.jpg
Album studio oleh
Dilancarkan pada
1988 (1988)
Dirakamkan pada
1987
GenreRock
Pop Rock
Blues
Bahasabahasa Melayu Malaysia
SyarikatPMC.(Pacific Music Corp.)
Rahim Othman Production
PenerbitM. Nasir
Rahim Othman (eksekutif)
Kronologi Rahim Maarof
"Battle of the Bands - Round 2"
(1986)
"Kristal"
(1988)
"Sensitif"
(1990)
Single dari album Kristal
  1. "Cinta Kristal"
    Tarikh keluaran: 23 Januari 1988 (1988-01-23)
  2. "Hipokrasi"
    Tarikh keluaran: 10 Mac 1988 (1988-03-10)
  3. "Jangan Kau Rayu"
    Tarikh keluaran: 25 Jun 1988 (1988-06-25)
  4. "Kasihku"
    Tarikh keluaran: 7 September 1988 (1988-09-07)
  5. "Akhirnya Ku Mengerti"
    Tarikh keluaran: 10 Januari 1989 (1989-01-10)
  6. "Ku Tahan Sebak Di Dada"
    Tarikh keluaran: 2 April 1989 (1989-04-02)

Kristal adalah sebuah album studio kelima penyanyi tersohor Rahim Maarof yang bernuansa rock dan telah diedarkankan oleh BMG Pasific di Malaysia, Indonesia Singapura, dan Brunei pada tahun 1988. Ia diterbitkan oleh komposer Rahim Othman selepas kumpulan Rahim Maarof & Whitesteel dibubarkan pada 1987. Ini merupakan kemunculan semula Rahim secara solo. Album ini diiktiraf sebagai antara album solo sentuhan muzik M. Nasir yang paling terbaik pada era 80an.mourir

Produksi[sunting | sunting sumber]

Selepas kecewa dengan isu cetak rompak yang tiada berkesudahan dan pembubaran kugirannya Rahim Maarof & Whitsteel. Komposer yang baru bertapak sebagai penerbit dan pencipta lagu ketika itu cuba mendapatkan penyanyi rock popular ini untuk menyertai production house yang baru ditubuh nya. Album ini mendapat sentuhan hebat M. Nasir yang juga ketika itu baru bertapak sebagai penerbit dan pencipta lagu. Selain M. Nasir, komposer seperti terkenal Manan Ngah juga Azman Abu Hassan dan Rahim Maarof sendiri menyumbangkan lagu bagi memastikan album ini cukup kuat untuk berada di pasaran.

Hasilnya, album ini mendapat sambutan yang cukup hebat serta menjadi salah satu dari 10 album terlaris pada tahun tersebut dengan jualan melepasi 100,000 unit di Malaysia dan lebih 200,000 unit di Indonesia. Album ini diterbitkan dalam bentuk kaset dan piring hitam, malahan menjadi album terakhir di Malaysia yang dipasarkan dalam bentuk piring hitam.

Single lagu-lagu "Cinta Kristal", "Jangan Kau Rayu", "Kasihku", "Hipokrasi", "Akhirnya Ku Mengerti" dan "Ku Tahan Sebak di Dada" petikan album ini masing-masing mendapat sambutan hangat dan menjuarai kebanyakan carta radio. Populariti Rahim Maarof tidak dapat di sangkal lagi ketika ini hingga dicalonkan di Anugerah Bintang Popular Berita Harian sebagai penyanyi lelaki paling popular sepanjang tahun 1988. Lontaran vocal beliau mendapat pujian ramai malah kesukaran beberapa lagu untuk dinyanyikan masih boleh di selesaikan oleh beliau diperkatakan hingga kini kerana Rahim Maarof mampu menyampaikan lagu dalam pelbagai nada dan mood serta identiti rock dan soul yang cukup kuat didalam setiap penyampaian lagu lagu nya.

Legasi[sunting | sunting sumber]

Album ini disifatkan sebagai sebuah album eksperimentasi M. Nasir terhadap muzik rock di Malaysia dan rantau ini amnya. M. Nasir menggariskan beberapa konsep tertentu bagi memastikan setiap lagu mempunyai identiti tersendiri. Muzik yang ditampilkan dalam album ini disifatkan mewah dan berjiwa. Lagu "Jangan Kau Rayu" yang kemas dengan iringan saksafon oleh Razak Rahman dan lontaran vocal jiwa oleh penyanyi nya Rahim Maarof disifatkan sebagai ciptaan terbaik M. Nasir yang berada dalam kelas tersendiru Lagu "Cinta Kristal" pula menjadi salah satu lagu nya yang evergreen hingga ka hari ini. Sementara lagu "Kasihku" ciptaan Azman Abu Hassan dan Johan Nawawi yang mendapat tempat di telinga pendengar Malaysia dan sering dimasukkan dalam kompilasi lagu-lagu cinta sepanjang zaman.

Senarai Runut[sunting | sunting sumber]

Muka Satu
No. TajukKomposer Masa
1. "Hipokrasi"  M. Nasir / Usop Kopratasa 5:05
2. "Cinta Kristal"  M. Nasir / Nasir Jani 5:14
3. "Ku Tahan Sebak di Dada"  Manan Ngah / Lutfi Ismail 3:57
4. "Akhirnya Ku Mengerti (Matahari)"  Mohd Nor Othman / Azah 4:09
5. "Penjara Cinta"  Shahdan Ahmad / Siso Kopratasa 2:49
Muka Dua
No. TajukKomposer Masa
1. "Racun dan Penawar"  Noordin Mohd Taib 3:32
2. "Jumpa Sekali Lagi"  Rahim Maarof 3:51
3. "Glamourrr"  Din Glamour / Siso Kopratasa 2:51
4. "Kasihku"  Adnan Abu Hassan / Johan Nawawi 4:07
5. "Jangan Kau Rayu"  M. Nasir 5:47

Rujukan[sunting | sunting sumber]

https://mat4nira.wordpress.com/2011/01/11/rahim-maarof-kristal-1988/