Kucing tulap
| Kucing tulap | |
|---|---|
| Pengelasan saintifik | |
| Domain: | Eukaryota |
| Alam: | Animalia |
| Filum: | Chordata |
| Kelas: | Mammalia |
| Order: | Carnivora |
| Suborder: | Feliformia |
| Keluarga: | Felidae |
| Subkeluarga: | Felinae |
| Genus: | Catopuma |
| Nama binomial | |
| Catopuma temminckii | |
| Taburan kucing tulap, 2015[1] | |
| Sinonim | |
|
Pardofelis temminckii | |
Kucing tulap atau kucing emas (Catopuma temminckii)[2] ialah sejenis kucing liar yang sederhana saiznya dan berasal dari subbenua India, Asia Tenggara dan China. Ia disenaraikan Terjejas dalam Senarai Merah IUCN sejak 2025, dan terancam akibat pemburuan haram dan kemusnahan habitat, di mana hutan-hutan di Asia Tenggara ini mengalami penyahhutanan tercepat di dunia.[1]
Dalam kurungan, spesies ini boleh hidup sehingga 20 tahun, tetapi jangka hayatnya di kawasan liar mungkin jauh lebih singkat. Sedangkan bulunya biasanya berwarna merah musang atau perang keemasan, kelainan warna hitam dan kelabu juga boleh dijumpai. Biasanya, kulit kucing tulap tak berhias kecuali sebilangan bintik pada bahagian bawahnya serta terkadang bintik yang amat kelam pada bahagian kulitnya yang lain. Bagaimanapun, di China, terdapat kelainan yang memiliki bintik kucing hutan dan kelihatan seakan-akan kucing tersebut. Kulit berbintik itu merupakan ciri resesif, iaitu ketika kucing berbintik membiak dengan kucing tak berhias, anaknya pula memiliki kulit yang tidak berhias.
Taburan dan habitat
[sunting | sunting sumber]Kucing tulap hidup di seluruh Asia Tenggara, serta dari Tibet dan Nepal sehingga China Selatan, India dan Sumatera. Ia lebih suka habitat hutan yang memiliki kawasan batuan di sana sini, dan boleh didapati di hutan malar hijau subtropika daun luruh dan hutan hujan tropika. Kucing tulap terkadang juga boleh dijumpai di kawasan yang lebih terbuka, dari tanah pamah sehingga 3,000 meter tingginya di Banjaran Himalaya.
Subspesies dan pemuliharaan
[sunting | sunting sumber]Bilangan kucing tulap yang tepat tidak diketahui tetapi ia disenaraikan dalam "CITES: Lampiran I" sebagai "Risiko Lebih Rendah/Hampir Terancam" oleh IUCN. Haiwan ini diburu untuk bulunya dan kini semakin banyak untuk tulangnya yang dijadikan sebagai ubat tradisional Cina. Bagaimanapun, pemusnahan habitat merupakan risiko utama kepada spesies ini. Haiwan ini tidak banyak ditemukan di zoo kerana ia tidak begitu berupaya membiak dalam kurungan.
Terdapat tiga subspesies yang diketahui, iaitu:
- C. t. temminckii di Himalaya, tanah besar Asia Tenggara, dan Sumatera
- C. t. dominicanorum di China Tenggara
- C. t. tristis di China Barat Daya.
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- 1 2 3 4 Petersen, W.J.; Coudrat, C.N.Z.; Dhendup, T.; Ghimirey, Y.; Gray, T.N.E.; Shariff, M.; Montomery, C.; Mukherjee, S.; Rahman, H.; Kun, S. (2025). "Catopuma temminckii". Senarai Merah Spesies Terancam IUCN. 2025 e.T4038A245236583. doi:10.2305/IUCN.UK.2025-1.RLTS.T4038A245236583.en. Dicapai pada 22 November 2025.
- ↑ Protection of Wild Life Act 1972
LAWS OF MALAYSIA<br<Act 76