Kucing berhias California

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Kucing berhias California
Star Spangled Cat.jpg
Nama alternatif Spangle
Asal usul California
Piawaian baka
TICA (Piawaian)
Kucing bela jinak (Felis catus)

Kucing berhias California (Bahasa Inggeris: California spangled cat) ialah satu baka kucing bela jinak yang dibiakbakakan untuk menyerupai kucing liar berbintik, seperti oselot dan harimau bintang. Ia pada asalnya dibiakbakakan pada 1980-an dan hanya merupakan baka jarang, dan biasanya mahal, berharga antara US$ 800 dengan $ 2,500.[1] Kepopularan dua lagi baka kucing berbintik, ocicat dan kucing Benggala, membayangi perkembangannya.

Diilhamkan oleh kematian pemburuan haram seekor harimau bintang, ahli antropologi Louis Leakey memotivasikan Paul Arnold Casey, Jr. dari California untuk membiakbakakan kucing bela jinak yang menyerupai harimau bintang kecil untuk menegaskan kepentingan untuk memulihara harimau bintang.

Kucing berhias California merupakan baka silang banyak strain, termasuk kucing Habsyah, kucing bulu pendek Amerika, dan kucing bulu pendek British. Sungguhpun terdapat penampilan liarnya, ia sepenuhnya bela jinak.[2]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ http://www.petplace.com/cats/choosing-a-california-spangled-cat/page1.aspx
  2. ^ Bryant, Matt. "History." Furry Critter Network; California Spangled. Cat Fanciers Association. 20 Februari 2008, http://www.furrycritter.com/resources/cats/California_Spangled.htm

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Templat:Kucing bela jinak