Kuil Arulmigu Subramania

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Kuil Arulmigusubramania terletak di Gunung Cheroh, bandaraya Ipoh,negeri Perak negara Malaysia. Terdapat sebuah gua yang monolith yang dijadikan kuil pertapaan bagi penganut agama Hindu yang kebanyakannya kaum India di Ipoh, Perak. Kuil ini dikendalikan oleh para sami dan penduduk Kampung Gunung Cheroh yang tinggal di kaki gunung tersebut.

Perayaan Hari Thaipusam[sunting | sunting sumber]

Perayaan Hari Thaipusam pada hari Ahad, 8 Februari 2009 turut dihadiri oleh Menteri Besar Perak yang baru iaitu Datuk Dr Zambry Abdul Kadir. Beliau diiringi oleh T.Murugiah yang merupakan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Zambry Abdul Kadir berkesempatan meninjau permasalahan masyarakat India khususnya di Kampung Gunung Cheroh yang didiami lebih 90 keluarga India yang daif dari segi infrsstruktur bekalan elektrik, air , jalan raya dan perumahan sejak 1997 lagi. Namun permasalahan tersebut telah banyak berubah.

Pada hari Thaipusam , penganut agama Hindu membawa kavadi yang di dalammnya ada patung dewa Murugan yang telah berjaya memusnahkan kezaliman dengan menggunakan anak panah 'vel' pemberian ibunya.


Rujukan[sunting | sunting sumber]