Kuil Baalshamin

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Kuil Baalshamin
Tapak Warisan Dunia Tapak Warisan Dunia UNESCO
Temple of Baal-Shamin, Palmyra.jpg
Kuil Baalshamin pada tahun 2010
Maklumat am
LokasiTadmur, Pentadbiran Homs, Syria Sunting ini di Wikidata
Koordinat34°33′12″N 38°16′14″E / 34.553297°N 38.270467°E / 34.553297; 38.270467
Kriteriai, ii, iv
Rujukan23
Inskripsi1980 (1980) (sesi 4th)
Dalam bahayasejak 2013 (Dihancurkan pada 2015 oleh ISIL)
Peta lokasi
Lihat pendokumenan templat ini

Kuil Baalshamin adalah sebuah kuil purba yang terletak di Palmyra, Syria, didedikasikankhas buat dewa Orang Kanaan, Baalshamin. Fasa paling awal penubuhan kuil ini ketika era lewat kurun ke-2 sebelum Masihi.[1] Ia dibina semula pada tahun 131 Masihi, manakala altarnya telah wujud sebelum 115 Masihi.[2] Disebabkan kehadiran penganut Kristian seawal kurun ke-5 Masihi, kuil ini berubah menjadi gereja.[3] Kuil ini ditemukan oleh ahli arkeologi Sweden pada tahun 1954-56, kuil ini mempunyai struktur hampir lengkap di kawasan Palmyra.[3] Pada tahun 2015, kuil ini telah dimusnahkan oleh angkatan ISIL selpas penaklukan Palmyra ketika Perang Saudara Syria berlangsung.

Seni bina[sunting | sunting sumber]

Asalnya kuil ini merupakan sambungan 3 ruang terbuka (courtyard) yang mewakili nilai sentuhan senireka oriental dan Rom. Pembahagian kuil dan kapital adalah dari bentuk seni reka Rom, manakala elemen atas arsitraf dan tetingkap sebelah mempamerkan seni reka tradisi oriental, dengan rekaan tinggi acanthus dari seni reka Corinthian yang menunjukkan pengaruh masyarakat Mesir.[3] Kuil ini terdapat 6 kolum pronaos dengan teres corbel dan cella. Manakal bahagian dindingnya pula mempunyai sentuhan tetiang. Terdapat petikan Yunani dan dialek Orang Palmyra pada pendakap tiang yang menyokong dedinding kuil tersebut. Male, dibuktikan bahawa kuil itu dibina pada tahun 131 Masihi.[4]

Kerosakan dan pemusnahan[sunting | sunting sumber]

Kuil ini menjadi sebahagian dari sasaran penegboman pada tahun 2013[5] ketika Perang Saudara Syria. Dinding penjuru tenggara kuil rosak akibat perompak yang membuat dua bukaan untuk mencuri perabot rumah tamu ini.[5]

Pada 2015, ISIL telah menanam beberapa besar kuantiti bahan letupan dibawah kuil, dan menyebabakan ledakan besar berlaku, dimana berdasarkan pemerhatian Pemerhati Syrian untuk Hak-hak Kemanusiaan yang dibuat pada Julai 2015.[6] Pemusnahan ini diisytiharkan oleh Ketua Pengarah Muzium dan Antikuiti Syria, Maamoun Abdulkarim.[6] ISIL bagaimanapun berkata, aktiviti pemusnahan ini bukan untuk memusnahkan Tapak Warisan Dunia {UNESCO} di Palmyra., tetapi mereka mahu memusnahkan "polteistik" (kepercayaan kepada banyak tuhan).[7] UNESCO described the wilful destruction of the temple as a 'war crime'.[8][9]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Trevor Bryce (2014). Ancient Syria: A Three Thousand Year History. m/s. 276. 
  2. ^ Stoneman, Richard (1994). Palmyra and Its Empire: Zenobia's Revolt Against Rome. University of Michigan Press. m/s. 65. ISBN 0472083155. 
  3. ^ a b c Diana Darke (2010). Syria. Bradt Travel Guides. m/s. 271. ISBN 1841623148. 
  4. ^ Javier Teixidor (2015). The Pagan God: Popular Religion in the Greco-Roman Near East. Princeton University Press. m/s. 132. ISBN 1400871395. 
  5. ^ a b "Palmyra: Heritage Adrift" (PDF). American Schools of Oriental Research. Dicapai 24 Aug 2015. 
  6. ^ a b "Palmyra's Baalshamin temple 'blown up by IS'". BBC. 24 Aug 2015. Dicapai 24 Aug 2015. 
  7. ^ "Syria: Isis releases footage of Palmyra ruins intact and 'will not destroy them'". The Guardian. Dicapai 29 May 2015. 
  8. ^ "Director-General Irina Bokova firmly condemns the destruction of Palmyra's ancient temple of Baalshamin, Syria" (Siaran akhbar). UNESCO. 24 August 2015. Dicapai 2015-08-25. this destruction is a new war crime 
  9. ^ Shaheen, Kareem (24 August 2015). "Palmyra: destruction of ancient temple is a war crime, says Unesco chief". The Guardian. Dicapai 25 August 2015.