Kumis (minuman)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kumis
Sebotol dan segelas kumis
JenisHasil tenusu
Tempat asalScythia, Mongolia Sunting ini di Wikidata
Bahan utamaSusu kuda
Cara penyediaanPenapaian Sunting ini di Wikidata
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Kumis merupakan hasil tenusu tapai yang lazimnya diperbuat daripada susu kuda. Minuman ini masih penting buat kaum-kaum penduduk steppe Asia Tengah, yang keturunan Huno-Bulgar, Turkik and Mongol, iaitu Bashkir, Kalmyk, Kazakh, Kyrgyz, Mongol, Uighur, dan Yakut.[1]

Kumis serupa dengan kefir, tetapi diperbuat daripada kultur pemula cecair berbanding dengan "butiran" pejal untuk kefir. Oleh sebab susu kuda mengandungi lebih banyak gula daripada susu lembu atau kambing, maka kumis yang ditapai mempunyai kandangan alkohol yang lebih tinggi (tetapi masih sederhana) daripada kefir.

Walaupun di kawasan-kawasan di mana kumis laris pada masa kini, susu kuda masih suatu komiditi yang sangat terhad. Oleh itu, pengeluaran kumis secara industri terutamanya menggunakan susu lembu yang lebih kaya dengan lemak dan protein, tetapi kurang laktosa berbanding susu kuda. Sebelum ditapai, susu lembu diperkuat dengan pelbagai cara. Sukrosa boleh ditambahkan untuk membolehkan penapaian yang setanding dengan yang dilakukan ke atas susu kuda. Satu lagi cara adalah penambahan dadih susu yang diubah suai agar lebih menyerupai komposisi susu kuda.[2]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Zeder, Melinda A. ed. (2006). Documenting Domestication: New Genetic and Archaeological Paradigms. University of California Press. m/s. .264. ISBN 0-520-24638-1.CS1 maint: extra text: authors list (link)
  2. ^ Law p. 121.