Scythia

Scythia (Greek Σκυθία Skythia, Engl. /'sɪθɪə/ or /'sɪðɪə/) adalah sebuah kawasan di Eurasia yang didiami oleh orang Scythia, bermula pada kurun ke-8 SM sehingga kurun ke-2 SM. Lokasi dan jangkauan kawasannya berubah mengikut masa tetapi biasanya lebih mengunjur ke barat berbanding seperti yang ditunjukkan di dalam peta.[1] Kawasan yang dikenali oleh para pengarang klasik sebagai Scythia termasuk:
- Padang rumput Kaspia-Pontic: Kazakhstan, selatan Rusia dan Ukraine (didiami oleh orang Scythia bermula sekurang-kurangnya kurun ke-8 SM)
- Kawasan Caucasus Utara, termasuk negara moden Azerbaijan.
- Sarmatia, Ukraine, Belarus, Poland sehingga ke Oceanus Sarmaticus[2] juga dikenali sebagai Baltik.
- Ukraine Selatan dengan kawasan hilir sungai Danube dan sebahagian Romania, juga dikenali sebagai Scythia Kecil
Sakas (Indo-Scythia) mengunjur sehingga ke Sistan (yang mana dikenali sebagai Sakestan) dan Lembah Indus bermula pada kurun pertama SM, tetapi kawasan ini biasanya tidak dimasukkan di dalam istilah "Scythia."
Rujukan[sunting | sunting sumber]
- ^ Giovanni Boccaccio’s Famous Women translated by Virginia Brown 2001, p. 25; Cambridge and London, Harvard University Press; ISBN 0-674-01130-9 ".....extending from the Black Sea in a northerly direction towards Ocean." In Boccaccio's time the Baltic Sea was known also as Oceanus Sarmaticus.
- ^ Harry Thurston Peck, Harpers Dictionary of Classical Antiquities (1898) Oceanus Sarmaticus