Kumpulan Militan Malaysia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Kumpulan Militan Malaysia (KMM) tiba-tiba wujud selepas kejadian di Bukit Jenalik, Kuala Kangsar, Perak. Sejak itu, lebih 75 ahli KMM telah dtangkap dan ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan KMM diharamkan.

Tindakan ini lebih mudah kerana kerajaan menggunakan istilah 'Kumpulan Militan Malaysia' dan bukan Jemaah Islamiah. Jemaah Islamiah lebih berpusat di Indonesia walaupun perisik Amerika menyatakan JI ditubuhkan semasa Abu Bakar Basyir melarikan diri ke Malaysia.

Strategi[sunting | sunting sumber]

Kumpulan Militan Malaysia (KMM)cenderung menggunakan kekerasan dalam menukarkan pemerintahan sedia ada di negara ini. Pada masa yang sama, KMM tidak mempunyai rangkaian dengan kumpulan militan peringkat antarabangsa.

Tindakan keganasan dan militan yang dilakukan itu adalah betul dengan menolak sistem demokrasi sedia ada.Mulanya mereka hendak mendalami ilmu agama dan bermula dari situ mereka dipengaruhi serta dipesongkan mengenai unsur-unsur jihad. Mereka berguru dengan guru yang tidak mempunyai tauliah daripada pihak berkuasa agama.Ketika mendalami ilmu, mereka tidak tahu membezakan benar dan salah dan hanya mengikut telunjuk guru yang mengajar. Mereka sepatutnya berguru dengan orang yang mendapat tauliah daripada jabatan agama negeri atau Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Ketika belajar agama, seperti biasa pada mulanya mereka diajar mengaji dan ilmu-ilmu lain hinggalah mereka taksub kepada guru. Bermula dari ketaksuban itu, mereka kemudian dipengaruhi supaya pergi ke negara tertentu seperti di selatan Thailand untuk melihat sendiri kegiatan jihad di sana. Mereka juga diminta tinggal dan mendalami pengajian ketika berada di selatan Thailand. Keadaan itu menyebabkan ada antara mereka tidak dapat membezakan erti jihad sebenar hingga sanggup menggunakan kekerasan seperti pengeboman berani mati. Bermula dari situ, mereka ini mula menjadi anggota Jemaah Islamiah.

Dr Azahari Husin[sunting | sunting sumber]

Prof. Madya Dr. Azahari Husin, berumur 45 tahun. Kelulusan beliau ialah PhD. dalam Statistical Appraisal Model, University of Reading, UK. Pekerjaan beliau ialah pensyarah Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Johor. Telah berkahwin dengan Noraini dan mendapat 2 orang anak .

Indonesia menawarkan ganjaran RM2 bilion rupiah (RM798,000) untuk sebarang maklumat yang menawarkan kepada penangkapan kedua-dua warganegara Malaysia iaitu pakar bom, Prof. Madya Dr Azahari Husin dan Noordin Mohammad Top. Semua aktiviti dan operasi mereka selama ini adalah di Indonesia. Modus operandi kumpulan terbabit ialah mengadakan serangan tanpa diduga. Apabila semua orang merasakan ancaman sudah berkurangan dan keadaan sudah semakin selamat. Dr. Azhari telah terbunuh pada 9 November 2005 di Batu dekat Malang di Timur Jawa semasa operasi polis Indonesia untuk menangkapnya. 2 orang lagi orang suruhannya turut terbunuh.

Wan Min Wan Mat[sunting | sunting sumber]

Wan Min bin Wan Mat , berumur 42 tahun . Kelulusan beliau ialah M.Sc. (Construction), Manchester University, United Kingdom. Pekerjaan Pensyarah Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Johor. Telah berkahwin dan mendapat 4 orang anak .

Wan Min Wan Mat bekas ketua kumpulan militan KMM cawangan Johor dan pernah didakwa sebagai bendahari Jemaah Islamiah ditahan di bawah ISA pada 27 September 2002 selepas diberkas di Kota Bharu, Kelantan.

Wan Min berasal dari Kelantan sepatutnya dibebaskan pada Oktober 2006 manakala lima pelajar terlibat pula sepatutnya pada 9 Disember. `Kerajaan Malaysia mengambil keputusan membebaskan mereka yang telah menunjukkan respons yang positif dalam program pemulihan dan tidak lagi memberi ancaman kepada keselamatan negara. Program pemulihan tahanan tersebut dijalankan dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Lain-lain ialah :

  • Zulkepli bin Marzuki, berumur 34 tahun. Pekerjaan beliau ialah Akauntan/Pemilik Syarikat. Telah berkahwin dan mendapat 2 orang anak.

Sehingga kini masih bebas

  • Noor Din bin Mohd. Top atau Noordin Mohammad Top berumur 33 tahun. Kelulusan beliau ialah B.Sc. UTM . Pekerjaan beliau ialah Bekas Penyelia Kanan Sekolah Islam Luqmanul Hakiem, Johor Bahru, Johor. Telah berkahwin dan mendapat 2 orang anak. Dipercayai telah terbunuh dalam serbuan di Jawa Barat, Indonesia.
  • Shamsul Bahri bin Hussein, berumur 36 tahun. Kelulusan beliau ialah Sarjana Mekanik Gunaan (Pengkhususan Dalam Mekatronik) dari University of Dundee, UK. Pekerjaan beliau ialah bekas pensyarah. Telah berkahwin dan mempunyai 4 orang anak. Sehingga kini masih bebas
  • Abdul Razak @ Farouk bin Abdul Hamid, berumur 35 tahun. Pekerjaan beliau ialah kakitangan Sekolah Islam Luqmanul Hakiem Johor Bahru, Johor. Sehingga kini masih bebas.


  • Amran @ Henry bin Mansor, berumur 38 tahun. Pekerjaan beliau ialah pengarah syarikat. Telah berkahwin - 2 orang anak . Sehingga kini masih bebas.


  • Zulkifli @ Musa bin Abd. Hir, berumur 36 tahun. Pekerjaan beliau ialah jurutera. Telah berkahwin - 4 orang anak. Sehingga kini masih bebas.


  • Mohd. Rafi bin Udin, berumur 36 tahun. Pekerjaan beliau ialah jurujual. Telah berkahwin - 5 orang anak. Telah ditangkap.

Akta Keselamatan Dalam Negeri[sunting | sunting sumber]

Seramai 75 anggota Jemaah Islamiah telah ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Pengikut Jemaah Islamiah yang ditahan itu bukan sahaja rakyat Malaysia, malah ada juga warganegara asing. Selain itu, turut ditahan ialah 12 anggota KMM di bawah akta yang sama. Berikutan itu , kegiatan Jemaah Islamiah atau militan lain di negara ini, lumpuh. Pemimpin Jemaah Islamiah melarikan diri ke negara jiran seperti Dr Azahari Husin dan Noordin Mohammad Top.

Kerjasama dan pertukaran maklumat membabitkan Malaysia, Indonesia serta negara-negara lain termasuk melalui Interpol sering dilakukan bagi memantau keadaan semasa.

Anggota-anggota Jemaah Islamiah yang ditahan di bawah ISA selama dua tahun itu, boleh dilanjutkan tahanan mereka setelah tamat tempoh. Penahanan anggota-anggota Jemaah Islamiah itu bukan sahaja bertujuan menjaga keselamatan awam dan negara, malah mereka juga diberi pemulihan.

Dibebaskan[sunting | sunting sumber]

21 Mac - Kerajaan Malaysia membebaskan 6 tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) termasuk bekas pensyarah Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Wan Min Wan Mat dan 4 pelajar yang mendapat keputusan cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) .

Pelajar itu ialah Abu Zar Jifari, 18, Edur Azman Syuraimi, 18, Mohd. Radzi Abdul Razak, 19 dan Mohd. Ikhwan Abdullah, 19.Mereka memperoleh 8A, 7A dan 6A dalam SPM. Mohamad Akil Abdul Raof, 21, pelajar sedang mengambil Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM).

Abu Zar pulang ke pangkuan keluarganya di Johor, Edur Azman (Terengganu), Mohd. Radzi (Selangor), Mohd. Ikhwan (Johor) dan Mohamad Akil (Perak). Mereka mendaftar sebagai calon persendirian hanya mengambil masa tujuh bulan membuat persiapan untuk menduduki peperiksaan itu dengan bantuan dan penyeliaan Cawangan Khas, Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Mereka antara 13 bekas pelajar Malaysia ditangkap polis Pakistan di Pakistan kerana dikaitkan dalam rangkaian Jemaah Islamiah (Jemaah Islamiah) dan Al-Qaeda pada 20 September 2003. Mereka ditahan di bawah ISA selama dua tahun sejak November 2003.