Visa (kugiran)
Visa | |
|---|---|
| Asal | |
| Genre | Rock kapak, glam metal, slow rock, power ballad, balada |
| Tahun aktif | 1991–1997 |
| Syarikat rakaman | Happy Records (1991–1997) EMI (1991–1997) HP Records (Indonesia) HP Music (Indonesia) Musica Studio's (edaran di Indonesia) |
| Anggota semasa | Sham (Vokal) Joe (Gitar utama) Mazli (Gitar irama) Imm (Gitar bes) Kudin (Dram) |
| Bekas anggota | Murad (Gitar irama) |
| Pautan berkaitan | |
| Pautan lain | |
| sunting · sunting di Wikidata | |
Visa merupakan sebuah kumpulan rock Malaysia yang ditubuhkan pada 1991. Mereka mencipta nama dalam industri muzik tanah air dengan lagu hit "Untukmu Selamanya" menerusi album pertama eponim mereka pada 1992.[1]
Berasal dari Terengganu, ahli kumpulan ini terdiri daripada Rohisham Hashim (Sham, vokal), Zulkarnain Mat Nor (Joe, gitar utama), Mazli Zainal (Mazli, gitar irama), Ibrahim Mat Nor (Imm, gitar bes) dan Tengku Mohd Zainuddin Tengku Dalam (Kudin, dram).
Sejarah
[sunting | sunting sumber]Pada tahun 1991, empat sekawan yang sama-sama bersekolah di Terengganu iaitu Sham, Joe, Imm dan Kudin yang menubuhkan kumpulan Visa telah berhijrah ke Kuala Lumpur dalam misi mereka untuk menjadi artis rakaman. Melalui penulis lirik Allahyarham Seri Bayu dan Datuk Jake Abdullah (mantan ketua pegawai eksekutif Astro Radio), mereka yang pada ketika itu tinggal di Ampang telah diperkenalkan kepada Mazli yang kemudiannya menjadikan Visa lima orang anggota. Mereka kemudiannya menandatangani kontrak rakaman selama lima tahun dengan Happy Records, sebuah syarikat rakaman yang telah melahirkan beberapa artis terkenal tanahair seperti Fauziah Latiff.
Bersama Happy Records, Visa telah menghasilkan tiga album studio iaitu Visa (1993), Dalam Gerimis (1994) dan Ilham (1995). Mereka kemudiannya mengeluarkan satu album kompilasi iaitu The Best Of Visa di bawah label EMI pada tahun 1997.
Keahlian
[sunting | sunting sumber]1991-1994
[sunting | sunting sumber]- Sham - vokal
- Joe - gitar utama
- Mazli - gitar irama
- Imm - gitar bes
- Kudin - dram
1995
[sunting | sunting sumber]- Sham - vokal
- Joe - gitar utama
- Murad - gitar irama
- Imm - gitar bes
- Kudin - dram
2019
[sunting | sunting sumber]- Sham - vokal
- Joe - gitar utama
- Mazli - gitar irama
- Imm - gitar bes
- Kudin - dram
Diskografi
[sunting | sunting sumber]Album studio
[sunting | sunting sumber]- Visa (1993)
- Dalam Gerimis (1994)
- Ilham (1995)
Album kompilasi
[sunting | sunting sumber]- The Best Of Visa (1997)
Anugerah
[sunting | sunting sumber]| Tahun | Anugerah | Karya | Kategori | Keputusan |
|---|---|---|---|---|
| 1993 | Anugerah Industri Muzik Malaysia ke-1 | Artis Baru Terbaik | Tercalon | |
| 1994 | Anugerah Industri Muzik Malaysia ke-2 | Dalam Gerimis | Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Album Berkumpulan | Tercalon |
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ↑ Shamshul Azree Samshir (27 Ogos 1993). "Visa sedia buat apa saja untuk popular". Berita Harian. New Straits Times Press. Dicapai pada September 7, 2021.
