Kumpulan Wagner

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kumpulan Wagner
Saiz
  • 50,000+ (Disember 2022)[1]
  • 8,000 (April 2022)[2]
  • 6,000 (Disember 2017)[3]
  • 1,000 (Mac 2016)[4]
  • 250 (2014)[5]
Sekutu
Lawan Amerika Syarikat Angkatan Tentera Amerika Syarikat (Pertempuran Khasham)
Kor Sukarela Rusia
Legion Kebebasan Rusia
Pertempuran dan peperanganKrisis Krimea[6][7]

Perang Saudara Sudan Selatan (latihan dan keselamatan ketenteraan)[23]

Revolusi Sudan[32]
Kemelut presiden Venezuela (latihan dan keselamatan ketenteraan)[33][34]
Insurgency in Cabo Delgado[35]

Ditetapkan sebagai kumpulan pengganas oleh
BenderaFail:Flag of the Wagner Group.svg

Kumpulan Wagner (Bahasa Rusia: Группа Вагнера, tr. Gruppa Vagnera), juga dikenali sebagai PMC Wagner[48] (Bahasa Rusia: ЧВК[a] «Вагнер», tr. ChVK «Vagner»[49]; lit. Syarikat Ketenteraaan Swasta Wagner), ialah sebuah organisasi separa tentera Rusia.[48] Ia digambarkan sebagai syarikat tentera swasta (PMC), rangkaian tentera upahan, atau tentera persendirian de facto Presiden Rusia Vladimir Putin.[48][50] Kumpulan tersebut beroperasi di luar undang-undang di Rusia, di mana syarikat tentera swasta dilarang dari segi undang-undang.[51][52][50] Kerana syarikat tersebut beroperasi untuk menyokong kehendak Rusia, ia kerap menerima peralatan daripada Kementerian Pertahanan Rusia (MoD) dan menggunakan infrstruktur ketenteraan MoD untuk latihan, Kumpulan Wagner dikatakan sebagai unit de facto MoD atau agensi perisikan tentera Rusia, GRU.[53] Walaupun Kumpulan Wagner sendiri tidak didorong oleh mana-mana ideologi,[54][55] pelbagai elemen Wagner telah dikaitkan dengan neo-Nazisme dan ekstremisme sayap kanan.[48][56][57]

Ia dispekulasi secara meluas bahawa Kumpulan Wagner digunakan oleh kerajaan Rusia untuk membenarkan penafian bagi tindakan-tindakan kerajaan, serta mnyembunyikan kadar pengorbanan nyawa dan kos kewangan sebenar campur tangan kerajaan Rusia di negara asing.[58] Kumpulan tersebut mula dikenali secara meluas semasa bertindak di perang Donbas di Ukraine, di mana ia membantu pasukan pemisah pro-Rusia dari Donetsk dan Republik Rakyat Luhansk,yang mengisytiharkan kemerdekaan sendiri, dari tahun 2014 hingga 2015.[48] Ahli-ahli kontrak Wagner telah dilaporkan mengambil bahagian dalam pelbagai konflik di seluruh dunia, termasuk perang saudara di Syria, Libya, Republik Afrika Tengah dan Mali, di mana mereka sering berperang bagi pihak tentera yang sejajar dengan kerajaan Rusia.[48] Koperasi Wagner telah melakukan dan mengendalikan pelbagai jenayah perang di kawasan mereka beroperasi.[48][59][60] Tuduhan-tuduhan jenayah-jenayah perang tersebut termasuk rogol dan rompakan orang awam,[61] serta penyeksaan mereka yang dituduh membelot pihak Rusia, Wagner, atau mana-mana pihak yang sekutu dengan mereka.[62][63]

Wagner telah memainkan peranan yang besar dalam pencerobohan Rusia terhadap Ukraine, di mana, antara pelbagai aktiviti lain, mereka telah dilaporkan diarahkan untuk membunuh pemimpin-pemimpin politik dan tentera Ukraine,[64] serta merekrut tahanan untuk bertempur di barisan hadapan.[65][66] Pada Disember 2022, Penyelaras Komunikasi Strategik Majlis Keselamatan Negara Amerika Syarikat John Kirby mendakwa bahawa Wagner mempunyai sebanyak 50,000 askar di Ukraine, termasuk 10,000 kontraktor dan 40,000 bekas banduan yang telah direkrut.[67] Pihak lain telahpun meletakkan bilangan banduan yang direkrut lebih daripada 20,000 askar,[68] dengan jumlah keseluruhan PMC yang hadir di Ukraine dianggarkan 20,000 askar.[69] Pada 2023, Rusia memberikan status veteran perang kepada kontraktor Wagner yang mengambil bahagian dalam pencerobohan tersebut.[70]

Selepas bertahun-tahun menafikan hubungan dengan Kumpulan Wagner, Yevgeny Prigozhin, seorang ahli perniagaan yang mempunyai hubungan rapat dengan Putin, mengakui pada September 2022 bahawa dia telah "mengasaskan" kumpulan askar upahan tersebut.[71][72]

Pengasasan dan Kepimpinan[sunting | sunting sumber]

Kumpulan Wagner bermuncul buat pertama kalinya di Ukraine pada tahun 2014, di mana kumpual tersebut telah mengambil bahagian dalam aneksasi Crimea.[73] Kumpulan tersebut juga aktif bertempur bersama kumpulah seperatis pemisah yang disokong Rusia di wilayah Luhansk di Ukraine pada tahun 2014.[74][75] Dmitriy Valeryevich Utkin, seorang veteran Perang Chechen Pertama dan Kedua, telah dilaporkan mengasaskan Kumpulan Wagner.[76][77][78] Sehingga tahun 2008[78] atau 2013, Utkin telah berkhidmat sebagai leftenan kolonel dan komander briged sebuah unit pasukan khas Direktorat Perisikan Utama (GRU) Rusia, iaitu Detasmen Spetsnaz Bebas ke-700 dari Briged Bebas Ke-2.[75][74][79]

Selepas meninggalkan angkatan tentera Rusia, dia mula bekerja untuk Moran Security Group pada tahun 2013, sebuah syarikat swasta yang diasaskan oleh veteran tentera Rusia yang terlibat dalam misi keselamatan dan latihan di seluruh dunia serta merupakan pakar dalam penghapusan lanun. Pada tahun yang sama, pengurus kanan Moran Security Group telah terlibat dalam penubuhan Slavonic Corps yang berpangkalan di Hong Kong,[80] yang mengkontrakkan askar upahannya untuk "melindungi ladang minyak dan saluran paip" di Syria semasa perang saudara.[74] Utkin telah ditempatkan di Syria sebagai anggota Kor Slavonik, dan mampu bertahan melalui misinya.[75] Selepas peristiwa tersebut, Perkhidmatan Keselamatan Persekutuan Rusia telah menangkap beberapa anggota Kor Slavonic atas sebab mengendalikan aktiviti askar upahan haram pada November 2013.[81]

Pada tahun 2021, laporan The Foreign Policy telah menyatatkan bahawa asal usul nama "Wagner" tidak diketahui.[52] Orang awam mengatakan nama kumpulan tersebut berasal dari tanda panggilan Utkin sendiri, iaitu "Wagner", kononnya bak komposer Jerman Richard Wagner. Namaya dikatakan telah dipilih Utkin oleh kerana minatnya terhadap Third Reich (Richard Wagner merupakan komposer kegemaran Adolf Hitler ).[82][83] Oleh itu, ada mereka yang percaya Utkin seorang neo-Nazi.[84][85] The Economist telah melaporkan bahawa Utkin mempunyai beberapa tatu Nazi pada tubuhnya.[83] Ahli-ahli Kumpulan Wagner telahpun mengatakan Utkin ialah seorang Rodnover, iaitu seorang penganut kepercayaan asli Slavic.[86] Radio Liberty, melalui orang dalaman Kumpulan Wagner, telah menyatakan bahawa kepimpinan Kumpulan Wagner adalah pengikut Kepercayaan Asli Slavic, sebuah pergerakan agama baru Pagan moden.[5] Pada Ogos 2017, akhbar Turki Yeni Şafak membuat spekulasi bahawa Utkin berkemungkinan hanya muka publisiti bagi syarikat tersebut, manakala ketua sebenar Wagner adalah seorang yang tidak dikenali.[87]

Nota[sunting | sunting sumber]

  1. ^ singkatan bagi Syarikat Ketenteraaan Swasta (Bahasa Rusia: Частная военная компания, tr. Chastnaya voyennaya kompaniya)

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "2022 US estimates". 22 December 2022.
  2. ^ Rai, Arpan (21 April 2022). "Nearly 3,000 of Russia's notorious Wagner mercenary group have been killed in the war, UK MPs told". Independent.
  3. ^ "Putin Wants to Win, But Not at All Costs". Bloomberg. 6 December 2017. Dicapai pada 20 January 2018.
  4. ^ Quinn, Allison (30 March 2016). "Vladimir Putin sent Russian mercenaries to 'fight in Syria and Ukraine'". The Daily Telegraph. Diarkibkan daripada yang asal pada 11 January 2022. Dicapai pada 4 August 2017.
  5. ^ a b "Проект 'Мясорубка'. Рассказывают три командира 'ЧВК Вагнера'" Radio Free Europe/Radio Liberty, 7 March 2018. (dalam bahasa Rusia)
  6. ^ "Revealed: Russia's 'Secret Syria Mercenaries'". Sky News. 10 August 2016. Dicapai pada 18 September 2017.
  7. ^ "Russian Mercenaries in Syria". Warsaw Institute Foundation. 22 April 2017. Dicapai pada 18 September 2017.
  8. ^ "SBU exposes involvement of Russian 'Wagner PMC' headed by Utkin in destroying Il-76 in Donbas, Debaltseve events – Hrytsak". Interfax-Ukraine. 7 October 2017. Dicapai pada 7 October 2017.
  9. ^ Sautreuil, Pierre (9 March 2016). "Believe It or Not, Russia Dislikes Relying on Military Contractors". War Is Boring. Dicapai pada 18 September 2017.
  10. ^ a b Korotkov, Denis (29 March 2016). Они сражались за Пальмиру (dalam bahasa Rusia). Fontanka.ru. Dicapai pada 18 September 2017.
  11. ^ Karouny, Mariam (20 October 2015). "Three Russians killed in Syria: pro-government source". Reuters. Dicapai pada 21 October 2015.
  12. ^ Grove, Thomas (18 December 2015). "Up to Nine Russian Contractors Die in Syria, Experts Say". The Wall Street Journal. Dicapai pada 23 December 2015.
  13. ^ Maria Tsvetkova; Anton Zverev (3 November 2016). "Russian Soldiers Are Secretly Dying In Syria". HuffPost. Dicapai pada 19 February 2018.
  14. ^ Leviev, Ruslan (22 March 2017). "They fought for Palmyra… again: Russian mercenaries killed in battle with ISIS". Conflict Intelligence Team. Dicapai pada 18 September 2017.
  15. ^ Tomson, Chris (21 September 2017). "VIDEO: Russian Army intervenes in northern Hama, drives back Al-Qaeda militants". al-Masdar News. Diarkibkan daripada yang asal pada 12 June 2019. Dicapai pada 24 September 2017.
  16. ^ "The media reported the death of another soldier PMC Wagner in Syria". en.news-4-u.ru. Diarkibkan daripada yang asal pada 1 March 2021. Dicapai pada 12 December 2017.
  17. ^ Dmitriy. "В боях в Сирии погиб уроженец Оренбурга Сергей Карпунин". geo-politica.info. Diarkibkan daripada yang asal pada 19 September 2020. Dicapai pada 12 December 2017.
  18. ^ "Еще один доброволец из Томской области погиб в Сирии". vtomske.ru. 15 January 2018. Dicapai pada 20 January 2018.
  19. ^ "Russians dead in 'battle' in Syria's east". Yahoo! News. Diarkibkan daripada yang asal pada 9 November 2020. Dicapai pada 31 October 2019.
  20. ^ Aboufadel, Leith (13 February 2018). "US attack on pro-gov't forces in Deir Ezzor killed more than 10 Russians (photos)". Diarkibkan daripada yang asal pada 10 February 2018. Dicapai pada 13 February 2018.
  21. ^ "ЧВК "Вагнер" не дала боевикам уничтожить мирное население Восточной Гуты – ИА REX".
  22. ^ "In pictures: Russian snipers deployed near Idlib front as offensive approaches". Al-Masdar News. 1 May 2019. Diarkibkan daripada yang asal pada 11 August 2020. Dicapai pada 1 May 2019.
  23. ^ "Появилось видео из Судана, где российские наемники тренируют местных военных". Dicapai pada 12 December 2017.
  24. ^ "Beyond Syria and Ukraine: Wagner PMC Expands Its Operations to Africa". Jamestown.
  25. ^ Gostev, Alexander (25 April 2018). Кремлевская "Драка за Африку". Наемники Пригожина теперь и в джунглях. Радио Свобода (dalam bahasa Rusia). Radio Free Europe/Radio Liberty. Dicapai pada 26 April 2018.
  26. ^ Lagos, Neil Munshi in. "Central African Republic troops beat back rebels with Russian help". The Irish Times.
  27. ^ "Central African Republic: Abuses by Russia-Linked Forces". Human Rights Watch. 3 May 2022.
  28. ^ "Putin Plants Troops, Weapons in Libya to Boost Strategic Hold". Al Bawaba.
  29. ^ "Новый плацдарм: что известно о переброске российских военных в Ливию". РБК. 9 Oktober 2018.
  30. ^ Suchkov, Maxim (12 October 2018). "Analysis: Reports on Russian troops in Libya spark controversy". Al-Monitor.
  31. ^ "Putin-Linked Mercenaries Are Fighting on Libya's Front Lines".
  32. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan publisheslist tidak disediakan
  33. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan venezuela tidak disediakan
  34. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan debts tidak disediakan
  35. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan mozambique tidak disediakan
  36. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan mali tidak disediakan
  37. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan Segou tidak disediakan
  38. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan Moura tidak disediakan
  39. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan ISW20April tidak disediakan
  40. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan Popasnaya tidak disediakan
  41. ^ Yaroslav Trofimov (10 May 2022). "Nearly Encircled, Ukraine's Last Stronghold in Luhansk Resists Russian Onslaught". The Wall Street Journal. Diarkibkan daripada yang asal pada 14 May 2022. Dicapai pada 11 May 2022.
  42. ^ "RUSSIAN OFFENSIVE CAMPAIGN ASSESSMENT, JUNE 23". 23 June 2022. Dicapai pada 23 June 2022.
  43. ^ Russia used private mercenaries to reinforce frontline, British intelligence says". Yahoo! News.
  44. ^ "Estonia's parliament declares Russia a 'terrorist regime'". www.aljazeera.com (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2022-11-02.
  45. ^ "French parliament designates Wagner a 'terrorist group'". POLITICO (dalam bahasa Inggeris). 2023-05-09. Dicapai pada 2023-05-12.
  46. ^ "Lithuania designates Russia's Wagner as terrorist organisation". www.lrt.lt (dalam bahasa Inggeris). Lithuanian National Radio and Television. 14 March 2023. Dicapai pada 14 March 2023.
  47. ^ "Ukraine's Parliament Recognizes Wagner as Transnational Criminal Organization". Kyiv Post. 6 February 2023. Dicapai pada 25 May 2023.
  48. ^ a b c d e f g Cruickshank, Paul; Hummel, Kristina, penyunting (June 2022). "Undermining Democracy and Exploiting Clients: The Wagner Group's Nefarious Activities in Africa" (PDF). CTC Sentinel. West Point, New York: Combating Terrorism Center. 15 (6): 28–37. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 19 July 2022. Dicapai pada 16 August 2022.
  49. ^ "Russia's Paramilitary Mercenaries Emerge from the Shadows".
  50. ^ a b "What is the Wagner Group, Russia's mercenary organisation?". The Economist. ISSN 0013-0613. Dicapai pada 16 March 2022. “From a legal perspective, Wagner doesn't exist,” says Sorcha MacLeod
  51. ^ Vorobyov, Niko (2022-08-10). "Shrouded in secrecy for years, Russia's Wagner Group opens up – Russia-Ukraine war News". Al Jazeera. On paper, the Wagner Group, a Russian network providing fighters for hire, does not exist.
  52. ^ a b Mackinnon, Amy (2021-07-06). "Russia's Wagner Group Doesn't Actually Exist". Foreign Policy. Dicapai pada 2022-06-04.
  53. ^ Higgins, Andrew; Nechepurenko, Ivan (7 August 2018). "In Africa, Mystery Murders Put Spotlight on Kremlin's Reach". The New York Times. New York. Diarkibkan daripada yang asal pada 31 January 2020. Dicapai pada 8 August 2018.
  54. ^ Baker, Nick (13 April 2022). "The Wagner Group: Who are the shadowy Russian mercenaries in Ukraine?". ABC News. Australian Broadcasting Corporation. Dicapai pada 13 April 2022.
  55. ^ Reynolds, Nathaniel. "Putin's Not-So-Secret Mercenaries: Patronage, Geopolitics, and the Wagner Group". Carnegie Endowment for International Peace.
  56. ^ Ling, Justin (15 March 2022). "Moscow Turns U.S. Volunteers Into New Bogeyman in Ukraine". Foreign Policy. Dicapai pada 26 June 2022. The propaganda campaign has extolled the Wagner Group as hunting neo-Nazis and extremists. Yet the group's own ties to the Russian far-right are well documented: The likely founder of the group has the logo of the Nazi Schutzstaffel tattooed on his neck. Various elements of the current Wagner Group have ties to neo-Nazis and far-right extremism.
  57. ^ Soufan, Ali; Sales, Nathan (5 April 2022). "One of the worst ways Putin is gaslighting the world on Ukraine". NBC News. NBC. The Wagner Group is named after the 19th century German composer Richard Wagner, whose music Adolf Hitler adored. The group's leader, Dmitry Utkin, reportedly wears Nazi tattoos, including a swastika, a Nazi eagle and SS lightning bolts. Wagner mercenaries are reported to have left behind neo-Nazi propaganda in the war zones where they’ve fought, including graffiti with hate symbols.
  58. ^ Brimelow, Ben. "Russia is using mercenaries to make it look like it's losing fewer troops in Syria". Business Insider (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2022-05-28.
  59. ^ Walsh, Declan (27 June 2021). "Russian Mercenaries Are Driving War Crimes in Africa, U.N. Says". The New York Times (dalam bahasa Inggeris). ISSN 0362-4331. Dicapai pada 4 March 2022.
  60. ^ "SBU releases new evidence of Russian Wagner fighters' involvement in war crimes against Ukraine". unian.info (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 4 March 2022.
  61. ^ "What is Russia's Wagner Group of mercenaries in Ukraine?". BBC News. 5 April 2022.
  62. ^ "Головорезы (21+)". Новая газета – Novayagazeta.ru. 20 November 2019.
  63. ^ "Man who filmed beheading of Syrian identified as Russian mercenary". The Guardian. 21 November 2019.
  64. ^ Ma, Alexandra (9 March 2022). "Ukraine posts image of dog tag it said belonged to a killed mercenary from the Wagner Group, said to be charged with assassinating Zelenskyy". Business Insider.
  65. ^ Pavlova, Anna; Nesterova, Yelizaveta (2022-08-06). Tkachyov, Dmitry (penyunting). "'В первую очередь интересуют убийцы и разбойники — вам у нас понравится'. Похоже, Евгений Пригожин лично вербует наемников в колониях" ['We are primarily interested in killers and brigands—you will like it with us'. It seems as if Yevgeny Prigozhin is personally recruiting mercenaries in penal colonies]. Mediazona (dalam bahasa Rusia). Diarkibkan daripada yang asal pada 2022-08-06. Dicapai pada 2022-08-07.
  66. ^ Quinn, Allison (2022-08-06). "'Putin's Chef' Is Personally Touring Russian Prisons for Wagner Recruits to Fight in Ukraine, Reports Say". The Daily Beast (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 2022-08-07. Dicapai pada 2022-08-07.
  67. ^ "Today's D Brief: Zelenskyy thanks Americans, lawmakers; North Korea sent arms to Wagner, WH says; Breaking down the omnibus; Germany's year ahead; And a bit more". Defense One (dalam bahasa Inggeris). 22 December 2022. Dicapai pada 2022-12-22.
  68. ^ "Что известно о потерях России за 10 месяцев войны в Украине". BBC News Russian. 23 December 2022. Dicapai pada 23 December 2022.
  69. ^ "Russia-supporting Wagner Group mercenary numbers soar". BBC News. 22 December 2022.
  70. ^ "State Duma passes law giving Wagner mercenaries 'combat veteran' status". Meduza. 20 April 2023.
  71. ^ "Putin ally Yevgeny Prigozhin admits founding Wagner mercenary group". the Guardian (dalam bahasa Inggeris). 2022-09-26. Dicapai pada 2022-09-26.
  72. ^ "Russia's Prigozhin admits link to Wagner mercenaries for first time". Reuters (dalam bahasa Inggeris). 2022-09-26. Dicapai pada 2022-09-26.
  73. ^ Kim, Victoria (31 March 2022). "What is the Wagner Group?". The New York Times.
  74. ^ a b c Gostev, Aleksandr; Coalson, Robert (16 December 2016). "Russia's Paramilitary Mercenaries Emerge From The Shadows". Radio Free Europe/Radio Liberty. Dicapai pada 18 September 2017.
  75. ^ a b c Vaux, Pierre (29 March 2016). "Fontanka Investigates Russian Mercenaries Dying For Putin In Syria And Ukraine". The Interpreter. Dicapai pada 18 September 2017.
  76. ^ "Уткин Дмитрий Валерьевич". spisok-putina. 19 May 2023.
  77. ^ "СБУ назвала всех "вагнеровцев" на фото с Путиным в Кремле" (dalam bahasa Rusia). Ukrinform. 7 October 2017.
  78. ^ a b "Putin Chef's Kisses of Death: Russia's Shadow Army's State-Run Structure Exposed". bellingcat. 14 August 2020. Wagner Group – which does not exist on paper – got its name from its purported founder and commander
  79. ^ Из Молькино в Пальмиру: как тренируют российских наемников 31 March 2016. (dalam bahasa Rusia)
  80. ^ "Last battle of the Slavic Corps". Fontanka. 14 November 2013. Dicapai pada 25 January 2018.
  81. ^ Weiss, Michael (21 November 2013). "The Case of the Keystone Cossacks". Foreign Policy.
  82. ^ Parfitt, Tom (31 March 2016). "Russian-led private army sent to Syria". The Times. Dicapai pada 7 October 2017.
  83. ^ a b "What is the Wagner Group, Russia's mercenary organisation?". The Economist. Dicapai pada 12 March 2022.
  84. ^ "The secretive Russian mercenaries 'ordered to kill' Ukraine's president". nationalworld.com. Dicapai pada 1 March 2022.
  85. ^ "What is Wagner Group – shadowy Russian mercenaries 'in Kyiv to assassinate Volodymyr Zelensky'". ThePrint. 28 February 2022. Dicapai pada 1 March 2022.
  86. ^ Cornelio, J.; Gauthier, F.; Martikainen, T.; Woodhead, L. (2020). Routledge International Handbook of Religion in Global Society. Routledge International Handbooks. Taylor & Francis. m/s. 403. ISBN 978-1-317-29500-6. Members of this organization say that one of its leaders, D. Utkin (call sign Wagner), is a rodnover, native faith believer
  87. ^ "Wagner, Russian Blackwater in Syria". Yeni Şafak. 6 August 2017. Dicapai pada 14 August 2020.