Lagenda Budak Setan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Bagi filem, lihat Lagenda Budak Setan (filem).
Bagi drama, lihat Lagenda Budak Setan (drama).
Lagenda Budak Setan
Trilogi Novel Lagenda Budak Setan.jpg
Trilogi novel Lagenda Budak Setan
Pengarang Ahadiat Akashah
Negara Malaysia
Bahasa Bahasa Melayu
Genre Novel
Penerbit Roket Kertas
Tarikh penerbitan
1985
Jenis media Cetakan
Halaman 662
ISBN ISBN 9834248253

Lagenda Budak Setan[1] ialah sebuah novel nukilan penulis novel terkenal Malaysia, Ahadiat Akashah. Novel ini diterbitkan pada tahun 1985 oleh Roket Kertas dan diulang cetak sebanyak dua kali, iaitu pada 1997 dan 2005. Ia melahirkan tiga siri filem dan sebuah drama bersiri dengan tajuk yang sama.

Novel ini dipilih menjadi teks Komsas iaitu Komponen Sastera Dalam Pengajaran Bahasa Melayu (Komsas) pada 2007.[2]

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

Lebih satu dekad Kasyah mencipta cinta. Dari manusia yang tak kenal serti kasih sayang...dia menjadi pencinta agung. Dia tabah mengharungi apa saja. Demi sumpahnya mencintai Ayu sehingga ke ahir hayat. Tetapi, berjayakah dia menyunting Ayu menjadi permaisurinya? Bahagiakah dia? Mampukah dibuktikan pada dunia cinta adalah segala-galanya! Cuma Ayu yang punyai jawapan itu. Dan Allah sebagai penentu. Dan, siapakah Katerina?

Keluaran dan sambutan[sunting | sunting sumber]

Lagenda Budak Setan diterbitkan pada 1985 oleh Roket Kertas. Ia telah dicetak semula beberapa kali sejak tahun 1980-an kerana permintaan tinggi daripada pembaca dan menjadikannya jualan paling laris sepanjang masa. Novel pertama dijual pada harga RM24.90, novel kedua pula berharga RM17.90 dan novel ketiga berharga RM23.90.[3]

Legasi[sunting | sunting sumber]

Lagenda Budak Setan diadaptasikan ke filem dan siri televisyen[4] pada 2010 oleh Astro Shaw, Nusantara Pictures dan Tarantella Pictures. Filem ini merupakan satu kejayaan komersial dan diiktiraf, menerima enam anugerah (empat pencalonan dan dua kemenangan) di Festival Filem Malaysia ke-23.[5]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Lagenda Budak Setan Ahadiat Akashah LittleLizzyWorld. 25 Mei 2010.
  2. ^ Novel Popular Ahadiat Akashah akan jadi TEKS KOMSAS
  3. ^ Rahimah A. Hamid, Saad Othman, Ahmand Moghni Salbani. Rekayasa Kearifan Tempatan dalam Sastera Melayu Universiti Sains Malaysia, Perpustakaan Negara Malaysia. Google Books (2014).
  4. ^ Budiey (5 Ogos 2010). Farid Kamil & Maslina Ramli Drama Lagenda Budak Setan Sensasi Selebriti. Diperoleh pada 6 Ogos 2010.
  5. ^ Budiey (27 Mei 2010). Filem Lagenda Budak Setan Bakal Cetuskan Fenomena Sensasi Selebriti. Diperoleh pada 1 Jun 2010.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]