Astro Shaw

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Astro Shaw Sdn Bhd
IndustriPerfileman
Ditubuhkan2005; 18 tahun yang lalu (2005)
Ibu pejabatBukit Jalil, Kuala Lumpur
Tokoh penting
Raja Jastina Arshad

Norsalvina Alwee
Anwari Ashraf
A'tifah Ishak

Dell Hakim
PerkhidmatanPenghasilan, Pemasaran & Pengedaran Filem
IndukAstro All Asia Networks plc
PembahagianTayangan Unggul
Laman sesawang rasmi
www.astroshaw.com.my

Astro Shaw Sdn Bhd adalah salah satu syarikat perfileman yang merupakan peneraju utama industri perfileman Malaysia. Terkenal dengan pendekatan yang bersifat inovatif serta merupakan pelopor trend filem tempatan, Astro Shaw telah banyak menghasilkan filem yang berjaya menyentuh hati para penonton.

Kebanyakan filem yang dihasilkan oleh Astro Shaw sesuai untuk pasaran tempatan dan serantau. Ia juga terus berkembang kukuh dengan melibatkan diri dalam pelaburan filem antarabangsa. Astro Shaw juga menyediakan servis pemasaran serta pengedaran filem secara menyeluruh untuk tayangan pawagam serta platform lain di Malaysia mahupun luar negara.

Astro Shaw kini mendominasi industri filem Malaysia dengan menduduki 7 daripada 10 carta filem blockbuster tempatan yang mendapat kutipan paling tinggi sepanjang masa. Filem Hantu Kak Limah telah berjaya memecahkan rekod kutipan box office tempatan apabila berjaya mengutip sebanyak lebih daripada RM 30 Juta. Pada tahun 2018 sahaja, Astro Shaw mencapai kutipan box office melebihi RM 100 Juta melalui filem-filem terkenal seperti Dukun, Paskal, Hantu Kak Limah dan Polis Evo 2.

Selaku rakan kongsi utama pengedar dan pemasaran filem, Astro Shaw telah mengedar serta memasarkan salah satu filem animasi terbesar pada tahun 2019, BoBoiBoy Movie 2 dengan jayanya. Astro Shaw juga mengedar dan memasarkan filem ayahnya, Mechamato Movie pada tahun 2022 dan memecahkan rekod kutipan tertinggi filem animasi Malaysia sepanjang masa.

Sebagai pendahulu dan pemimpin barisan hadapan industri filem tempatan, Astro Shaw sentiasa dalam pencarian bakat tempatan serta bakat penceritaan. Melalui program writers' room yang diketuai oleh Anwari Ashraf, pihak Astro Shaw sentiasa dalam usahanya untuk membangunkan serta menggabungkan idea beserta naratif untuk lakon layar yang komersial dan menghiburkan. Filem keluaran tahun 2019, Pusaka, filem pertama seumpanya yang pernah dihasilkan yang menggabungkan genre penyiasatan serta seram, merupakan filem hasil program writers' room oleh Astro Shaw.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Astro Shaw[sunting | sunting sumber]

Ditubuhkan pada tahun 1996 di bawah jenama Astro Shaw, tumpuan awalnya adalah untuk menggiatkan industri filem tempatan melalui pengeluaran filem yang berkualiti tinggi serta penceritaan yang cemerlang. Astro Shaw menghasilkan filem pertamanya pada tahun 1999 bertajuk Nafas Cinta. Filem yang dibintangi oleh Awie itu menerima sambutan hangat semasa ditayangkan di pawagam. Nafas Cinta telah membuka peluang bagi Astro Shaw untuk mengembangkan usaha pengeluaran filem dan sejak tahun 2001, Astro Shaw telah mengeluarkan lebih 80 filem. Pada tahun 2010, Astro Shaw memperluaskan lagi jangkauannya dengan menghasilkan filem Bahasa Cina yang pertama bertajuk Woohoo. Semenjak itu, Astro Shaw telah menghasilkan 5 lagi filem bahasa Cina termasuk filem The Journey yang berjaya menggondol beberapa anugerah dalam festival filem tempatan.

Pada tahun 2014 pula, Maindhan menjadi filem Bahasa Tamil pertama yang dihasilkan oleh Astro Shaw. Bukan sahaja di Malaysia, malahan filem ini ditayangkan di pawagam negara Singapura dan Tamil Nadu. Ia mendapat pujian dari para pengkritik dan muncul sebagai filem Tamil tempatan yang mendapat kutipan box office tertinggi di Malaysia sebelum gelaran itu diambil alih oleh filem Vedigundu Pasangge pada tahun 2018 yang turut dihasilkan oleh Astro Shaw dengan kerjasama Veedu Productions Sdn Bhd.

Box Office[sunting | sunting sumber]

Sekitar tahun 2010 hingga 2013, filem yang menduduki carta sebagai filem tempatan yang mendapat kutipan paling tinggi di Malaysia hanya berkisar sekitar RM8 juta. Walaubagaimanapun, pada tahun 2014, Astro Shaw berjaya mencipta sejarah dan telah menaikkan tanda aras untuk filem-filem tempatan dengan melepasi aras kutipan RM15 juta melalui filem The Journey (RM17.28 juta). The Journey merupakan filem pertama dan satu-satunya filem tempatan berbahasa Cina yang berjaya mengungguli carta box office tempatan pada tahun ia ditayangkan. Ini merupakan satu prestasi yang masih belum dicapai oleh syarikat penghasilan filem lain di Malaysia.

Manakala pada tahun 2018, terdapat kenaikan besar dalam kutipan box office tempatan kepada sejumlah RM 170 Juta melalui kutipan daripada 49 buah filem yang ditayangkan. Astro Shaw menjadi peneraju utama yang menyumbang kepada peningkatan luar biasa ini dengan memegang sebanyak 60% saham pasaran filem tempatan. Astro Shaw sahaja mempunyai kumulatif kutipan box office yang mengagumkan melebihi RM 103 juta yang diperoleh melalui 4 filem blockbuster, antaranya Hantu Kak Limah (RM 38 Juta), Dukun (RM 12 Juta), Paskal (RM 30 Juta) dan Polis Evo 2 (RM 23 Juta).

Berikutan tahun yang bersejarah itu, Astro Shaw kini mendominasi industri filem Malaysia dengan menduduki 7 daripada 10 carta filem blockbuster yang mendapat kutipan paling tinggi sepanjang masa. Dengan kutipan sebanyak RM38 juta melalui Hantu Kak Limah, ia menjadi filem tempatan pertama yang mengatasi kutipan boxoffice di tanda aras RM30 juta sekaligus memecahkan rekod filem box office negara.

Pengiktirafan[sunting | sunting sumber]

KL Menjerit merupakan filem pertama dihasilkan oleh Astro Shaw yang memenangi anugerah pada tahun 2003. Filem ini memenangi 8 kategori untuk Festival Filem Malaysia ke-16 termasuk Filem Terbaik dan 2 lagi kategori di Anugerah Skrin TV3.

Berikutan kejayaan KL Menjerit, Astro Shaw telah memenangi lebih daripada 170 anugerah dari festival filem tempatan dan antarabangsa. Filem keluaran Astro Shaw, The Journey dan Ola Bola dipilih untuk bertanding dalam Festival Filem Far East.

Perlaburan Filem Antarabangsa[sunting | sunting sumber]

Pelaburan Astro Shaw dalam penghasilan filem antarabangsa telah mendapat pujian pelbagai pihak. Sebagai contoh, filem arahan pengarah daripada Thailand, Apichatpong Weerasethakul, Cemetery of Splendor, yang ditayangkan di Un Certain Regard, salah satu seksyen Festival Film Cannes 2015 telah berjaya memenangi Filem Terbaik di Pameran Filem Asia Pasifik ke-9. Selain itu, filem arahan Mouly Surya, pengarah daripada Indonesia yang bertajuk Marlina Si Pembunuh Dalam 4 Babak membuat debutnya di Director’s Fortnight Section di Cannes. Manakala, The White Girl, filem Hong Kong yang diarahkan oleh Christopher Doyle dan Jenny Suen merupakan percubaan pertama Astro Shaw untuk menapak di dalam industri perfileman Asia Utara, dan filem tersebut dipertandingkan dalam Festival Filem London pada tahun 2017.

Paling terbaru, filem Astro Shaw yang akan ditayangkan pada Januari 2020, The Garden of Evening Mists telah dicalonkan dalam 9 kategori untuk Anugerah Golden Horse ke-56.

Perkembangan Perniagaan[sunting | sunting sumber]

Astro Shaw telah terlibat dalam industri perfileman bukan sekadar melalui penghasilan filem, malah ia juga merupakan rakan kongsi yang kukuh dalam pemasaran dan pengedaran filem di Malaysia mahupun antarabangsa. Sebagai contoh, filem animasi terbesar pada tahun 2019, BoBoiBoy Movie 2 merupakan filem yang dipasarkan serta diedarkan oleh Astro Shaw.

Dengan memanfaatkan perhubungan rakan kongsi serantau dan antarabangsa sedia ada, Astro Shaw sentiasa meneruskan usahanya untuk mencari pasaran baharu yang berpotensi untuk mengedarkan filem-filem tempatan selain membuka jalan buat filem antarabangsa untuk memasuki pasaran Malaysia.

Program Writers' Room[sunting | sunting sumber]

Astro Shaw memimpin barisan hadapan dalam mendandan penceritaan oleh bakat tempatan melalui formasi oleh pihak penulisnya sendiri yang diketuai oleh Anwari Ashraf. Matlamat ahli pasukan ini bertumpu kepada pembangunan cerita serta idea daripada kreativiti bakat tempatan dan pencarian untuk menghasilkan cerita yang menarik bukan sahaja sesuai untuk tontonan tempatan, malahan antarbangsa.

Filem[sunting | sunting sumber]

Melayu[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Pengarah Genre Pulangan Kasar Penerbit
1999 Nafas Cinta Jailani Abd Ghani Romantik, Drama  RM 255,102.00
2007 Diva[1] Sharad Sharan Muzikal RM 213,245 Dengan kerjasama Tarantella Pictures
2008 Tipu Kanan Tipu Kiri Sharad Sharan Romantik, Komedi, Drama RM 623,546.25 Dengan kerjasama Tarantella Pictures
2010 Lagenda Budak Setan Sharad Sharan Drama RM 4,382,008 Dengan kerjasama Tarantella Pictures
2011 Sini Ada Hantu James Lee Seram, Komedi RM 1,602,654 Dengan kerjasama Double Vision
Ombak Rindu Osman Ali Drama RM 1,1042,009 Dengan kerjasama Tarantella Pictures
2012 Hoore! Hoore! Saw Teong Hin Muzikal, Drama RM 353,837.50 Dengan kerjasama Real Pictures
Untuk Tiga Hari Dato Afdlin Shauki Romantik, Drama RM 785,805.25 Dengan kerjasama Tarantella Pictures
Lagenda Budak Setan 2: Katerina Sharad Sharan Romantik, Drama RM 2,106,378 Dengan kerjasama Tarantella Pictures
2013 Bikers Kental Helmi Yusof Komedi, Drama RM 2,727,880 Dengan kerjasama Tayangan Unggul & Calif Works Sdn Bhd
Penanggal Ellie Suriati Seram RM 2,731,732 Dengan kerjasama Grand Brilliance
Papadom 2 Dato Afdlin Shauki Komedi RM 623,612 Dengan kerjasama Ismali Holding & Vision Works
2014 Kami Histeria Shamyl Othman Seram, Komedi RM 874,152.50 Dengan kerjasama Redfilms & Marna Films
Apokalips X Allahyarham Mamat Khalid Aksi, Drama RM 260,197 Dengan kerjasama Tayangan Unggul & Naga VXS
Lagenda Budak Setan 3: Kasyah Sharad Sharan Romantik, Drama RM 1,320,327.00 Dengan kerjasama Tarantella Pictures
Amir dan Loqman Pergi ke Laut Allahyarham Mamat Khalid Komedi, Drama RM 310,850 Dengan kerjasama Greenlight Productions
Manisnya Cinta Di Cappadoccia Bernard Chauly Romantik, Drama RM 1,797,505.81 Dengan kerjasama Global Station, Redfilms
Terbaik Dari Langit Nik Amir Mustapha Komedi, Drama RM 474,660 Dengan kerjasama Playground Productions
2015 Suamiku Encik Perfect 10 Feroz Kader Romantik, Drama MY: RM 3,025,971.88

Brunei: RM147,374.75

Dengan kerjasama Global Station
Cicakman 3 Datuk Yusry Abdul Halim & Ghaz Abu Bakar Adiwira, Aksi, Komedi MY: RM 2,555,988.77

Brunei: RM42,400.80

Dengan kerjasama KRU Studios & Grand Brilliance
Pilot Cafe Osman Ali Romantik, Drama MY: RM 1,987,987.01

Brunei: RM85,369.03

Dengan kerjasama Tarantella Pictures
Polis Evo Ghaz Abu Bakar Aksi, Komedi RM 17,724,178.87

Brunei: RM342,915.00

Dengan kerjasama Tayangan Unggul
2016 Langit Cinta Osman Ali Romantik, Drama MY: RM 665,768.70

Brunei: RM109,224

Dengan kerjasama Nuansa Sdn Bhd
Ola Bola Chiu Keng Guan Drama, Patriotik RM 16.67 Juta Dengan kerjasama Golden Screen Cinemas & Multimedia Entertainment, Woohoo Pictures
Aliff Dalam 7 Dimensi Faisal Ishak Aksi MY: RM 1,702,168.75

Singapura: RM 39,024.00

Dengan kerjasama Tayangan Unggul & ChainFX
Dukun Doktor Dani Sabri Yunus Drama MY: RM 69,182.55

Brunei: RM 1,465.67

Singapura: RM 4,216.00

Dengan kerjasama Balang Rimbun
2017 Kimchi Untuk Awak Michael Ang Romantik, Komedi MY: RM 1,139,912.69

Brunei: 82,179.95

Dengan kerjasama Dark Wave Pictures
Kau Yang Satu Osman Ali Drama Dengan kerjasama Global Station & Nuansa Film
Abang Long Fadil 2

[2]

Syafiq Yusof Aksi, Komedi MY: RM 18,122,481.65

Brunei: RM207,095.50

Singapura: RM104,317.00

Dengan kerjasama Skop Production
Bisik Pada Langit Kabir Bhatia Drama Dengan kerjasama Nusantara Seni Karya
Tombiruo: Penunggu Rimba[3] Seth Larney Aksi, Drama MY: RM 8.032,052.72

Brunei: RM49,556.25

Singapura: RM47,777.04

Dengan kerjasama Grup Buku Karangkraf, Ideate Media, Layar Sunan, Ideate Pictures
2018 Busker Syed Khairul Fariz Syed Khairuldin (Kye Fariz) Romantik, Muzikal MY: RM 98,809.97

Brunei: RM4,458.76

Singapura: RM142.90

Dengan kerjasama Tayangan Unggul
Hantu Rumah Sakit Jiwa Michael Ang Seram, Komedi Keluaran Astro First : RM 422,977.5 Dengan kerjasama Tayangan Unggul
Dukun[4] Dain Said Seram, Ngeri MY: RM 9,933,035.76

Brunei: RM214,982.8

Singapura: RM389,067.24

Hantu Kak Limah Allahyarham Mamat Khalid Komedi, Seram RM 36,626,906.59 Dengan kerjasama Infinitus Production
PASKAL Adrian Teh Aksi, Patriotik RM31.2 juta Dengan kerjasama Asia Tropical Films, Golden Screen Cinemas, Multimedia Entertainment dan Granatum Ventures
Polis Evo 2 Joel Soh & Andre Chiew Aksi RM22.45 juta Dengan kerjasama Surya Citra Media, Blackflag
2019 Misteri Dilaila Syafiq Yusof Misteri, Seram RM9.4 juta Dengan kerjasama Skop Production
BoBoiBoy Movie 2 Nizam Razak Animasi, Adiwira, Aksi RM30 juta Dengan kerjasama Animonsta Studios
Sangkar Kabir Bhatia Drama, Aksi RM12 juta Dengan kerjasama Primeworks Studios, MM2 Entertainment, & Infinitus Gold
Pusaka Razaisyam Rashid Seram RM13.7 juta Dengan kerjasama Director's Think Tank & Alpha 47 Films
WIRA Adrian Teh Aksi RM7.6 juta Dengan kerjasama Multimedia Entertainment, ACT 2 Pictures, Golden Screen Cinemas & Primeworks Studios
2020 Bulan dan Pria Terhebat Ghaz Abu Bakar Aksi, Komedi Dengan kerjasama Nizra Entertainment & Skop Production
Manap Karaoke Allahyarham Mamat Khalid Komedi Dengan kerjasama Enjit Semut Productions
Mulut Masin Razaisyam Rashid Seram, Komedi Dengan kerjasama Alpha 47 Films
Saka Nan Sepi Razaisyam Rashid & Azri Azman Komedi, Seram Dengan kerjasama Alpha 47 Films
2021 Kerana Korona Kabir Bhatia Drama, Keluarga
Penunggang Agama Syafiq Yusof Seram, Ngeri Dengan kerjasama Skop Production
18 Puasa Di Kampong Pisang Allahyarham Mamat Khalid Komedi, Agama Dengan kerjasama Enjit Semut Productions
Kampong Pisang Musikal Raya Istimewa Allahyarham Mamat Khalid Komedi, Muzikal Dengan kerjasama Enjit Semut Productions
Chomel Jason Chong Komedi, Keluarga Dengan kerjasama Double Vision
Penunggang Agama 2 Syafiq Yusof Seram, Ngeri Dengan kerjasama Skop Production
2022 Kampong Pisang Berbuah Dua Kali Amen Khalid Komedi, Seram Dengan kerjasama Enjit Semut Productions
Juang Aziz M. Osman, Datuk Yusry Abdul Halim, Matt Lai, Kabir Bhatia & Osman Ali Drama Dengan kerjasama Asia Tropical Films & The Film Engine
Abang Long Fadil 3 Syafiq Yusof Aksi, Komedi RM25 juta Dengan kerjasama Skop Production
Talbis Iblis Kabir Bhatia Seram Dengan kerjasama Infinitus Gold, Jazzy Pictures, A Next Star Productions, MM2 Entertainment & Chain FX
Mechamato Movie Nizam Razak Animasi, Adiwira, Aksi RM60 juta Dengan kerjasama Animonsta Studios
2023 Didi & Friends The Movie Akmal Aziz Asmawi & Roshfaizal Ariffin Animasi MY: RM8 juta Dengan kerjasama Warnakala Studios & Digital Durian
Polis Evo 3 Syafiq Yusof Aksi, Komedi Dengan kerjasama Skop Production, TGV Cinemas & Blackflag
Baik Punya Ah Long Dato Afdlin Shauki Komedi Dengan kerjasama Vision Works
Malbatt: Misi Bakara Adrian Teh Aksi, Patriotik Dengan kerjasama ACT 2 Pictures & Golden Screen Cinemas
Rahsia Shamyl Othman Seram Dengan kerjasama Kuman Pictures
Adiwiraku 2 Eric Ong & Jason Chong Drama Dengan kerjasama SOL Pictures
The Experts Andre Chiew Aksi, Jenayah Dengan kerjasama Blackflag
TBA Belang Harimau Amanda Nell Eu Seram
Syerif Syafiq Yusof Aksi Dengan kerjasama Skop Production

Inggeris[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Genre Pengarah Pulangan Kasar Penerbit
2009 Sell Out! Komedi Yeo Joon Han
2020 The Garden of Evening Mists Drama Tom Lin Shu-Yu Dengan Kerjamsama CJ Entertainment & HBO Asia

Tamil[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Genre Pengarah Pulangan Kasar Penerbit
2014 Maindhan Aksi, Komedi C. Kumaresan RM 903,550.00 Dengan kerjasama CK Films & SS Wawasan
2018 Vedigundu Pasangge Drama, Komedi Dr. Vimala Perumal Dengan kerjasama Veedu Production
TBA Neer Mel Neruppu Drama Shanjhey Kumar Perumal Dengan kerjasama Skyzen Studios

Cina (Kantonis, Mandarin dan Hokkien)[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Genre Pengarah Pulangan Kasar Penerbit
2010 Woohoo Komedi Chiu Keng Guan RM 4,205,397.50 Dengan kerjasama Woohoo Pictures
2011 Great Day Drama / Komedi Chiu Keng Guan Dengan kerjasama Woohoo Pictures
2012 Ghost Buddies Seram / Komedi Simon Sek RM 1,095,623 Dengan Kerjasama Double Vision Pictures
2013 Paper Moon Romantik / Komedi Stanley Law RM 171,539 Dengan Kerjasama Double Vision Pictures & Passion Music & Entertainment
Once Upon A Time Komedi Silver RM 5,589,030 Dengan Kerjasama The Film Engine
Claypot Curry Killers / Spicy Killers Slasher / Thriller James Lee
2014 The Journey Drama Chiu Keng Guan RM 1,724,5191.50 Dengan kerjasama Woohoo Pictures
In The Dark Seram Yeo Joon Han RM 888,004.40 Dengan Kerjasama Amok Films
2017 You Mean the World to Me Drama Saw Teong Hin MY: RM 1,278,376.65

Singapore: RM7,690.50

Dengan Kerjasama Real Pictures
2018 Think Big Big Komedi / Drama Chiu Keng Guan MY: RM 5,329,298.97

Brunei: RM12,405.00

Dengan Kerjasama Golden Screen Cinemas, Multimedia Entertainment, MM2 Entertainment & Woohoo Pictures
2023 Ma, I Love You Drama Chiu Keng Guan Dengan kerjasama Multimedia Entertainment & Woohoo Pictures
TBA Gold Sukan, Drama Adrian Teh Dengan kerjasama ACT 2 Pictures

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Motion picture soundtrack of Diva launched Diarkibkan 2013-02-21 di archive.today" The Star. 24 April 2007. Retrieved on 18 January 2013. "Diva is a production of independent film production house Tarantella Pictures Sdn Bhd together with Nusantara Films Sdn Bhd, a subsidiary of Astro Shaw Sdn Bhd which was set up to produce films that are targeting audiences around the region."
  2. ^ "Abang Long Fadil 2: kisah gengster jalanan ke dunia mafia". Kosmo!. 6 August 2017. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-08-06. Cite has empty unknown parameter: |coauthors= (bantuan)
  3. ^ Shackleton, Liz (25 August 2016). "Malaysia rallies international team for 'Tombiruo'". ScreenDaily. Media Business Insight Limited. Dicapai pada 31 August 2016.
  4. ^ Alif Fadli Mohd Sori (4 April 2018). "[VIDEO] Umie menggigil, hampir 'histeria' kerana Dukun". Utusan Malaysia. Dicapai pada 8 April 2018.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]