Perpustakaan Negara Malaysia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Perpustakaan Negara Malaysia
ڤرڤوستاکاءن نݢارا مليسيا
Perpustakaan Negara Malaysia
Maklumat geografi
Negara  Malaysia
Lokasi 232, Jalan Tun Razak, 50572 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Maklumat am
Ditubuhkan 1966
Jenis Perpustakaan Negara
Maklumat lain
Laman sesawang http://www.pnm.gov.my/

sunting
Lihat pendokumenan templat ini
Perpustakaan Negara Malaysia

Perpustakaan Negara Malaysia (atau PNM) (Jawi: ڤرڤوستاکاءن نݢارا مليسيا) ialah agensi yang bertanggungjawab menyimpan koleksi khazanah ilmu di peringkat kebangsaan untuk generasi masa kini dan masa hadapan. PNM telah ditubuhkan pada tahun 1966. Ketika itu, PNM hanyalah sebuah unit di bawah Arkib Negara yang berperanan kecil untuk melaksanakan Akta Pemeliharaan Buku-Buku 1966 dan penerbitan Bibliografi Negara Malaysia. Perpustakaan Negara mula membuka Bahagian Rujukan kepada orang awam selepas Akta Perpustakaan Negara 1972 diluluskan.

Projek pembinaan bangunan PNM dimulakan pada 1978 di Jalan Tun Razak, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Bangunan PNM mencerminkan keperibadian Malaysia yang melambangkan pencapaian intelektual. Konsep reka bentuknya berasaskan tengkolok tradisional Melayu sementara konsep minda pula mempengaruhi seni bina dalaman. Suasana ruang melambangkan gerakan fakulti intelek yang terbuka luas. Bangunan ini siap dibina dan dirasmikan pada tahun 1992.

PNM kini mempunyai 500 orang kakitangan dan diketuai oleh seorang Ketua Pengarah PNM iaitu Nafisah bt Ahmad dan seorang Timbalan Ketua Pengarah iaitu Maizan bt Ismail.

Visi, Misi dan Objektif ۏيسي، ميسي دان اوبجيکتيف[sunting | sunting sumber]

Visi ۏيسي

Peneraju Pembangunan dan Perkhidmatan Perpustakaan di Malaysia Bertaraf Dunia Menjelang Tahun 2020

Misi ميسي

Memperkasakan Penyampaian Sumber Maklumat Berkualiti Melalui Perkhidmatan Perpustakaan Bagi Membentuk Masyarakat Berilmu Pengetahuan

Objektif اوبجيکتيف

  • Menyediakan bagi penggunaan generasi masa kini dan masa depan suatu koleksi sumber perpustakaan di peringkat kebangsaan
  • Memudahkan penggunaan di seluruh negara sumber perpustakaan yang terdapat di dalam dan di luar negara
  • Mengadakan kepimpinan dalam perkara yang berkaitan dengan perpustakaan

Senarai Ketua Pengarah سناراي کتوا ڤڠاره[sunting | sunting sumber]

No. Nama Tempoh perkhidmatan
1 YBrs. En Paul Christian Ratchaga 1977 hingga 1980
2 YBrs. Tuan Haji Yang Amri Kamaruddin 1980 hingga 1981
3 YBhg. Dato' Mohd Hashim Sam Abdul Latiff 1981 hingga 1983
4 YBrs. Dr. Donald Earlian Kingsley Wijasuriya 1983 hingga 1989
5 Ybrs. Puan Mariam Abdul Kadir 1990 hingga 1999
6 YBrs Puan Hajjah Shaharbanun Jaafar 1999 hingga 2001
7 YBhg. Dato' Zawiyah Baba 2001 hingga 2005
8 Ybrs. Dr Haji Wan Ali Wan Mamat 2005 hingga 2006
9 YBrs. Puan Zakiah Aman 2006 hingga 2008
10 YBhg. Dato' Raslin Abu Bakar 2008 hingga 2014
11 YBrs. Puan Hajjah Nafisah Ahmad 2014 hingga kini

Senarai Ahli Lembaga PNM / PNM سناراي اهلي لمباݢ[sunting | sunting sumber]

No. Nama Tempoh Perkhidmatan
1 YBhg Dato’ Sri Dr. Halim Shafie 2013 hingga 2016
2 YBhg. Prof. Dato’ Dr. Wan Hashim bin Wan Teh 2013 hingga 2016
3 YM Raja Datin Paduka Fuziah binti Raja Tun Uda 2013 hingga 2016
4 YBhg. Prof. Dr. Juhana binti Salim 2013 hingga 2016
5 Encik Azahar bin Mohd Noor 2013 hingga 2016
6 YBrs. Prof, Madya Dr. Hj. Laili bin Hj. Hashim 2013 hingga 2016
7 YBrs. Dr. Lim Swee Tin 2013 hingga 2016
8 YBrs. Prof. Madya Dr. Sivamurugan Pandian 2013 hingga 2016
9 YBhg. Tan Sri Dr. Ong Hong Peng 2013 hingga 2016

Koleksi Perpustakaan کوليکسي ڤرڤوستاکاءن[sunting | sunting sumber]

Jumlah keseluruhan koleksi PNM ialah 4.78 juta unit. Jumlah ini merangkumi 4.52 unit bahan bercetak, 98,406 unit bahan tidak bercetak, 4,974 naskhah manuskrip Melayu and 158,316 unit bahan digital. Carian katalog bagi bahan perpustakaan boleh dicapai secara dalam talian menerusi http://opac.pnm.gov.my.

Peranan utama setiap Perpustakaan Negara ialah menyimpan dan memperluas penggunaan koleksi terbitan dalam negara serta koleksi mengenai negara yang diterbitkan di luar negara. Sebagai sebuah Perpustakaan Negara bagi Malaysia, PNM menjadi institusi memori sejarah dan kebudayaan serta pustaka yang menyimpan, mendokumentasi dan memelihara pencapaian intelek yang telah diterjemah dalam bentuk cetak dan bukan bercetak. Koleksi Malaysiana ialah koleksi warisan negara dan bangsa Malaysia.

Antara koleksi yang terdapat di PNM adalah seperti berikut:

  • Koleksi Malaysiana (Cth: Koleksi Fana, Koleksi Peribadi, dsb)
  • Koleksi Luar Negara (Cth: Koleksi ASEAN, Koleksi United Nations & Koleksi Harvard)
  • Koleksi Manuskrip Melayu
  • Koleksi Bahan Nadir
  • Koleksi Terbitan Bersiri (Cth: koleksi akhbar, majalah, jurnal, dsb)
  • Koleksi media elektronik
  • Pangkalan data atas talian.

Koleksi Manuskrip Melayu کوليکسي مانوسکريڤ ملايو[sunting | sunting sumber]

Manuskrip Melayu ialah karya yang bertulis tangan terutama dalam tulisan jawi yang dihasilkan dalam lingkungan awal kurun ke-16 sehingga awal kurun ke-20 dalam bahasa rumpun Melayu mengenai alam dan tamadun Melayu. Ilmu yang terakam dalam manuskrip Melayu merangkumi pelbagai bidang perkara seperti kesusasteraan, sejarah, kitab agama, perubatan, undang-undang, ketatanegaraan serta azimat dan petua. Simbol yang digunakan untuk Manuskrip Melayu ialah MSS. Kebanyakan bahan Manuskrip Melayu yang terhasil adalah dalam tulisan Jawi. Manuskrip Melayu merupakan antara koleksi unik yang terdapat di Perpustakaan Negara Malaysia. Koleksi Manuskrip melayu boleh dirujuk di Pusat Manuskrip Melayu, Aras 11, Menara PNM.

Koleksi Nadir کوليکسي نادير[sunting | sunting sumber]

Koleksi nadir merangkumi bahan-bahan terbitan dari dalam dan luar Negara yang diterbitkan sebelum tahun 1900 dan/atau bahan-bahan yang telah habis dicetak dan tidak lagi boleh didapati di pasaran. Koleksi ini merangkumi pelbagai bidang perkara seperti sejarah, bahasa, sastera, sains sosial, ekonomi, agama dan sebagainya. Ia mengandungi sumber ilmu dalam bentuk buku, risalah dan gambar yang amat bernilai dan sukar diperolehi di pasaran serta jarang ditemui. Koleksi nadir Malaysiana merupakan antara koleksi  unik yang terdapat di Perpustakaan Negara Malaysia di mana bahan ini dipulihara dan menjadi koleksi Perpustakaan Negara Malaysia yang amat bernilai. Semua ini boleh dirujuk kepada koleksi-koleksi nadir Malaysiana di Unit  Koleksi Nadir, Pusat Maklumat Malaysiana di Aras 10, Menara PNM.

Koleksi Peribadi کوليکسي ڤريبادي[sunting | sunting sumber]

Koleksi Peribadi merupakan himpunan ilmu dan maklumat yang dimiliki oleh orang perseorangan, tokoh-tokoh ilmuan, cendekiawan, budayawan, negarawan atau pengkaji yang banyak memberi sumbangan kepada ketamadunan manusia. Koleksi Peribadi yang diperoleh oleh PNM digunakan untuk tujuan pemuliharaan dan rujukan. Bidang perkara bahan-bahan yang dikumpul adalah menurut kegemaran, minat atau bidang kajian individu pemilik koleksi. Koleksi Peribadi yang diperoleh oleh PNM merangkumi buku, jurnal, artikel, manuskrip, dokumen, risalah, salasilah, gambar, surat, keratan akhbar, fail, lukisan, carta, brosur, dan lain-lain. Koleksi Peribadi boleh dirujuk di Aras 10, Menara PNM.

Koleksi Fana (Ephimeral) کوليکسي فناء[sunting | sunting sumber]

Koleksi ini telah dimulakan pada tahun 1995 dan terletak di Bilik Koleksi Khas di Tingkat 8. Ia terdiri daripada penerbitan daripada pelbagai jabatan dan kementerian termasuk poskad, brosur, buku program, poster, kalendar, setem hari pertama dan sampul surat.

Koleksi Terbitan Bersiri کوليکسي تربيتن برسيري[sunting | sunting sumber]

Koleksi terbitan bersiri turut disediakan oleh PNM yang mana ia merangkumi koleksi-koleksi terbitan berkala seperti surat khabar, majalah, jurnal dan lain-lain yang diterbitkan di dalam dan di luar Negara. Koleksi surat khabar, majalah dan jurnal terbitan tempatan boleh dirujuk di Aras 7, Menara PNM. Bagi koleksi surat khabar, majalah dan jurnal terbitan luar Negara pula, ia boleh dirujuk di Aras 4, Blok Tengah, Anjung Bestari, Perpustakaan Negara Malaysia.

Koleksi Media Elektronik کوليکسي ميديا ايليکترونيک[sunting | sunting sumber]

Koleksi sumber merupakan bahan tidak bercetak dalam pelbagai bidang perkara dan format seperti kaset audio, kaset video, cakera padat data (CD-ROM), cakera audio, cakera video, cakera video digital dan kit yang diterbitkan di dalam dan di luar negara. Koleksi ini ditempatkan di Bahagian Sumber Elektronik, Aras 4, Blok Timur, Perpustakaan Negara Malaysia.

Koleksi Harvard کوليکسي هرۏرد[sunting | sunting sumber]

Koleksi ini dibangunkan dengan kerjasama Kelab Alumni Harvard Malaysia sejak tahun 2000. Bahan yang terdapat dalam koleksi ini terdiri daripada buku dan terbitan bersiri dalam bidang perniagaan dan pengurusan. Koleksi ini diterbitkan oleh Harvard University Press, Harvard Business School dan Harvard Business Publishing. Koleksi ini ditempatkan di Aras 3 Tengah, Anjung Bestari, Perpustakaan Negara Malaysia.  

Koleksi ASEAN / ASEAN کوليکسي[sunting | sunting sumber]

Koleksi ASEAN (Association of Southeast Asian Nations)  ini mengandungi koleksi mengenai negara-negara Asia Tenggara yang menganggotai ASEAN iaitu Malaysia, Singapura, Indonesia, Thailand, Filipina, Kemboja, Laos, Myanmar, Brunei Darussalam dan Vietnam. Koleksi ini merangkumi pelbagai bidang dan perkara seperti sosial, kebudayaan, ekonomi, politik dan pembangunan warisan negara setiap negara ASEAN.

Pengguna Perpustakaan boleh merujuk koleksi ini di Aras 4, Blok Tengah, Anjung Bestari, Perpustakaan Negara Malaysia.

Koleksi Bangsa-Bangsa Bersatu (United Nations) کوليکسي بڠسا٢ برساتو[sunting | sunting sumber]

Perpustakaan Negara Malaysia merupakan Pusat Penyerahan Terbitan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu semenjak tahun 1976. Bahan-bahan terbitan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan pelbagai agensi di bawah Bangsa-bangsa Bersatu seperti UNESCO, WHO, World Bank, IFC, IMF, WIFO, UNIDO dan GATT boleh diperolehi dalam bentuk monograf, laporan tahunan dan terbitan bersiri.

Bermula pada Februari 2011, Perpustakaan Negara Malaysia dilantik menjadi Pusat Penyerahan Bahan-bahan Terbitan United Nations University Press.

Koleksi Khas Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu ini boleh dirujuk di Aras 4 Blok Tengah,Anjung Bestari, Perpustakaan Negara Malaysia.

Perkhidmatan Perpustakaan Digital ڤرخدمتن ڤرڤوستاکاءن ديݢيتل[sunting | sunting sumber]

PNM telah membangunkan portal PNM Digital (http://www.pnmdigital.gov.my) bagi kemudahan rakyat Malaysia mendapatkan capaian kepada pelbagai perkhidmatan pangkalan data serta sumber elektronik yang telah dilanggan. Rakyat Malaysia yang ingin mendapatkan capaian eksklusif kepada pelbagai perkhidmatan pangkalan data hendaklah terlebih dahulu mendaftar sebagai ahli di portal ini. Antara perkhidmatan pangkalan data yang disediakan adalah seperti EBSCO, PNM e-Lib, Overdrive, Zinio, BLIS, National Geographic, Emerald, dan sebagainya.

Portal Repositori Digital PNM menyediakan capaian kepada koleksi-koleksi Malaysiana, terbitan-terbitan PNM, bahan-bahan pakejan maklumat serta lain-lain koleksi yang telah didigitasikan di mana ia boleh dicapai menerusi http://myrepositori.pnm.gov.my. Antara bahan yang telah didigitasikan yang boleh dimuat turun menerusi portal ini adalah seperti Manuskrip Melayu, Buku Nadir, Koleksi Peribadi, Koleksi Negara, terbitan-terbitan PNM, artikel surat khabar, artikel jurnal, kertas kerja persidangan, bahan-bahan pakejan maklumat dan lain-lain.

u-Pustaka menawarkan pelbagai perkhidmatan perpustakaan digital untuk seluruh rakyat Malaysia yang boleh dicapai pada bila-bila masa dan di mana sahaja melalui portal rasminya yang beralamat di http://www.u-library.gov.my. Antara perkhidmatan yang disediakan adalah seperti pendaftaran keahlian, perkhidmatan peminjaman buku dan pembaharuan peminjaman buku secara dalam talian, perkhidmatan penghantaran buku dipinjam ke rumah menerusi perkhidmatan Pos Laju, kemudahan pemulangan buku dipinjam menerusi mesin Gelongsor Buku, capaian kepada pelbagai sumber maklumat elektronik dan sebagainya.

Peranan ڤرانن[sunting | sunting sumber]

Program Galakan Membaca ڤروݢرم ݢالقن ممباچ

PNM ialah urus setia Program Galakan Membaca Kebangsaan yang bertanggugjawab melaksanakan pelbagai program/aktiviti galakan membaca dalam memastikan hasrat membudayakan amalan membaca di kalangan masyarakat Malaysia dapat ditingkatkan.

Portal Sumber Elektronik ڤورتل سومبر ايليکترونيک

PNM menyediakan perkhidmatan sumber digital menerusi poratl ini (www.pnmdigital.gov.my) yang mana ia boleh dicapai dari luar premis PNM. Portal ini mengandungi pelbagai sumber elektronik seperti e-buku, e-majalah, surat khabar atas talian dan bahan perpustakaan yang didigitalkan oleh PNM seperti Manuskrip dan buku nadir. Selain itu portal ini turut menyediakan sumber elektronik dari dalam dan luar negara menerusi pengkalan data yang dilanggan oleh PNM.

Program Pembudayaan Tulisan Jawi ڤروݢرم ڤمبوداياءن توليسن جاوي

PNM juga memainkan peranan dalam usaha meningkatkan tahap penghayatan dan pembudayaan tulisan Jawi dalam kalangan rakyat Malaysia. PNM turut berkerjasama dengan radio IKIM.fm dan Dewan Bahasa dan Pustaka untuk menyiarkan rancangan Klinik Jawi sebagai medium pembelajaran bahasa Jawi.


Prasarana Perpustakaan ڤراساران ڤرڤوستاکاءن[sunting | sunting sumber]

Perpustakaan Negara Malaysia bertanggungjawab memastikan pembangunan infrastruktur perpustakaan awam di seluruh negara. Tugas ini diperuntukkan di bawah Akta Perpustakaan Negara Malaysia 1987 (Pindaan) Bahagian II para 4(2)(h) dan 4(2)I. Pada tahun 2000, beberapa projek pembangunan infrastuktur perpustakaan telah dilaksanakan meliputi Perpustakaan Negara Malaysia dan perpustakaan awam negeri.

  1. Projek Perpustakaan Negara Malaysia
    • Peningkatan makmal pemuliharaan negara
    • Program gerakan membaca kebangsaan
    • Pemantauan projek pembangunan fizikal
    • Pangkalan data dan rangkaian komputer
    • Pembinaan koleksi Malaysiana

Dari peruntukan tersebut, Perpustakaan Negara Malaysia telah membelanjakan sebanyak 59.17%.

  1. Projek Perpustakaan Negeri

Antara perpustakaan yang diselia di bawah Perpustakaan Negara termasuk:-

  • Perpustakaan Negara Malaysia Negeri Perlis
  • Perpustakaan Negeri Sabah
  • Pustaka Negeri Sarawak
  • Perpustakaan Awam Cawangan Batu Pahat, Johor
  • Perpustakaan Awam Cawangan Cameron Highlands, Pahang
  • Perpustakaan Awam Cawangan Pelabuhan Kelang
  • Perpustakaan Awam Cawangan Baling, Kedah
  • Perpustakaan Awam Cawangan Bentong, Pahang
  • Perpustakaan Awam Cawangan Georgetown, Pulau Pinang
  • Perpustakaan Awam Cawangan Kuala Pilah, Negeri Sembilan
  • Perpustakaan Awam Cawangan Kulim, Kedah
  • Perpustakaan Awam Cawangan Marang, Terengganu
  • Perpustakaan Awam Cawangan Merlimau, Melaka
  • Perpustakaan Awam Cawangan Mersing, Johor
  • Perpustakaan Awam Cawangan Pontian, Johor
  • Perpustakaan Awam Cawangan Raub, Pahang
  • Perpustakaan Awam Cawangan Segamat, Johor
  • Perpustakaan Awam Cawangan Seri Iskandar, Perak
  • Perpustakaan Awam Cawangan Simpang Empat, Perlis
  • Perpustakaan Awam Cawangan Kota Tinggi, Johor
  • Perpustakaan Awam Cawangan Muar, Johor
  • Perpustakaan Awam Cawangan Jeli, Kelantan
  • Perpustakaan Awam Cawangan Port Dickson, Negeri Sembilan
  • Perpustakaan Pekan Bandar Baru, Kedah
  • Perpustakaan Pekan Mantin, Negeri Sembilan
  • Perpustakaan Pekan Pulau Pangkor, Perak
  • Perpustakaan Pekan Bagan Ajam, Pulau Pinang

Perpustakaan Bergerak Multimedia ڤرڤوستاکاءن برݢرق مولتيميديا[sunting | sunting sumber]

Konsep perpustakaan bergerak telah dipertingkatkan kepada bas Perpustakaan Bergerak Multimedia selaras dengan hasrat kerajaan mewujudkan masyarakat berpengetahuan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) serta membawa arus perkembangan ICT ke masyarakat luar bandar. Sebanyak 5 buah Perpustakaan Bergerak Multimedia telah mula dibina dalam tahun 2000. Perpustakaan ini akan diagihkan kepada Perpustakaan Awam Negeri Kedah, Perpustakaan Awam Negeri Melaka, Perpustakaan Awam Negeri Pahang, Perpustakaan Awam Negeri Selangor dan Pustaka Negeri Sarawak. Sebanyak RM300,000.00 telah disediakan untuk pembinaan koleksi asas berserta bahan multimedia bagi 5 buah Perpustakaan Bergerak tersebut.

Perpustakaan Desa ڤرڤوستاکاءن ديسا[sunting | sunting sumber]

Sebanyak 25 buah perpustakaan desa telah dilaksanakan di seluruh negara dalam tahun 2000 melibatkan peruntukan berjumlah RM1,298,900.00. Perpustakaan tersebut ialah:

  1. Johor
    • Perpustakaan Desa Gemereh
    • Perpustakaan Desa Parit Haji Ali
    • Perpustakaan Desa Simpang 5 Darat
    • Perpustakaan Desa Jorak, Muar
  1. # Kedah
    • Perpustakaan Desa Wang Tepus, Jitra
    • Perpustakaan Desa Gajah Putih, Sik
    • Perpustakaan Desa Paya Kerchut,Pendang
  1. Negeri Sembilan
    • Perpustakaan Desa Air Kuning
    • Perpustakaan Desa Bagan Pinang
  1. Pahang
    • Perpustakaan Desa Pulau Tawar, Jerantut
    • Perpustakaan Desa Kg. Luit, Maran
    • Perpustakaan Desa Jambu Rias, Bentong
    • Perpustakaan Desa Kg. Kerdau, Temerloh
  1. Pulau Pinang
    • Perpustakaan Desa Bukit Gedung
    • Perpustakaan Desa Juru
    • Perpustakaan Desa Jelutong Tengah

__PERPUSTAKAAN SEBERANG JAYA

  1. Selangor
    • Perpustakaan Desa Taman Muhibah, Sabak Bernam
    • Perpustakaan Desa Kg. Sg. Gulang-Gulang, Kuala Selangor
  1. Sarawak
    • Perpustakaan Desa Kg. Triboh, Serian
    • Perpustakaan Desa Kg. Antawau, Kapit
    • Perpustakaan Desa Long Laput, Marudi
    • Perpustakaan Desa Laut, Samarahan
    • Perpustakaan Desa Moyan Laut, Samarahan
    • Perpustakaan Desa Kg. Baru, Kota Samarahan
    • Perpustakaan Desa Kg. Pahlawan, Limbang

Pusat Siber Ilmu ڤوست سيبر علمو[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 2000, 13 buah Pusat Siber Ilmu telah dibina di desa. Pusat Siber Ilmu berkonsepkan perpustakaan desa yang mempunyai kemudahan serta memberi perkhidmatan yang berkaitan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) di kalangan masyarakat desa. Pusat Siber Ilmu yang dibina adalah seperti berikut:

  1. Johor
    • Perpustakaan Siber Bandar Penawar
    • Perpustakaan Siber Felda Pemanis
    • Perpustakaan Siber Felda Medoi
  1. Kedah
    • Perpustakaan Siber Jalan Kuala Kedah
  1. Melaka
    • Perpustakaan Siber Kampung Padang
  1. Perlis
    • Perpustakaan Siber Kampung Sentua, Utan Aji
  1. Negeri Sembilan
    • Perpustakaan Siber Air Kuning
    • Perpustakaan Siber Bagan Pinang
    • Perpustakaan Siber Serting, Jempol
  1. Pahang
    • Perpustakaan Siber Bukit Ibam, Rompin
    • Perpustakaan Siber Muadzam Shah
    • Perpustakaan Siber Lebar Chondong
  1. Pulau Pinang
    • Perpustakaan Siber Permatang Tinggi


Rujukan روجوکن[sunting | sunting sumber]

Pautan luar ڤاءوتن لوار[sunting | sunting sumber]