Laluan 6 (Metro Montreal)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Laluan 6
لالوان 6
Umum
Nama asalLigne 6
JenisAlihan laju
Sistem Metro Montreal
StatusDibatalkan
LokasiMontreal
 Quebec
 Kanada
Stesen11
Nombor laluan6
Operasi
Dirancang dibuka1989
Teknikal
Panjang aliran23.3 km (14.5 bt)
Tolok landasan1,435 milimeter (4 ka 8.5 in) (tolok piawai)
PengelektrikanRel ketiga, 750 V DC pada bar panduan di kedua-dua sisi landasan

Laluan 6 merupakan satu projek laluan kereta api yang dirancang untuk Metro Montreal. Walau bagaimanapun, projek laluan ini telah dibatalkan oleh Kementerian Pengangkutan Quebec (MTQ). Tidak seperti laluan kereta api masa kini yang menggunakan teknologi roda getah, laluan 6 dirancang untuk menggunakan roda keluli.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Kementerian Pengangkutan Quebec (MTQ) merancang untuk membangunkan laluan baru pertama di atas laluan kereta api sedia. Pada 1982, MTQ menjangkakan laluan 6 akan mula beroperasi di sepanjang 23.3 kilometer (14.5 bt) laluan kereta api Syarikat Kereta Api Kebangsaan Kanada (Compagnie des chemins de fer nationaux du Canada) pada tahun 1989. Laluan ini juga dirancang untuk melalui bahagian utara pulau serta merentasi beberapa bandar seperti St. Laurent, Ahuntsic, Saint-Michel, Montreal-Nord, Riviere-des-Prairies dan Pointe-aux-Trembles.[1]

Bersilang dengan laluan Jingga (Laluan 2) di stesen Du Collège dan Sauve (juga stesen pertukaran untuk laluan 3 yang turut dibatalkan), laluan 6 akan mempunyai 11 stesen. Stesen-stesen yang dirancang termasuklah yang berada di atas jejambat dan yang searas tanah.

Menurut MTQ, kekerapan kereta api adalah sebanyak lima minit ketika waktu puncak dan setiap lima belas minit untuk waktu lain, dengan anggaran kelajuan dua kali lebih laju berbanding laluan kereta api bawah tanah. Kereta api tersebut akan mempunyai set empat gerabak untuk waktu puncak dan dua gerabak untuk waktu biasa. Tidak seperti laluan 3 (Merah) dan laluan 7 (Putih), laluan 6 tidak menerima kod warna kerana proses perancangan yang tidak sempat untuk disiapkan.

Stesen[sunting | sunting sumber]

Menurut perancangan, laluan 6 akan mempunyai 11 buah stesen iaitu:[1]

  • Du Collège
  • Côte-Vertu (dirancang untuk menjadi stesen pertukaran ke laluan 3, berbeza dengan stesen Côte-Vertu yang wujud sekarang)
  • Sauvé
  • Papineau
  • Saint-Michel

  • Pie-IX
  • Viau
  • Lacordaire-Langelier
  • Armand-Bombardier
  • Riviere-des-Prairies
  • Pointe-aux-Trembles

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Nota[sunting | sunting sumber]

Bibliografi[sunting | sunting sumber]

  • Kementerian Pengangkutan Quebec dan Majlis Pengangkutan Kawasan Montreal (1982). "Le Métro fait surface: La ligne 6" (dalam bahasa Perancis). 21 (3). Cite journal requires |journal= (bantuan)