Laluan 3 (Metro Montreal)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Laluan 3 / Laluan Merah
لالوان 3 / لالوان ميره
Umum
Nama asalLigne 3
Ligne rouge
JenisAlihan laju
Sistem Metro Montreal
StatusDibatalkan
LokasiMontreal
 Quebec
 Kanada
Stesen9
Nombor laluan3
Operasi
Dirancang dibuka1980-an
Teknikal
Tolok landasan1,435 milimeter (4 ka 8.5 in) (tolok piawai)
PengelektrikanRel ketiga, 750 V DC pada bar panduan di kedua-dua sisi landasan

Laluan 3 atau juga dikenali sebagai Laluan Merah (Perancis: Ligne rouge) ialah laluan kereta api yang dicadangkan untuk Metro Montreal, di mana ia tidak berjaya melepasi peringkat perancangan. Laluan ini dirancang untuk dibangunkan di landasan milik Syarikat Kereta Api Kebangsaan Kanada (CN) dan Terowong Gunung Royal yang berada di bawah Gunung Royal (Mont-Royal).[1] Kini, landasan itu digunakan oleh laluan kereta api komuter Deux-Montagnes, yang membentuk seksyen tengah bagi Rangkaian Elektrik Metropolitan (Réseau électrique métropolitain)

Laluan ini dibatalkan kerana penggunaan roda keluli pada kereta api untuk laluan 3 dan bukannya roda getah seperti di laluan-laluan lain. Ini disebabkan kebanyakan bahagian laluan ini berada di luar. Antara sebab lain pembatalan laluan ini adalah kerana Ekspo 67, yang menjadikan laluan Kuning lebih penting untuk dibangunkan.

Stesen[sunting | sunting sumber]

Pada awalnya, laluan 3 dirancang untuk mempunyai 11 buah stesen. Walau bagaimanapun, pada awal 1980-an, ia telah dikurangkan kepada sembilan buah stesen.[2]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Nota[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Why is there no line 3?". Everything about the STM (dalam bahasa Inggeris). Perbadanan Pengangkutan Montreal. Dicapai pada 8 September 2012.
  2. ^ Kementerian Pengangkutan Quebec & Majlis Pengangkutan Kawasan Montreal 3 November 1982

Bibliografi[sunting | sunting sumber]

  • Kementerian Pengangkutan Quebec; Majlis Pengangkutan Kawasan Montreal (3 November 1982), Le Métro fait surface: La ligne 6 (dalam bahasa Perancis), 21