Laurales

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Laurales
frames
Pengelasan saintifik
[[{{{Ksubspesies}}}]]

Pengarang berwibawa: Perleb

Susunan
Magnoliopsida
Apiales
Asterales
Brassicales
Cucurbitales
Ericales
Fabales
Gentianales
Lamiales
Laurales
Magnoliales
Malpighiales
Malvales
Myrtales
Rosales
Sapindales
Solanales
Urticales

Laurales ialah nama botani untuk sebuah susunan tumbuhan berbunga yang sentiasa merangkumi famili Lauraceae. Pada masa dahulu, susunan ini tidak diakui oleh sistem taksonomi tumbuhan dan kadang kala dimasukkan ke dalam susunan Magnoliales.

Pengolahan sistem taksonomi tumbuhan[sunting | sunting sumber]

Sistem APG II[sunting | sunting sumber]

Sistem APG II 2003 tidak menukarkan sistem APG 1998 dan memasukkan susunan Laurales dalam klad magnoliid, dan oleh itu, dikecualikan daripada eudikot. Sistem ini menggunakan pembatasan seperti berikut:

Susunan ini merangkumi 2,500-2,800 spesies daripada 85-90 genus dan terdiri daripada tujuh famili pokok dan pokok renek. Kebanyakan spesies ini adalah tropika atau subtropika, walaupun beberapa genus juga boleh didapati di kawasan iklim sederhana.

Fosil Laurale yang terawal adalah daripada Zaman Batu Kapur. Adalah mungkin bahawa keasalan yang kuno ini merupakan salah satu daripada sebab mengapa susunan ini mempunyai morfologi yang amat berbeza-beza. Sebenarnya, tidak terdapatnya satu ciri morfologi yang diketahui yang dapat menyatukan kesemua tumbuhan Laurales pada masa ini.

Sistem Cronquist[sunting | sunting sumber]

Sistem Cronquist 1981 memasukkan susunan Laurales dalam subkelas Magnoliidae di bawah kelas Magnoliopsida [=dikotiledon] dan menggunakan pembatasan yang berikut:

Perubahan yang dibuat oleh APG tidak sebegitu besar berbanding kelihatannya: tumbuhan-tumbuhan dalam famili Atherospermataceae dan Siparunaceae telah pun berada dalam famili Cronquist. Famili Idiospermaceae dalam sistem Cronquist tetap merupakan sebahagian famili Calycanthaceae.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  • K.J. Perleb (1826). Lehrbuch der Naturgeschichte des Pflanzenreichs m.s. 174. Magner, Freiburg im Breisgau, Deutschland.
  • Renner, Susanne S. (Mei 2001) Laurales. Dalam: Nature Encyclopedia of Life Sciences (Ensiklopedia Alam Semula Jadi Sains Hayat). London: Nature Publishing Group. doi:10.1038/npg.els.0003695 Abstract, Teks penuh (pdf).
  • Renner S.S. (1999). Circumscription and phylogeny of the Laurales: evidence from molecular and morphological data (Pembatasan dan filogeni Laurales: bukti-bukti daripada data molekul dan morfologi). American Journal of Botany 86 (9): 1301-1315. Abstrak, Teks penuh (pdf).
  • Endress P.K., Igersheim A. (1997). Gynoecium diversity and systematics of the Laurales (Kepelbagaian ginesium dan sistematik Laurales). Botanical Journal of the Linnean Society 125 (2): 93-168. doi:10.1006/bojl.1997.0113 Abstrak.