Lawan pedang di Sukan Olimpik Musim Panas 2020

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lawan pedang
di Sukan Olimpik XXXII
TempatMakuhari Messe
Tarikh24 Julai - 1 Ogos 2021
Bil. acara12
Pesaing261 dari 42 negara
← 2016
2024 →

Lawan pedang di Sukan Olimpik Musim Panas 2020 telah diadakan pada 24 Julai hingga 1 Ogos 2021 di Makuhari Messe, Chiba. Sebanyak 12 acara dipertandingkan, iaitu buat pertama kali acara individu dan berpasukan telah diadakan dalam kesemua tiga jenis senjata untuk lelaki dan wanita.

Perlawanan ini pada mulanya dijadualkan berlangsung pada tahun 2020, namun ditangguhkan ke tahun 2021 akibat Pandemik COVID-19.[1]

Kelayakan[sunting | sunting sumber]

Sebanyak 200 kuota disediakan bagi perlawanan ini. Kelayakan adalah berdasarkan kedudukan rasmi atlet dalam Fédération Internationale d'Escrime (FIE) sehingga 4 April 2020, dengan lebih banyak kuota untuk acara individu disediakan dalam empat perlawanan kelayakan mengikut benua.

Bagi acara berpasukan, lapan pasukan layak dalam setiap acara. Setiap pasukan mesti dianggotai sekurang-kurangnya tiga orang atlet. Pasukan yang layak terdiri daripada empat pasukan yang terbaik dalam kedudukan. Pasukan terbaik seterusnya dari setiap benua juga akan layak sekiranya masih berada di kedudukan 16 terbaik. Jika sebuah benua tidak mempunyai pasukan yang berada dalam kedudukan 5-16 yang terbaik, pasukan terbaik yang belum layak akan dipilih tanpa mengira benua.

Bagi acara individu, tiga atlet dari acara berpasukan layak ke acara individu secara automatik. Enam lagi kuota akan diberikan berdasarkan kedudukan (hanya atlet yang terbaik dari setiap negara sahaja yang akan dipertimbangkan, atlet dari negara yang layak secara kelayakan berpasukan tidak dipertimbangkan); dua atlet terbaik dari Eropah dan Asia/Oceania, dan seorang pemain terbaik dari Amerika dan Afrika layak. Empat lagi kuota diberikan mengikut perlawanan kelayakan benua (satu per benua); hanya negara yang tidak mempunyai atlet yang layak dalam sebuah acara sahaja yang boleh menyertai perlawanan kelayakan benua.

Negara tuan rumah, Jepun mendapat minimum lapan kuota.

Penyertaan[sunting | sunting sumber]

Jadual[sunting | sunting sumber]

P Permulaan QF Suku akhir SF Separuh Akhir A Akhir PA Pagi PE Petang
Jadual acara lawan pedang[2]
Acara 24 Julai 25 Julai 26 Julai 27 Julai 28 Julai 29 Julai 30 Julai 31 Julai 1 Ogos
PA PE PA PE PA PA PE PA PE PA PE PA PE PA PE PA
Lelaki
Epée individu P QF SF A
Epée berpasukan P QF SF A
Floret individu P QF SF A
Floret berpasukan P QF SF A
Sabel individu P QF SF A
Sabel berpasukan P QF SF A
Wanita
Epee individu P QF SF A
Epée berpasukan P QF SF A
Floret individu P QF SF A
Floret berpasukan P QF SF A
Sabel individu P QF SF A
Sabel berpasukan P QF SF A

Pungutan pingat[sunting | sunting sumber]

Jadual pingat[sunting | sunting sumber]

  *   Tuan rumah (Jepun)

KedudukanNOCEmasPerakGangsaJumlah
1 ROC3418
2 Perancis2215
3 Korea Selatan1135
4 Hungary1113
5 Amerika Syarikat1012
 Estonia1012
7 China1001
 Hong Kong1001
 Jepun*1001
10 Itali0325
11 Romania0101
12 Republik Czech0011
 Ukraine0011
Jumlah (13 NOC)12121236

Pemenang pingat[sunting | sunting sumber]

Lelaki[sunting | sunting sumber]

Acara Emas Perak Gangsa
Epée individu Romain Cannone
 Perancis
Gergely Siklósi
 Hungary
Ihor Reizlin
 Ukraine
Epée berpasukan  Jepun
Koki Kano
Kazuyasu Minobe
Masaru Yamada
Satoru Uyama
 ROC
Sergey Bida
Sergey Khodos
Pavel Sukhov
Nikita Glazkov
 Korea Selatan
Park Sang-young
Ma Se-geon
Song Jae-ho
Kweon Young-jun
Floret individu Cheung Ka-long
 Hong Kong
Daniele Garozzo
 Itali
Alexander Choupenitch
 Republik Czech
Floret berpasukan  Perancis
Enzo Lefort
Erwann Le Péchoux
Julien Mertine
Maxime Pauty
 ROC
Anton Borodachev
Kirill Borodachev
Vladislav Mylnikov
Timur Safin
 Amerika Syarikat
Race Imboden
Nick Itkin
Alexander Massialas
Gerek Meinhardt
Sabel individu Áron Szilágyi
 Hungary
Luigi Samele
 Itali
Kim Jung-hwan
 Korea Selatan
Sabel berpasukan  Korea Selatan
Oh Sang-uk
Kim Jun-ho
Kim Jung-hwan
Gu Bon-gil
 Itali
Luca Curatoli
Luigi Samele
Enrico Berrè
Aldo Montano
 Hungary
Áron Szilágyi
András Szatmári
Tamás Decsi
Csanád Gémesi

Wanita[sunting | sunting sumber]

Acara Emas Perak Gangsa
Epée individu Sun Yiwen
 China
Ana Maria Popescu
 Romania
Katrina Lehis
 Estonia
Epée berpasukan  Estonia
Julia Beljajeva
Irina Embrich
Erika Kirpu
Katrina Lehis
 Korea Selatan
Choi In-jeong
Kang Young-mi
Lee Hye-in
Song Se-ra
 Itali
Rossella Fiamingo
Federica Isola
Mara Navarria
Alberta Santuccio
Floret individu Lee Kiefer
 Amerika Syarikat
Inna Deriglazova
 ROC
Larisa Korobeynikova
 ROC
Floret berpasukan  ROC
Inna Deriglazova
Larisa Korobeynikova
Marta Martyanova
Adelina Zagidullina
 Perancis
Anita Blaze
Astrid Guyart
Pauline Ranvier
Ysaora Thibus
 Itali
Martina Batini
Erica Cipressa
Arianna Errigo
Alice Volpi
Sabel individu Sofia Pozdniakova
 ROC
Sofya Velikaya
 ROC
Manon Brunet
 Perancis
Sabel berpasukan  ROC
Olga Nikitina
Sofia Pozdniakova
Sofya Velikaya
 Perancis
Sara Balzer
Cécilia Berder
Manon Brunet
Charlotte Lembach
 Korea Selatan
Kim Ji-yeon
Yoon Ji-su
Seo Ji-yeon
Choi Soo-yeon

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Joint Statement from the International Olympic Committee and the Tokyo 2020 Organising Committee". Olympics (dalam bahasa Inggeris). 24 Mac 2020.
  2. ^ "Schedule – Fencing Tokyo 2020 Olympics". Olympian Database (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 3 Mac 2020.