Sukan memanjat di Sukan Olimpik Musim Panas 2020

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sukan memanjat
di Sukan Olimpik XXXII
TempatTaman Sukan Perbandaran Aomi, Tokyo
Tarikh3–6 Ogos 2021
Bil. acara2
Pesaing40 dari 19 negara
2024 →

Sukan memanjat di Sukan Olimpik Musim Panas 2020 telah diadakan pada 3 hingga 6 Ogos 2021 di Taman Sukan Perbandaran Aomi, Tokyo. Perlawanan ini merupakan kemunculan pertama sukan memanjat dalam Sukan Olimpik Musim Panas. Sebanyak dua acara telah dipertandingkan iaitu acara gabungan lelaki dan wanita.

Perlawanan ini pada mulanya dijadualkan berlangsung pada tahun 2020, namun ditangguhkan ke tahun 2021 akibat Pandemik COVID-19.[1]

Pengenalan[sunting | sunting sumber]

Sukan memanjat mula dipertandingkan di Sukan Olimpik pada Sukan Olimpik Musim Panas 2020. Sebanyak 40 pesaing dari 19 negara menyertai acara ini sekaligus menjadi kumpulan terawal yang bertanding dalam sukan ini. Sebanyak dua acara dipertandingkan iaitu acara gabungan lelaki dan wanita.

Alberto Ginés López dari Sepanyol menjadi atlet pertama yang memenangi pingat emas dalam sukan ini. Jepun meraih dua pingat iaitu satu perak dan satu gangsa menjadikannya sebagai negara paling banyak meraih pingat. Negara lain yang berjaya meraih pingat ialah Sepanyol dan Slovenia dengan satu emas, Amerika Syarikat dengan satu perak serta Austria dengan satu gangsa.[2]

Penyertaan negara[sunting | sunting sumber]

Jadual[sunting | sunting sumber]

K Kelayakan A Akhir
Jadual[3]
Tarikh
Acara
Ogo 3 Ogo 4 Ogo 5 Ogo 6
Gabungan lelaki K A
Gabungan wanita K A

Pungutan pingat[sunting | sunting sumber]

Jadual pingat[sunting | sunting sumber]

  *   Tuan rumah (Jepun)

KedudukanNOCEmasPerakGangsaJumlah
1 Sepanyol1001
 Slovenia1001
3 Jepun*0112
4 Amerika Syarikat0101
5 Austria0011
Jumlah (5 NOC)2226

Pemenang pingat[sunting | sunting sumber]

Acara Emas Perak Gangsa
Gabungan lelaki Alberto Ginés López
 Sepanyol
Nathaniel Coleman
 Amerika Syarikat
Jakob Schubert
 Austria
Gabungan wanita Janja Garnbret
 Slovenia
Miho Nonaka
 Jepun
Akiyo Noguchi
 Jepun

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Joint Statement from the International Olympic Committee and the Tokyo 2020 Organising Committee". Olympics (dalam bahasa Inggeris). 24 Mac 2020.
  2. ^ "Sport Climbing at the Olympics - facts and information". Olympian Database (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2 Mac 2022.
  3. ^ "Schedule – Sport Climbing Tokyo 2020 Olympics". Olympian Database (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 8 Mac 2020.