Luncur air di Sukan Olimpik Musim Panas 2020

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Luncur air
di Sukan Olimpik XXXII
TempatPantai Tsurigasaki, Chiba
Tarikh25–27 Julai 2021
Bil. acara2
Pesaing40 dari 18 negara
2024 →

Luncur air di Sukan Olimpik Musim Panas 2020 telah diadakan pada 25 hingga 27 Julai 2021 di Pantai Tsurigasaki, Chiba. Perlawanan ini merupakan kemunculan sukan luncur air yang pertama dalam Sukan Olimpik Musim Panas. Hanya dua acara dipertandingkan iaitu papan pendek lelaki dan wanita melibatkan 40 peserta dari 18 negara.

Perlawanan ini pada mulanya dijadualkan berlangsung pada tahun 2020, namun telah ditangguhkan ke tahun 2021 akibat Pandemik COVID-19.[1]

Pengenalan[sunting | sunting sumber]

Sukan luncur air muncul buat pertama kali di Sukan Olimpik pada edisi 2020. Seramai 40 atlet menyertai acara ini menjadi kumpulan atlet pertama yang bertanding dalam sukan ini. Sebanyak dua acara dipertandingkan.

Brazil dan Amerika Syarikat menjadi negara pertama yang meraih pingat emas dalam sukan ini. Jepun pula menjadi negara paling banyak merangkul pingat dalam sukan ini iaitu dua pingat (satu perak dan satu gangsa). Afrika Selatan dan Australia juga merupakan negara terawal yang meraih pingat dalam sukan ini iaitu satu pingat perak untuk Afrika Selatan dan satu pingat gangsa bagi Australia.[2]

Penyertaan[sunting | sunting sumber]

Jadual[sunting | sunting sumber]

Kata kunci
H Heats SU Suku akhir SE Separuh akhir A Akhir
Jadual
Tarikh
Acara
25 Jul 26 Jul 27 Jul
Papan pendek lelaki R1 R2 R3 SU SE A
Papan pendek wanita R1 R2 R3 SU SE A

Peringkat akhir diawalkan dari 28 Julai kepada 27 Julai, untuk mengambil kesempatan dari ombak besar yang terjadi akibat Ribut Tropika Napartak.[3]

Pungutan pingat[sunting | sunting sumber]

Jadual pingat[sunting | sunting sumber]

  *   Tuan rumah (Jepun)

KedudukanNOCEmasPerakGangsaJumlah
1 Amerika Syarikat1001
 Brazil1001
3 Jepun*0112
4 Afrika Selatan0101
5 Australia0011
Jumlah (5 NOC)2226

Pemenang pingat[sunting | sunting sumber]

Acara Emas Perak Gangsa
Papan pendek lelaki Ítalo Ferreira
 Brazil
Kanoa Igarashi
 Jepun
Owen Wright
 Australia
Papan pendek wanita Carissa Moore
 Amerika Syarikat
Bianca Buitendag
 Afrika Selatan
Amuro Tsuzuki
 Jepun

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Joint Statement from the International Olympic Committee and the Tokyo 2020 Organising Committee". Olympics (dalam bahasa Inggeris). 24 Mac 2020.
  2. ^ "Surfing at the Olympics - facts and information". Olympian Database (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 24 Februari 2022.
  3. ^ "Olympic surfing finals brought forward as storm approaches". Times of India (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 27 Julai 2021.