Pingpong di Sukan Olimpik Musim Panas 2020

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke pandu arah Pergi ke carian
Pingpong
di Sukan Olimpik XXXII
Table tennis pictogram.svg
TempatGimnasium Metropolitan Tokyo
Tarikh24 Julai – 6 Ogos 2021
Bil. acara5
Pesaing173 dari 57 negara
← 2016
2024 →

Pingpong di Sukan Olimpik Musim Panas 2020 telah diadakan pada 24 Julai hingga 6 Ogos 2021 di Gimnasium Metropolitan Tokyo. Sebanyak lima acara dipertandingkan dalam sukan ini melibatkan 173 orang pemain dari 57 negara.

Perlawanan ini pada mulanya dijadualkan berlangsung pada tahun 2020, namun ditangguhkan ke tahun 2021 akibat Pandemik COVID-19.[1]

Pengenalan[sunting | sunting sumber]

Pingpong atau tenis meja merupakan sejenis sukan dan permainan dalam yang amat terkenal di Asia Timur. Sukan pingpong mula diperkenalkan dalam Sukan Olimpik pada tahun 1988 di Seoul, Korea Selatan. Sukan ini telah dipertandingkan sebanyak sembilan kali dalam Sukan Olimpik. Sebanyak tujuh acara pernah dipertandingkan iaitu perseorangan lelaki dan wanita, berpasukan lelaki dan wanita, beregu lelaki dan wanita (terakhir dipertandingkan pada tahun 2004) serta beregu campuran (mula dipertandingkan pada tahun 2020).

China menjadi negara yang paling berjaya dalam sukan ini dengan meraih 60 pingat iaitu 32 emas, 20 perak dan lapan gangsa diikuti Korea Selatan dengan 18 pingat iaitu tiga emas, tiga perak dan 12 gangsa. Hanya China, Korea Selatan, Jepun dan Sweden yang mempunyai sekurang-kurangnya satu pingat emas dalam sukan ini.[2]

Penyertaan[sunting | sunting sumber]

Seramai 173 orang atlet mewakili 57 negara dalam sukan ini.[3] Seorang atlet dari Republik Czech menarik diri setelah disahkan positif COVID-19.[4] Dua negara iaitu China dan Hungary menggantikan atlet yang cedera dengan atlet simpanan dalam acara berpasukan.[5][6]

Jadual[sunting | sunting sumber]

PA Pusingan awal SU Suku akhir SE Separuh akhir A Akhir (emas & gangsa)
Jadual acara pingpong[7]
Tarikh
Acara
24 Jul 25 Jul 26 Jul 27 Jul 28 Jul 29 Jul 30 Jul 31 Jul 1 Ogo 2 Ogo 3 Ogo 4 Ogo 5 Ogo 6 Ogo
Perseorangan lelaki PA SU SE A
Berkumpulan lelaki PA PA SU SU SE A
Perseorangan wanita PA SU SE A
Berkumpulan wanita PA PA SU SU SE SE A
Beregu campuran PA SU SE A

Pungutan pingat[sunting | sunting sumber]

Jadual pingat[sunting | sunting sumber]

  *   Tuan rumah (Jepun)

KedudukanNOCEmasPerakGangsaJumlah
1 China4307
2 Jepun*1124
3 Jerman0112
4 Hong Kong0011
 Taipei Cina0011
Jumlah (5 NOC)55515

Pemenang pingat[sunting | sunting sumber]

Acara Emas Perak Gangsa
Perseorangan lelaki Ma Long
 China
Fan Zhendong
 China
Dimitrij Ovtcharov
 Jerman
Berpasukan lelaki  China
Fan Zhendong
Ma Long
Xu Xin
 Jerman
Dimitrij Ovtcharov
Patrick Franziska
Timo Boll
 Jepun
Jun Mizutani
Koki Niwa
Tomokazu Harimoto
Perseorangan wanita Chen Meng
 China
Sun Yingsha
 China
Mima Ito
 Jepun
Berpasukan wanita  China
Chen Meng
Sun Yingsha
Wang Manyu
 Jepun
Mima Ito
Kasumi Ishikawa
Miu Hirano
 Hong Kong
Doo Hoi Kem
Lee Ho Ching
Minnie Soo
Beregu campuran  Jepun
Jun Mizutani
Mima Ito
 China
Xu Xin
Liu Shiwen
 Taipei Cina
Lin Yun-ju
Cheng I-ching

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Joint Statement from the International Olympic Committee and the Tokyo 2020 Organising Committee". Olympics (dalam bahasa Inggeris). 24 Mac 2020.
  2. ^ "Table Tennis at the Olympics - facts and information". Olympian Database (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 26 Februari 2022.
  3. ^ "Athlete count for Table Tennis" (dalam bahasa Inggeris). Olympedia. Dicapai pada 26 Feb 2022.
  4. ^ "Czech paddler Sirucek to miss Tokyo Olympics after positive test for COVID-19" (dalam bahasa Inggeris). Xinhua. 21 Julai 2021. Dicapai pada 26 Feb 2022.
  5. ^ "Tokyo 2020 Olympic Games update: Injured Pota withdraws from Women's Team event" (dalam bahasa Inggeris). ITTF. 29 Jul 2021. Dicapai pada 26 Feb 2022.
  6. ^ "China changes Olympic table tennis team roster as injured Liu withdraws" (dalam bahasa Inggeris). Xinhua. 1 Ogos 2021. Dicapai pada 26 Feb 2022.
  7. ^ "Schedule - Table Tennis Tokyo 2020 Olympics". Olympian Database (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 22 Februari 2022.