Leftenan Komander (Amerika Syarikat)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Leftenan Komander
Lieutenant Commander

Tanda pangkat, papan bahu, dan jalur lengan Leftenan Komander
Negara
Amerika Syarikat
Cabang perkhidmatan Tentera Laut A.S.
Pengawal Pantai A.S.
Kor Tauliah USPHS
Kor Pegawai NOAA
Perkhidmatan Maritim
Singkatan LCDR
Kumpulan pangkat Pegawai muda
Kod
NATO
OF-3
Pangkat tinggi seterusnya Komander
Pangkat rendah seterusnya Leftenan
Persamaan pangkat Mejar (Tentera Darat AS, Kor Marin AS, Tentera Udara AS, dan Tentera Angkasa AS)
Leftenan komander menyediakan rawatan perubatan di atas kapal hospital USNS Comfort (T-AH 20)

Leftenan Komander (Lieutenant Commander) ialah pangkat pegawai muda paling kanan dalam Tentera Laut Amerika Syarikat, Pengawal Pantai Amerika Syarikat, Kor Tauliah Perkhidmatan Kesihatan Awam Amerika Syarikat, dan Kor Pegawai Tauliah Pentadbiran Lautan dan Atmosfera Kebangsaan (Kor NOAA), dengan gred gaji O-4 dan kod pangkat NATO OF-3. Pangkat leftenan komander berada di atas leftenan dan di bawah komander. Pangkat ini juga digunakan dalam Perkhidmatan Maritim Amerika Syarikat . Pangkat ini setaraf dengan mejar dalam Tentera Darat Amerika Syarikat, Tentera Udara Amerika Syarikat, Kor Marin Amerika Syarikat, dan Tentera Angkasa Amerika Syarikat.

Apabila menyebut leftenan komander, pangkat penuh mereka hendaklah selalu digunakan; namun, dalam perbualan umum mereka biasanya dipanggil "komander" walaupun mereka bukan komander "penuh" (iaitu pangkat yang lebih tinggi). Panggilan hanya "leftenan" tidak boleh digunakan kerana ia merupakan pangkat yang lebih rendah.

Kenaikkan pangkat ke lieutenant commander dalam Tentera Laut U.S. dikawal oleh polisi Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat yang diperolehi daripada Defense Officer Personnel Management Act tahun 1980. Garis panduan DOPMA mencadangkan sebanyak 80% lieutenant hendaklah dinaikkan pangkat ke lieutenant commander selepas berkhidmat minimum tiga tahun sebagai lieutenant dan selepas mencapai 9 hingga 11 tahun perkhidmatan bertauliah terkumpul.[perlu rujukan]

Walaupun lieutenant commander ialah pangkat pegawai bertauliah pertama Tentera Laut U.S. yang akan dipilih oleh lembaga, lieutenant commander masih dianggap sebagai pegawai muda kerana asal-usul mereka sebagai "lieutenant, commanding".[1] Ini kerana lieutenant commander tidak memakai topi bercorak (secara bahasa basahan dipanggil "scrambled egg") pada visor peak cap mereka.[perlu rujukan]

Pengawal Pantai U.S. memakai sistem pangkatnya sendiri sehingga Perang Dunia I. Pada tahun 1916, rasa tidak puas hati meningkat antara para kepten Pengawal Pantai:[2] Mengikut undang-undang, mereka berada di bawah lieutenant commander Tentera Laut U.S. walaupun mempunyai peranan dan tugas yang sama. Menurut Akta Peruntukan 1918, Pengawal Pantai mengguna pakai struktur pangkat Tentera Laut U.S. untuk mengelakkan perselisihan faham tentang senioriti.[3]

Terdapat dua insignia yang digunakan oleh lieutenant commander. Pada pakaian khidmat khaki dan semua seragam kerja, lieutenant commander memakai lencana kolar berbentuk daun oak emas, serupa dengan yang dipakai oleh mejar dalam Tentera Udara Amerika Syarikat dan Tentera Darat Amerika Syarikat, dan serupa dengan yang dipakai oleh mejar dalam Kor Marin Amerika Syarikat. Pada pakaian seragam, mereka memakai jalur lengan atau papan bahu yang mengandungi satu jalur lurus besar, satu jalur lurus kecil dan satu jalur lurus besar berwarna kuning keemasan dengan satu bintang di jalur yang paling atas serta latar belakang berwarna hitam. Dalam kes pegawai Tentera Laut AS, di bahagian atas atau di bahagian dalam jalur, mereka memakai insignia kepakaran, berbentuk satu bintang bagi pegawai tauliah, daun oak bersilang bagi Kor Jurutera Awam.[4]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Lieutenant Commander" (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2021-03-15.
  2. ^ J. G. Ballinger to Commodore Bertholf. Letter Received 19 April 1916. USCG Records
  3. ^ Navy Circular 28762-115
  4. ^ "United States Department of Defense". www.defenselink.mil. Dicapai pada 28 March 2018.