Scrambled egg (uniform)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Laksamana Belanda Helfrich bersama Marsyal Udara British Brooke-Popham kedua-duanya memakai peak cap yang bercorak-corak di visor

Scrambled eggs dalam Bahasa Inggeris Amerika atau scrambled egg dalam Bahasa Inggeris British (maksud dalam bahasa melayu telur masak hancur ) ialah istilah slanga yang lazimnya untuk hiasan corak berbentuk daun yang terdapat pada visor (pelindung mata dari cahaya matahari) peak cap yang dipakai oleh pegawai tentera dan (oleh metonimi) untuk para pegawai kanan. Frasa ini berasal daripada persamaan rupa telur masak hancur dengan reka bentuk hiasan corak daun berwarna kuning keemasan.

Hari ini tanda kebesaran "scrambled eggs", dalam satu bentuk atau yang lain, telah diguna pakai oleh sebahagian besar tentera laut dunia. Kecuali Tentera Laut Perancis dan Angkatan Tentera Itali, yang menggunakan sulaman atau pelbagai jenis chin stay (pengikat dagu) pada pita topi pegawai untuk menandakan senioriti. Walaupun penggunaan istilah ini pada dasarnya adalah tentera, sesetengah orang awam (seperti syarikat penerbangan, nakhoda kapal dagang, dan pegawai kanan penguatkuasa undang-undang beruniform) mempunyai hiasan corak yang serupa pada pelindung atau visor topi mereka.

British dan negara-negara Komanwel[sunting | sunting sumber]

Peak cap pegawai muda
Peak cap pegawai kanan
Peak cap gred Laksamana
Jeneral Sir Richard Dannatt memakai peak cap seragam khidmat berserta hiasan corak daun oak emas pada pelindung.

Di dalam Angkatan Tentera British, dan angkatan tentera negara Komanwel yang lain, scrambled egg ialah nama samaran bagi pita brid emas (dipanggil "tangkai bunga oak") pada pelindung peak cap pegawai kanan, dan nama samaran lain bagi seorang pegawai. Secara umumnya, pegawai berbendera, pegawai jeneral, dan pegawai udara mempunyai dua baris tangkai daun oak emas, manakala komodor, kepten, dan komander (Royal Navy), brigedier dan kolonel (Tentera Darat), dan Grup Kapten (RAF) mempunyai satu baris.

Di antara pangkat satu bintang terdapat perbezaan. Khususnya, kerana komodor Tentera Laut tidak diklasifikasikan sebagai pegawai berbendera dan brigedier Tentera Darat bukan pegawai jeneral, mereka hanya mempunyai satu baris daun oak emas. Bagaimanapun, pangkat setara komodor udara RAF (tetapi lebih rendah dalam susunan keutamaan) diklasifikasikan sebagai pegawai udara dan oleh itu mempunyai dua baris daun oak emas. Perbezaan juga wujud pada peringkat pangkat OF-4 dengan komander Tentera Laut mempunyai satu baris daun oak emas manakala rakan sejawat Tentera Darat dan RAF (leftenan kolonel dan Wing Komander) tidak mempunyai sebarang hiasan pada pelindungnya.

Amerika Syarikat[sunting | sunting sumber]

Jeneral Tentera Udara Amerika Syarikat Nathan Farragut Twining memakai topi seragam khidmat berserta hiasan bercorak awan dan panahan petir berwarna perak untuk pegawai jeneral 4 bintang USAF

Di dalam Angkatan Tentera Amerika Syarikat, "scrambled eggs" ialah nama samaran bagi hiasan corak daun oak emas dan buah oak (dikenali sebagai corak timbul) pada pelindung (visor) topi seragam khidmat (dipanggil kep khidmat dalam Tentera Darat, topi gabungan dalam Tentera Laut dan Pengawal Pantai, topi berek dalam Kor Marin) dipakai oleh pegawai medan dan pegawai jeneral dalam pangkat dan gred mejar (O-4) atau lebih tinggi dalam Tentera Darat dan Kor Marin, dan pegawai kanan dan pegawai berbendera dalam pangkat dan gred komander (O-5) atau lebih tinggi dalam Tentera Laut dan Pengawal Pantai. Hiasan corak itu juga terdapat pada kep khidmat pegawai waran (Tentera Darat) yang berkhidmat dalam pangkat ketua pegawai waran 3 dengan gred (W-3) hingga ketua pegawai waran 5 dengan gred (W-5). Pegawai Bertauliah Kor NOAA memakai uniform serupa dan memakai hiasan corak yang sama seperti Tentera Laut manakala Pegawai Bertauliah Perkhidmatan Kesihatan Awam memakai uniform serupa dan memakai hiasan corak yang sama seperti Tentera Laut atau Pengawal Pantai bergantung pada tugas yang mereka laksanakan.

Mejar (O-4) dan pangkat lebih tinggi dalam Tentera Udara memakai corak awan dan panahan petir berwarna perak[1] sebagai ganti kepada daun oak, kadangkala dirujuk sebagai "dart berasap".[2][3] Mejar (O-4), Leftenan Kolonel (O-5), dan Kolonel (O-6) memakai corak awan dan panahan petir berwarna perak di mana terdapat dua awan pada setiap bahagian visor manakala semua Jeneral (O-7 to O-10) memakai corak awan dan panahan petir berwarna perak di mana terdapat tiga awan pada setiap bahagian. Di samping itu, Jeneral yang bertugas sebagai Ketua Turus Tentera Udara (CSAF) atau sebagai Pengerusi Ketua Turus Bersama atau Naib Pengerusi Ketua Turus Bersama (CJCS, VJCS) memakai sebaris awan dan panahan petir berwarna perak di sekeliling pita tepi kep khidmat mereka (rujuk pada gambar General Nathan Farragut Twining).

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Archived copy" (PDF). Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2018-11-02. Dicapai pada 2014-05-14.CS1 maint: archived copy as title (link)
  2. ^ "Scrambled Eggs on My Hat". USA Today. Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-02-28. Dicapai pada 2017-10-29.
  3. ^ *Whittingham, Richard. (December 1985). Saturday Afternoon: College Football and the Men Who Made the Day: Workman Pub Co. ISBN 0-89480-933-4 Phrase used to describe the passenger makeup on the train from Washington to Philadelphia for the Army-Navy game:"There were more scrambled eggs on the train than were served to the invading forces on D-Day"