Lembaga Perumahan dan Pembangunan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lembaga Perumahan dan Pembangunan
لمباݢ ڤرومهن دان ڤمباڠونن
Intisari agensi
Dibentuk1 Februari 1960; 64 tahun yang lalu (1960-02-01)
Agensi terdahulu
Bidang kuasa
Pemerintah Singapura
Ibu pejabatHDB Hub, 480 Lorong 6 Toa Payoh, Singapore 310480
Eksekutif Agensi
  • Bobby Chin Yoke Choong, Pengerusi
  • Cheong Koon Hean, Ketua Pegawai Eksekutif
Agensi induk
Kementerian Pembangunan Negara
Laman sesawang
www.hdb.gov.sg

Lembaga Perumahan dan Pembangunan (Bahasa Inggeris: Housing and Development Board; Bahasa Cina: 建屋发展局; Bahasa Tamil: வீடமைப்பு வளர்ச்சிக் கழகம்; singkatan: HDB) adalah sebuah lembaga berkanun di bawah Kementerian Pembangunan Negara Singapura yang bertanggungjawab dalam perumahan awam di negara itu. Lembaga ini ditubuhkan pada tahun 1960 bagi menggantikan Amanah Peningkatan Singapura.

HDB diberi kredit dengan membersihkan kawasan setinggan dan kawasan miskin, dan menempatkan semula penduduk ke kawasan perumahan kos rendah pada 1960-an.[1] Setakat 2015, 82% penduduk menetap di estet-estet estet perumahan awam yang dibangunkan oleh HDB.[2]

Program[sunting | sunting sumber]

Program flat baru[sunting | sunting sumber]

Program flat baru Lembaga Perumahan dan Pembangunan
Program Singkatan Mula Tamat Catatan
Pendaftaran untuk Flat RFS 1980-an Februari 2002 Mana-mana unit lebihan daripada skim-skim Bina Ikut Tempahan (BTO), Amalan Undian (BE) baki atau beli balik HDB melalui kaedah undian.
Pemilihan Masuk WIS Mac 2002 Februari 2007
Jualan Bulanan/Suku/Tahunan/Baki E-Jualan April 2007 -
Amalan Undian BE Ogos 1995 - Hanya tersedia untuk unit-unit lebihan besar yang asal bagi Skim Pembangunan Semula Yang Terpilih Secara Berkelompok (SERS).
Bina Ikut Tempahan BTO April 2001 - Membeli flat baru dengan masa menunggu 4 tahun.
Skim Reka, Bina dan Jual DBSS Oktober 2006 - Membeli flat rekaan seperti kondominium yang dibangunkan oleh pembangun privet.

Program peningkatan[sunting | sunting sumber]

Program Peningkatan Lembaga Perumahan dan Pembangunan
Program Singkatan Mula Tamat Catatan
Program Peningkatan Utama MUP Julai 1990 April 2011 Program peningkatan dalam rumah untuk flat-flat yang dibina sehingga 1986, dan HIP yang tidak menjalani MUP, dengan peningkatan pilihan tambahan. HIP sejak itu telah diperluas untuk flat-flat yang dibina sehingga 1997. Tambahan pula, flat-flat akan mempunyai peningkatan kedua dibawah HIP II.[3]
Program Peningkatan Rumah HIP Ogos 2007 -
Program Peningkatan Rumah II HIP II Ogos 2018 -
Program Peningkatan Sementara IUP Ogos 1993 Ogos 2002 Kawasan-kawasan umum bagi sesebuah kawasan ditingkatkan, program-program peningkatan landskap dihentikan bagi memberi laluan kepada IUP Plus.
Skim Pembangunan Semula yang Terpilih Secara Berkelompok SERS Ogos 1995 - Dilancarkan pada Ogos 1995 bagi memperbaharui estet-estet perumahan lama di Singapura. Menawarkan pemilik-pemilik flat suatu peluang unik untuk berpindah ke rumah baru yang berhampiran dengan estet sedia ada.[4]
Skim Pembangunan Semula Awal Secara Sukarela VERS Ogos 2018 - Diumumkan semasa Rapat Hari Kebangsaan 2018, VERS membenarkan para pemilik flat untuk mengundi dalam pembangunan semula awal bagi blok-blok perumahan.[5]
Program Peningkatan Lif LUP September 2001 Februari 2018 Capaian lantai terus lif untuk flat-flat.
Program Peningkatan Sementara Plus IUP Plus Mei 2002 Disember 2014
Program Pembaharuan Kejiranan NRP Ogos 2007 - Ini termasuklah Program Peningkatan Utama/Program Peningkatan Rumah (dalam rumah) dan Program Peningkatan Sementara Plus (landskap) kerana ia memberi tumpuan kepada peningkatan blok dan kejiranan.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "HDB Quality Living - Sample Housing Survey" (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 9 Ogos 2020.
  2. ^ "Public Housing – A Singapore Icon" (dalam bahasa Inggeris). Lembaga Perumahan dan Pembangunan. Diarkibkan daripada yang asal pada 10 Oktober 2015. Dicapai pada 23 Oktober 2015.
  3. ^ "National Day Rally 2018: All HDB flats will be upgraded twice under expanded Home Improvement Programme". The Straits Times (dalam bahasa Inggeris). 19 Ogos 2018. Dicapai pada 13 Jun 2019.
  4. ^ "SERS". www.hdb.gov.sg (dalam bahasa Inggeris). HDB InfoWEB. Diarkibkan daripada yang asal pada 16 Oktober 2015. The Selective En bloc Redevelopment Scheme (SERS) renews our older housing estates. If you are a SERS resident, you will get the opportunity to move to a new home with a new 99-year lease, and continue living close to your current neighbours. SERS flat owners will also be given a package comprising compensation and rehousing benefits.
  5. ^ Rachel Au-Yong (19 Ogos 2018). "National Day Rally 2018: Owners of old HDB flats can vote to let Govt buy back flats early, get new ones with proceeds". The Straits Times (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 13 Jun 2019.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]