Lepton Tau

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Tauon atau lepton tau, ditandai τ atau τ-, ialah zarah keunsuran yang menyerupai elektron dan muon, tetapi lebih berat darpada kedua-duanya.

Ia merupakan lepton generasi ketiga, dengan pasangan neutrinonya, neutrino tau. Ia mempunyai spin 1/2, cas elektrik -e, dan nombor lepton tau, Lτ = 1. Ia mereput kepada lepton yang lebih ringan, dengan nombor lepton diabadikan.

Antizarahnya ialah antitauon, yang mempunyai jisim yang sama tetapi dengan cas elektrik +e dan Lτ = -1.

Tauon mempunyai jisim m = 1776.99 + 0.29 - 0.26 MeV/c2 dan masa hayat purata τ = (290.6 ± 1.0) × 10-15 s.


Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.