Boson W dan Z

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke navigasi Pergi ke carian
Boson W±
dan Z0
Komposisi: Zarah asas
Kumpulan: Boson tolok
Interaksi: Daya nukleus lemah
Pengasas teori: Glashow, Weinberg, Salam (1968)
Ditemui: Kolaborasi UA1 dan UA2, CERN, 1983
Jisim: W: 80.379±0.012 GeV/c2[1]


Z: 91.1876±0.0021 GeV/c2[2]

Cas elektrik: W: ±1 e
Z: 0 e
Spin: 1
Isospin lemah: W: ±1
Z: 0
Hipercas lemah: 0

Boson tolok yang mengantarakan daya nukleus lemah ialah zarah-zarah W± dan Z0.

W berspin 1, bercas elektrik ±e, tidak bercas warna, dan mempunyai jisim 80.4 ± 0.03 GeV/c2. Ia mereput kepada lepton bercas bersama neutrino lebih-kurang 1/3 acapnya, dan kepada hadron 2/3 acapnya.

Z pula berspin 1, tidak bercas elektrik, tidak bercas warna, dan mempunyai jisim 91.188 ± 0.002 GeV/c2. Ia mereput kepada pasangan lepton-antilepton bercas lebih-kurang 10% acapnya, kepada pasangan neutrino-antineutrino 20%, dan kepada hadron 70% acapnya.

  1. ^ M. Tanabashi et al. (Particle Data Group) (2018). "Review of Particle Physics". Physical Review D. 98 (3): 030001. Bibcode:2018PhRvD..98c0001T. doi:10.1103/PhysRevD.98.030001.
  2. ^ M. Tanabashi et al. (Particle Data Group) (2018). "Review of Particle Physics". Physical Review D. 98 (3): 030001. Bibcode:2018PhRvD..98c0001T. doi:10.1103/PhysRevD.98.030001.