Kuark naik

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke navigasi Pergi ke carian
Kuark naik
Komposisi: Zarah asas
Kumpulan: Kuark
Generasi: Pertama
Interaksi: Daya nukleus kuat, daya nukleus lemah, elektromagnet, graviti
Antizarah: Antikuark naik (u)
Pengasas teori: Murray Gell-Mann (1964)
George Zweig (1964)
Ditemui: SLAC (1968)
Simbol: u
Jisim: 2.2+0.5
−0.4
 MeV/c2
[1]
Mereput menjadi: Stabil atau kuark turun + positron + neutrino elektron
Cas elektrik: +2/3 e
Cas warna: Ya
Spin: 1/2
Isospin lemah: Kiri: +1/2, Kanan: 0
Hipercas lemah: Kiri: +1/3, Kanan: +4/3

Kuark naik, ditandai u, di antara dua perisa kuark yang teringan bersama kuark turun ("d"). Bercas elektrik +2/3 e (u bercas -1/3 e), dan seperti kuark-kuark lain, mempunyai cas warna merah, biru atau hijau.

Kuark turun adalah kuark yang paling ringan dan oleh itu biasanya tidak mereput kepada kuark-kuark lain. Kuark naik dan kuark turun membina proton (uud), yang stabil, dan neutron (udd), yang boleh mereput kepada proton (reputan beta) dalam keadaan tertentu (neutron bebas, atau yang berada dalam nukleus-nukleus tertentu).

Antizarah bagi kuark naik ialah antikuark dengan perisa antinaik, bercas elektrik -2/3 e (dan dengan antiwarna antimerah, antibiru atau antihijau).


  1. ^ M. Tanabashi et al. (Particle Data Group) (2018). "Review of Particle Physics". Physical Review D. 98 (3): 1–708. Bibcode:2018PhRvD..98c0001T. doi:10.1103/PhysRevD.98.030001. PMID 10020536.