Kuark turun

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Kuark turun, ditandai d, di antara dua perisa kuark yang teringan bersama kuark naik ("u"). Bercas elektrik -1/3 e (u bercas +2/3 e), dan seperti kuark-kuark lain, mempunyai cas warna merah, biru atau hijau.

Kuark turun boleh mereput kepada kuark naik menerusi salingtindak lemah, tetapi kerana perbezaan jisim di antara mereka adalah kecil, ini boleh berlaku dalam keadaan-keadaan ketenagaan tertentu sahaja. Oleh itu kuark turun dan kuark naik membina proton (uud), yang stabil, dan neutron (udd), yang boleh mereput kepada proton (reputan beta), tetapi hanya dalam keadaan tertentu (neutron bebas, atau yang berada dalam nukleus-nukleus tertentu).

Antizarah bagi kuark turun ialah antikuark dengan perisa antiturun, bercas elektrik +1/3 e (dan dengan antiwarna antimerah, antibiru atau antihijau).


Kuark d
Jisim m = 3 ke 7 MeV/c2
Cas = -1/3 e
Spin 1/2
Pariti +
Isospin I = 1/2, Iz = -1/2