Liga Hansa

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Liga Hansa adalah gabungan gencana saudagar komersial dan pertahanan serta bandar pasar mereka. Liga ini lama menguasai perdagangan laut Baltik selama berkurun-kurun lamanya daripada asasnya sebagai gabungan beberapa kota di Jerman Utara pada akhir tahun 1100-an. Gabungan ini menjangkau dari laut Baltik hinggalah ke Laut Utara dan jauh ke darat semasa Akhir Zaman Pertengahan dan merosost secara perlahan-lahan selepas tahun 1450.

Gabungan ini dibentuk bagi melindungi kepentingan ekonomi dan keistimewaan diplomatik gencana dalam kota dan negara sokongan mereka serta laluan yang digunakan para saudagar untuk perniagaan mereka. Gabungan ini mempunyai sistem perundangan mereka sendiri serta balatentera untuk tujuan pertolongan dan perlindungan bersama. Walau bagaimanapun, ia tidaklah merupakan sebuah negara yang tersendiri mahupun suatu gabungan negara kota - hanyak segelintir sahaja kota yang mendapat kebebasan dan keistimewaan berautonomi dalam Liga ini yang setaraf dengan kota yang mempunyai perwakilan sendiri dalam sesebuah empayar (kota imperial bebas, free imperial city).[1]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Hansen, Mogens Herman (2000). A comparative study of thirty city-state cultures: an investigation. Royal Danish Academy of Sciences & Letters: Copenhagen Polis Centre (Historisk-filosofiske Skrifter 21). m/s. 305. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]