Liga Super Indonesia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Liga Super Indonesia
Djarum Indonesia Super League.png
Negara  Indonesia
Konfederasi AFC (Asia)
Ditubuhkan 2008 (sebelum 2008, pertandingan bola sepak
profesional di Indonesia
adalah Divisyen Premier)
Jumlah pasukan 18
Disingkirkan ke Divisyen Premier
Aras Tahap 1
Piala domestik Piala Indonesia
Piala antarabangsa Liga Juara-Juara AFC
Piala AFC
Juara semasa Arema Indonesia (2009–10)
Kelab paling berjaya Persipura (1)
Arema Indonesia(1)
Rakan TV antv
Laman web LigaIndonesia.co.id

Liga Super Indonesia adalah pertandingan profesional tertinggi bagi kelab-kelab bola sepak di Indonesia. Pertandingan ini diuruskan oleh PT Liga Indonesia, di bawah pengawasan Persatuan Sepak Bola Indonesia (PSSI). Terdapat 18 kelab yang melibatkan diri di dalam liga tertinggi ini perlu lulus sejumlah proses keperluan dan pengesahan, yang berkaitan dengan penilaian profesionalisme dan infrastruktur.

Djarum, sebuah syarikat rokok, telah menjadi penaja utama bagi pertandingan ini selama dua tahun.

Sehingg tahun 2008, pertandingan profesional bola sepak tertinggi di Indonesia adalah Division Premier (di bahasa Indonesia: Divisi Utama), yang telah disingkirkan ke Divisi kedua.

Merujuk kepada AFC Final Assessment Ranking bagi musim 2009–2010 (yang mana liga bola sepak profesional di Asia telah diletakkan berbanding dengan daya saing, profesionalisme, kebolehpasaran, dan status kewangan liga dan kelab-kelabnya - untuk menulai bilangan tempat di dalam Liga Juara-Juara AFC), Liga Super Indonesia telah diletakkan tempat ke-8 terbaik di Asia Tenggara. [1]

Stadium dan lokasi[sunting | sunting sumber]

Lokasi pasukan-pasukan di dalam Liga Super Indonesia 2010–11
Kelab Bandar Daerah Stadium Kapasiti Musim 2009–10
Arema Indonesia Malang Regency Jawa Timur Kanjuruhan 35,000 Juara Liga Super Indonesia
Bontang FC Bontang Kalimantan Timur Mulawarman 20,000 Ke-11 dalam Liga Super Indonesia
Deltras Sidoarjo Sidoarjo Regency Jawa Timur Gelora Delta 35,000 Naib juara Divisyen Premier
Pelita Jaya Kabupaten Purwakarta Jawa Barat Singaperbangsa 20,000 Ke-15 dalam Liga Super Indonesia
Menang "play-off" naik/turun liga
Persela Lamongan Lamongan Jawa Timur Surajaya 12,500 Ke-14 dalam Liga Super Indonesia
Persib Bandung Bandung Jawa Barat Siliwangi 25,000 Ke-4 dalam Liga Super Indonesia
Persiba Balikpapan Balikpapan Kalimantan Timur Persiba 10,000 Ke-3 dalam Liga Super Indonesia
Persija Jakarta Jakarta DKI Jakarta Gelora Bung Karno 88,306 Ke-5 dalam Liga Super Indonesia
Persijap Jepara Jepara Jawa Tengah Gelora Bumi Kartini 25,000 Ke-9 dalam Liga Super Indonesia
Persipura Jayapura Jayapura Papua Mandala 30,000 Naib juara Liga Super Indonesia
Persisam Putra Samarinda Kalimantan Timur Segiri 30,000 Ke-12 dalam Liga Super Indonesia
Persiwa Wamena Kabupaten Jayawijaya Papua Pendidikan 20,000 Ke-6 dalam Liga Super Indonesia
PSPS Pekanbaru Pekanbaru Riau Kaharuddin Nasution 20,000 Ke-7 dalam Liga Super Indonesia
Semen Padang Padang West Sumatra Haji Agus Salim 28,000 Ke-3 dalam Divisyen Premier
Sriwijaya FC Palembang South Sumatera Jakabaring 40,000 Ke-8 dalam Liga Super Indonesia

ISL B-21[sunting | sunting sumber]

Membina dan mengurus satu pasukan B-21 yang lengkap adalah salah satu daripada keperluan untuk kelab-kelab yang terlibat di dalam ISL. Pasukan-pasukan B-21 akan menyertai pasukan-pasukan di dalam Liga Super Indonesia B-21 yang diadakan serentak dengan pertandingan utama. Di dalam 2009-10, pasukan Persib Bandung U-21 telah memenangi liga berkenaan.

Sehingga 2008, aras pertandingan junior yang paling tinggi di Indonesia adalah Piala Liga B-23.

Sejarah kejohanan[sunting | sunting sumber]

Tahun Juara Naib Juara
2008-09 Persipura Jayapura Persiwa Wamena
2009-10 Arema Indonesia Persipura Jayapura

Sebelum tahun 2008, pertandingan profesional aras tertinggi di Indonesia adalah Divisyen Premier. Ia menggunakan gabungan format round-robin berganda pusingan pertama dan penyingkiran tunggal pusingan kedua. Liga Super Indonesia menggunakan format pertandingan round-robin berganda.

Hanya mempertimbangkan dua edisi ISL, Persipura Jayapura dianggap sebagai kelab-kelab yang terbaik, kerana mereka boleh menamatkan pada tempat pertama dan kedua berturut-turut. Dengan mempertimbangkan sejarah keseluruhan liga bola sepak di Indonesia, Persebaya Surabaya, Persik Kediribersama-sama Persipura Jayapura adalah yang terbaik, dengan memenangi pertandingan dua kali.

Johan ISL B-21[sunting | sunting sumber]

Tahun Juara Naib Juara
2008-09 Pelita Jaya U-21 Persita U-21
2009-10 Persib Bandung U-21 Pelita Jaya U-21

Musim kelab 2009–10[sunting | sunting sumber]

Kelab-kelab berikut akan terlibat di dalam musim 2009–10.

Kelab
Kedudukan
di dalam 2008
Musim pertama di dalam
Divisyen 1.
Bilangan musim di dalam
Divisyen 1.
Bilangan musim di dalam
ISL
Musim pertama
menggantikan dalam
Divisyen 1.
Pertandingan dimenangi di dalam
Divisyen 1.
Kali terakhir petandingan dimenangi di dalam
Divisyen 1.
Arema Indonesia 01010 1987-88 2 1 2009-10
Bontang FC 01313 1988-89 2 0 n/a
Pelita Jaya 0099 1986-87 2 3 1993-94
Persebaya Surabaya YYYPlayoff:
Divisi Utama
1930-31 1 8 2004
Persela Lamongan 0066 2007 2 0 n/a
Persema Malang YYY2: Divisi Utama 1994-95 1 0 n/a
Persib Bandung 0033 1930-31 2 6 1994-95
Persiba Balikpapan 0055 1994-95 2 0 n/a
Persija Jakarta 0077 1930-31 2 10 2001
Persijap Jepara 01111 2001 2 0 n/a
Persik Kediri 0044 2003 2 2 2006
Persipura Jayapura 0011 1994-95 2 2 2008-09
Persisam Putra Samarinda YYY1: Divisi Utama 1994-95 1 0 n/a
Persitara Jakarta Utara 01414 2006 2 0 n/a
Persiwa Wamena 0022 2006 2 0 n/a
PSM Makassar 0088 1957 2 5 1999-2000
PSPS Pekanbaru YYY3: Divisi Utama 2003 1 0 n/a
Sriwijaya FC 0055 1994-95 2 1 2007

Anugerah[sunting | sunting sumber]

Penjaring terbanyak[sunting | sunting sumber]

Tahun Penjaring Kelab Gol
2008-09 Indonesia Boaz Solossa

Indonesia Christian Gonzalez

Persipura Jayapura

Persib Bandung

28
2009-10 Paraguay Aldo Baretto Bontang FC 19

Pemain terbaik[sunting | sunting sumber]

Tahun Pemain Kelab
2008-09 Indonesia Boaz Solossa Persipura Jayapura
2009-10 Indonesia Kurnia Meiga Arema Indonesia

Anugerah Permainan Bersih[sunting | sunting sumber]

Tahun Penerima Kategori Pemain Penerima Kategori
2008-09
2009-10 Indonesia Eduard Ivakdalam (Persipura Jayapura) Sriwijaya FC

Pengadil terbaik[sunting | sunting sumber]

Tahun Pengadil Origin
2008-09
2009-10 Indonesia Oki Dwi Putra Bandung

Penajaan[sunting | sunting sumber]

  • 2008-sekarang: Djarum (Liga Super Indonesia Djarum)

Pemain Luar Negara[sunting | sunting sumber]

Edisi pertama ISL menggunakan format yang sama untuk pemain asing sebagai edisi sebelumnya liga lapisan atas di Indonesia, yang membolehkan kelab untuk mempunyai 5 pemain asing dari mana-mana negara (hanya 3 boleh bermain dalam satu perlawanan).

Walau bagaimanapun, bermula edisi 2009-10, PSSI menggunakan format baru, yang dikenali sebagai format "3 + 2", di mana sekurang-kurangnya 2 daripada 5 pemain asing dalam setiap kelab adalah dari negara-negara Asia. Tambahan pula, mereka pemain import perlu mematuhi syarat yang berikut[2]:

  • Pemain dari negara-negara Eropah atau Amerika sepatutnya bermain dalam Divisyen kedua (sistem pertandingan masing-masing lapisan ketiga).
  • Pemain dari negara-negara Afrika sepatutnya bermain dalam (sekurang-kurangnya) dalam Divisyen pertama (sistem pertandingan masing-masing lapisan kedua).
  • Pemain-pemain dari negara-negara Asia perlu memainkan (sekurang-kurangnya) dalam liga perdana/super (sistem pertandingan masing-masing lapisan tertinggi).
  • Pemain dari negara-negara Asia Tenggara perlu berada dalam pasukan kebangsaan mereka.

Pada edisi 2010-2011, PSSI memperkenalkan peraturan baru mengenai pendaftaran pemain import baru dari negara-negara Afrika. Pemain dari negara-negara Afrika yang tidak pernah bermain sebelum ini di Liga Super Indonesia akan menjadi pemain antarabangsa untuk negaranya. Para pemain masing-masing perlu menunjukkan bukti-bukti rasmi bahawa mereka telah bermain untuk negara mereka di perlawanan rasmi FIFA. Pemain-pemain gagal menunjukkan bukti-bukti itu tidak akan mendapat kebenaran untuk bermain di Liga Super Indonesia 2010-2011.[3]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]