Limau gedang

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Limau gedang
Citrus paradisi (Grapefruit, pink) white bg.jpg
Limau gedang, sitrus hibrid.
Pengelasan saintifik
Alam: Plantae
(tanpa pangkat): Angiosperma
(tanpa pangkat): Eudicots
(tanpa pangkat): Rosids
Order: Sapindales
Keluarga: Rutaceae
Genus: Citrus
Spesies: C. × paradisi
Nama binomial
Citrus × paradisi
Macfad.

Limau gedang (Citrus × paradisi) (bahasa Inggeris: grapefruit) ialah pokok sitrus subtropika dikenali dengan buahnya yang masam hingga separuh manis. Ia adalah buah kacuk abad ke-18 pertama kali dibiakkan di Barbados.[1]

Gambaran[sunting | sunting sumber]

Pokoknya yang malar hijau ini biasanya tumbuh mencapai ketinggian 5–6 meter (16–20 kaki) namun ada juga yang boleh tumbuh setinggi 13–15 m (43–49 kaki). Daunnya panjang (sehingga 15 sentimeter / 5.9 inci), nipis dan berwarna hijau terang. Bunga yang dihasilkan berkelopak empat putih berukuran 5 sm (2 in). Buahnya berbentuk sfera jingga-kekuningan berdiameter dari 10 hingga 15 sm (3.9–5.9 in). Isi buahnya bersegmen and berasid dengan warnanya berbeza mengikut kultivar dari putih, merah jambu hingga ke merah dengan tahap kemanisan yang berbeza (secara umumnya, isi buah yang merah akan lebih manis rasanya). Kultivar limau gedang yang pertama kali dipatenkan adalah "1929 US Ruby Red" (daripada jenis Redblush).

Pengeluaran[sunting | sunting sumber]

China merupakan negara pengeluar limau gedang dan limau bali yang paling utama disusuli oleh Amerika Syarikat dan Mexico.

Negara pengeluar limau gedang (termasuk limau bali) yang terbanyak — 2012
Negara Pengeluaran (tan metrik) Nota kaki
 Republik Rakyat China 3,800,000 F
Templat:Country data flagcountry 1,046,890
Templat:Country data flagcountry 415,471
 Thailand 328,000 F
 Afrika Selatan 304,559
Templat:Country data flagcountry 246,618
800px-Flag of Turkey.svg-1-.png Turki 243,267
Templat:Country data flagcountry 200,000 F
Templat:Country data flagcountry 200,000 F
 Sudan 196,000
 Ghana 192,000
 Dunia 8,040,038 A
No symbol = angka rasmi, P = angka rasmi, F = anggaran FAO, * = Data tidak rasmi/separa rasmi/salinan, C = angka kiraan A = Agregat (sama ada rasmi, separa rasmi or anggaran);

Sumber: Food And Agricultural Organization of United Nations: Economic And Social Department: The Statistical Division

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Carrington, Sean; Fraser, HenryC (2003). "Grapefruit". A~Z of Barbados Heritage. Macmillan Caribbean. m/s. 90–91. ISBN 0-333-92068-6. One of many citrus species grown in Barbados. This fruit is believed to have originated in Barbados as a natural cross between sweet orange (C. sinesis) and Shaddock (C. grandis), both of which were introduced from Asia in the seventeenth century. The grapefruit first appeared as an illustration entitled 'The Forbidden Fruit Tree' in the Rev. Griffith Hughes' The Natural History of Barbados (1750). This accords with the scientific name which literally is 'citrus of paradise'. The fruit was obviously fairly common around that time since George Washington in his Barbados Journal (1750-1751) mentions 'the Forbidden Fruit' as one of the local fruit available at a dinner party he attended. The plant was later described in the 1837 Flora of Jamaica as the Barbados Grapefruit. The historical arguments and experimental work on leaf enzymes and oils from possible parents all support a Barbadian origin for the fruit.