Limosin Presiden (Amerika Syarikat)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Limosin Presiden Amerika Syarikat atau dikenali sebagai The Beast atau Cadillac One ialah kenderaan rasmi yang digunakan oleh Presiden Amerika Syarikat atau semasa lawatan ke luar negara. Kenderaan ini dihasilkan oleh General Motors pada tahun 2009.

Ciri-ciri[sunting | sunting sumber]

Limosin Presiden (Amerika Syarikat)
Model terkini Limosin rasmi presiden A.S.
Maklumat
PengilangCadillac
PendahuluVersi 2009–2018
KelasLimosin
PelantarGMC TopKick
Berat Curb15,000–20,000 lb (6,800–9,100 kg)

Kenderaan ini juga mempunyai spesifikasi sangat khusus untuk keselamatan presiden itu, juga mempunyai ciri-ciri sebuah kereta kebal. The Beast mempunyai sepanjang 5 meter dan mempunyai berat sebanyak 8 tan. Kenderaan ini dilengkapi dengan pintu kalis peluru. Pintu kalis peluru ini setebal sebanyak 20 cm. Tayar kenderaan ini juga tayar kalis bocor. Badan kenderaan ini cukup kukuh kerana kenderaan ini diperbuat daripada besi keluli, seramik serta titanium.

Selain itu, tangki minyak kenderaan ini juga diperbuat daripada bahan kalis letupan. Kenderaan ini juga dilengkapi senapang shotgun dan kamera penglihatan malam. Kenderaan ini mempunyai bekalan oksigen dan darah sama jenis dengan Presiden Amerika Syarikat sekiranya berlaku sebarang kecemasan. Kenderaan ini dapat memuatkan maksimum 7 orang. Model semasa limosin presiden telah diserviskan pada tahun 2009. Walaupun harga kenderaan ini belum dikeluarkan, menurut The Guardian, akhbar British, setiap limosin mempunyai kos sebanyak USD 1 juta atau dalam ringgit Malaysia ialah sebanyak RM 4,430,500.

Sepanjang tempoh perkhidmatan Presiden Barack Obama, beliau kadang-kadang menggunakan limosin yang digunakan oleh bekas presiden George W. Bush dalam acara-acara kebangsaan dan antarabangsa.

Galeri[sunting | sunting sumber]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]