Live Earth

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Live Earth
Location(s) 2007: Sydney, Johannesburg, New Jersey, Rio de Janeiro, Antarctica, Tokyo, Kyoto, Shanghai, London, Hamburg, Washington D.C. and Rome
Years active 2007
Founded by Al Gore, Kevin Wall
Date(s) 7 July 2007
Genre Pop, Rock
Website www.liveearth.org

Live Earth merupakan acara tahunan bagi memerangan perubahan iklim di seluruh dunia. Ia mengadakan menggunakan pentas hiburan iaitu konsert bagi membangkitkan kesedaran amasyarakat antarabangsa betapa pentingnya memelihara alam sekitar.

Pentas hiburan digunakan kerana ia dapat menembusi rangkaian sosial yang lebih luas. [1]

Pengasas[sunting | sunting sumber]

Live Earth merupakan NGO antarabangsa yang ditubuhkan oleh Emmy Kevin Wall . Bekas Naib Presiden Amerika Syarikat dan pemenang Hadiah Nobel Keamanan Al Gore turut bekerjasama menjayakan konsert ini.


Konsert Live Earth 2007[sunting | sunting sumber]

Konsert Live Earth 2007 telah diadakan pada 7 Julai 2007 bertajuk "Live Earth: The Concerts for A Climate Crisis" . Ia diadakan serentak di New York, London, Sydney, Tokyo, Shanghai, Rio De Janeiro, Johanneburg dan Hamburg

Konsert Live Earth 2010[sunting | sunting sumber]

Konsert Live Earth 2010 diadakan serentak di 39 negara di dunia pada 18 April 2010. Temanya ialah Dow Live Earth Run For Water". Kempen ini diharap dapat menyedarkan masyarakat dunia tentang kesan kerosakan alam sekitar terutama kepada krisis air.

Indonesia mengadakan Konsert Live Earth ini di Wisma Kencana, pulau Bali. Artis yang terlibat ialah kumpulan band Slank, Maliq & d'Essentials dan Saykoji serta penyanyi Glen Fredly dan Nugie. Larian 6km turut diadakan. Ia simbolik kepada jarak untuk mendapatkan air bersih - satu kesengsaraan bagi wanita dan kanak-kanak.

Krisis air[sunting | sunting sumber]

Dunia mula merasakan kekurangan air bersih kerana pokok-pokok yang berfungsi menyimpan air ditebang, sungai-sungai dipenuhi sampah sarap hingga menyebabkan ia menjadi cetek dan tercemar teruk. Krisis air berpunca daripada pengondolan hutan, penswastaan dan sanitasi yang buruk.


Rujukan[sunting | sunting sumber]