Al Gore
Albert Arnold "Al" Gore, Jr. | |
---|---|
![]() | |
Naib Presiden Amerika Syarikat ke-45 | |
Dalam jawatan 20 Januari 1993 – 20 Januari 2001 | |
Presiden | Bill Clinton |
Didahului oleh | Dan Quayle |
Digantikan oleh | Dick Cheney |
Senator A.S. dari Tennessee | |
Dalam jawatan 3 Januari 1985 – 2 Januari 1993 | |
Didahului oleh | Howard Baker |
Digantikan oleh | Harlan Mathews |
Ahli Dewan Perwakilan A.S. dari daerah ke-6th Tennessee | |
Dalam jawatan 3 Januari 1983 – 3 Januari 1985 | |
Didahului oleh | Robin Beard |
Digantikan oleh | Bart Gordon |
Ahli Dewan Perwakilan A.S. dari daerah ke-4th Tennessee | |
Dalam jawatan 3 Januari 1977 – 3 January 1983 | |
Didahului oleh | Joe L. Evins |
Digantikan oleh | Jim Cooper |
Butiran peribadi | |
Lahir | Washington, D.C. | 31 Mac 1948
Parti politik | Parti Demokratik |
Pasangan | Mary Elizabeth "Tipper" A. Gore |
Alma mater | Harvard University |
Laman web rasmi | http://www.algore.com/ |
Albert Arnold "Al" Gore, Jr. (lahir 31 Mac 1948) merupakan seorang ahli politik Amerika Syarikat, peniaga, aktivis perubahan cuaca serta pemenang Hadiah Nobel.
Gore pernah menjadi ahli Dewan Perwakilan Amerika Syarikat, Senator dari Tennessee, serta Naib Presiden Amerika Syarikat ke-45 dari 1993 hingga 2001. Beliau ditewaskan oleh George W. Bush dalam pilihan raya menjadi Presiden Amerika Syarikat pada tahun 2000. Pilihan raya itu menimbulkan banyak kontroversi, dan hanya diselesaikan melalui keputusan Mahkamah Tertinggi Amerika Syarikat.
Selepas kekalahan itu, Gore telah mengubah fokusnya kepada fenomenon perubahan cuaca yang mengancam dunia kita. Beliau telah memberi kuliah di seluruh Amerika Syarikat serta dunia tentang topik ini, demi meningkatkan kesedaran warga dunia. Filem dokumentarinya, An Inconvenient Truth yang bertemakan pemanasan global berjaya memenangi Anugerah Academy Awards untuk dokumentari terbaik. Pertubuhan yang dipimpin oleh beliau, Save Our Selves telah menganjurkan konsert amal Live Earth yang berlangsung serentak di beberapa lokasi seluruh dunia pada 7 Julai 2007. Sebagai pengiktirafan kerjanya dalam bidang ini, Gore telah dihadiahkan Hadiah Keamanan Nobel bersama Panel Antara Kerajaan tentang Perubahan Cuaca pada 12 Oktober 2007.
Walaupun kepopularan baru serta kejayaan tersebut banyak meninggikan peluang kemenangan beliau dalam pilihan raya Presiden 2008, Gore telah berulang kali menafikan hasrat untuk menyertai perlumbaan untuk menjadi calon Parti Demokratik dalam pilihan raya tersebut.
Kehidupan awal[sunting | sunting sumber]
Albert A. Gore, Jr., anak kepada Albert Arnold Gore, Sr. dan Pauline LaFon Gore, dilahirkan di Washington, D.C.. Gore Sr. merupakan ahli Dewan Perwakilan (1939–1944, 1945–1953) serta Senator dari Tennessee (1953–1971). Beliau dibesarkan di Washington dan Carthage, Tennessee.
Gore menghadiri Harvard College dan mendapat Sarjana Muda Sastera dengan Kepujian dalam bidang kerajaan pada Jun 1969. Beliau juga menyertai angkatan tentera. Dalam Perang Vietnam, Gore berkhidmat di situ selama empat bulan sebagai wartawan medan. Selepas meninggalkan angkatan tentera, Gore menyertai kursus pendidikan keagamaan di Vanderbilt University. Pada 1970, beliau mengahwini Mary Elizabeth Aitcheson.
Sebagai wartawan akhbar The Tennessean, beliau telah mendedahkan kes rasuah di kalangan Majlis Metro Nashville. Akibat itu, dua ahli majlis telah ditahan dan didakwa.