Lorik Cana

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Lorik Cana
Lorik cana.jpg
Maklumat peribadi
Nama penuhLorik Agim Cana
Tarikh lahir (1983-07-27) 27 Julai 1983 (umur 35)
Tempat lahirGjakova, Kosovo
Ketinggian1.86 m (6 ka 1+316 in)
Posisi permainanPertahanan, Pemain tengah bertahan,
Pemain tengah
Maklumat kelab
Kelab terkiniS.S. Lazio
Nombor27
Kerjaya remaja
1997–2000Dardania Lausanne
2000–2002Paris Saint-Germain
Kerjaya senior*
TahunPasukanKmncln(Gol)
2002–2005Paris Saint-Germain69(2)
2005–2009Marseille122(6)
2009–2010Sunderland31(0)
2010–2011Galatasaray24(1)
2011–Lazio69(4)
Pasukan kebangsaan
2003–Albania78(1)
* Kemunculan kelab senior dan gol dikira untuk liga tempatan sahaja dan betul sehingga 5 Oktober 2014.

† Kemunculan (Gol).

‡ Kaps pasukan kebangsaan dan gol betul sehingga 11 Oktober 2014

Lorik Cana (lahir 27 Julai 1983) merupakan pemain bola sepak profesional Albania yang bermain sebagai pertahanan tengah untuk kelab Serie A S.S. Lazio dan merupakan kapten pasukan bola sepak kebangsaan Albania.

Karier kelab[sunting | sunting sumber]

Paris Saint-Germain[sunting | sunting sumber]

Dia dijemput menyertai ujian percubaan di Arsenal ketika berumur 16 tahun, tetapi tidak hadir kerana dia telah dinafikan visa British.[1]Cana akhirnya beraksi dalam pasukan utama pada tahun 2003. Ketika musim 2003–04, dia bermain 32 perlawanan dan menjaringkan satu gol, dan kelab itu memenangi Coupe de France..

Marseille[sunting | sunting sumber]

Cana bermain untuk Marseille pada tahun 2008.

Pada musim 2005–06, dia menyertai Marseille. Dia dijadikan kapten selepas perpindahan Habib Beye ke Newcastle United pada tahun 2007. Cana meninggalkan kelab itu untuk menyertai Sunderland pada bulan Ogos 2009.

Sunderland[sunting | sunting sumber]

Cana menyertai Sunderland dengan kontrak empat tahun dan yuran perpindahan sekitar £5 juta pada 24 Julai 2009.[2] Dia dijadikan kapten pasukan oleh pengurus Steve Bruce,[3] walaupun Bruce kemudian menyatakan kapten masih belum dilantik.[4] Pada 15 Ogos, Cana membua penampilan sulung liga untuk Sunderland ketika kemenangan 1–0 ke atas Bolton Wanderers, menjadi pemain Albania pertama bermain dalam Liga Perdana Inggeris.[5] Dia dijadikan kapten Sunderland untuk musim 2009–10 pada 3 September.[6]

Galatasaray[sunting | sunting sumber]

Cana menyertai Galatasaray pada 8 Julai 2010, dengan yuran perpindahan €4.5 juta.[7] Dia menandatangani kontrak 4 tahun bernilai €2 juta semusim.

Lazio[sunting | sunting sumber]

Pada 3 Julai 2011, Cana menyertai kelab Serie A Lazio, menjadi pembelian kelima kelab itu pada musim panas, selepas ketibaan Miroslav Klose, Djibril Cissé, Senad Lulić dan Abdoulay Konko. Cana membuat penampilan sulungnya untuk Lazio pada 21 September 2011 ketika kemenangan 1–2 di tempat lawan ke atas Cesena dengan masuk sebagai pemain gantian pada minit ke 87 menggantikan Cristian Brocchi.[8] Dia menjaringkan gol pertamanya untuk Lazio pada 10 Disember 2011 ketika menentang Lecce dimana mereka menang 3–2.[9]

Karier antarabangsa[sunting | sunting sumber]

Cana boleh bermain sama ada untuk Albania, Switzerland atau Perancis, kerana dia memegang pasport ketiga-tiga negara itu.[10] Cana memilih Albania ketika awal tahun 2003, selepas menerima panggilan dari Persatuan Bola Sepak Albania.

Selepas menerima undangan itu dia membuat penampilan antarabangsa pertamanya untuk Albania pada 11 Jun 2003 ketika berumur 19 tahun, menentang Switzerland dalam perlawanan kelayakan UEFA Euro 2004 dengan masuk menggantikan Geri Çipi, dimana perlawanan berakhir dengan kekalahan 3–2.[11]

Kelayakan Euro 2008[sunting | sunting sumber]

Pada 12 September 2007, dia dibuang padang oleh pengadil Mike Riley pada minit ke 87 ketika perlawanan Albania menentang Belanda, selepas perselisihan dengan Wesley Sneijder dan Ruud van Nistelrooy.

Kelayakan Euro 2012[sunting | sunting sumber]

Dia diberi tugas kapten buat pertama kali ketika perlawanan persahabatan pada 25 Mei 2010 menentang Montenegro, dimana berakhir dengan kemenangan 1–0.[12] Dia memainkan peranan kapten pada 8 Oktober 2010 ketika perlawanan kelayakan UEFA Euro 2012 menentang Bosnia dan Herzegovina dimana berakhir dengan keputusan seri 1–1.[13] Kemudiannya dia menjadi kapten dalam dua lagi perlawanan kedua-duanya menentang negara yang dia bermain banyak tahun, Perancis pada 2 September dan 7 Oktober 2011.[14][15] Selepas kempen kelayakan Euro 2012 berakhir pada bulan Oktober 2011, Altin Lala dan Ervin Skela bersara daripada bola sepak antarabangsa dan Cana menjadi kapten tetap pasukan bola sepak kebangsaan Albania.[16]

Kelayakan Piala Dunia FIFA 2014[sunting | sunting sumber]

Dalam kelayakan Piala Dunia FIFA 2014 Cana bermain 9 daripada 10 perlawanan Kumpulan E, dan bermain setiap minit dalam perlawanan yang dia main.

Kelayakan Euro 2016[sunting | sunting sumber]

Dia memulakan kempen Kelayakan UEFA Euro 2016 dengan bermain 90 minit penuh ketika kemenangan bersejarah 0–1 di tempat lawan menentang Portugal.[17]

Dalam perlawanan menentang Serbia, di Belgrade, seorang penyokong Serbia, yang sebelum itu memukul Bekim Balaj dengan kerusi, menggigit jari Cana dan cuba memutuskannya menggunakan giginya. Cana dilaporkan yang dia cedera akibat insiden itu.[18]

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Lorik merupakan anak kepada bekas pemain bola sepak Agim Cana. Dia berkahwin dengan model Itali Monica Ercoli pada 8 Jun 2014 dan upacara berlangsung pada 27 Jun 2014.[19][20]

Statistik karier[sunting | sunting sumber]

Kelab[sunting | sunting sumber]

Sehingga 5 Oktober 2014[21][22][23][24]
Kelab Musim Liga Piala Liga Eropah Jumlah
Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol
Paris Saint-Germain 2002–03 3 0 - - - - 3 0
2003–04 32 1 - - - - 32 1
2004–05 32 1 - - 6 0 38 1
2005–06 2 0 - - - - 2 0
Jumlah 69 2 7 0 6 0 75 2
Marseille 2005–06 28 3 - - 8 0 36 3
2006–07 33 2 - - 5 0 38 2
2007–08 34 2 - - 9 0 43 2
2008–09 27 1 - - 3 1 30 2
Jumlah 122 8 0 0 25 1 147 9
Sunderland 2009–10 31 0 - - - 31 0
Jumlah 31 0 0 0 0 0 31 0
Galatasaray 2010–11 24 1 4 0 3 0 31 1
Jumlah 24 1 4 0 3 0 31 1
Lazio 2011–12 15 2 0 0 6 0 21 2
2012–13 24 0 5 0 8 0 32 0
2013–14 26 2 0 0 6 0 32 2
2014–15 4 0 1 0 - - 5 0
Jumlah 69 4 6 0 20 0 86 4
Jumlah karier 315 15 17 0 51 1 369 17

Antarabangsa[sunting | sunting sumber]

Sehingga 11 Oktober 2014
Pasukan kebangsaan Albania[25]
Tahun Kmncln Gol
2003 6 0
2004 5 0
2005 8 1
2006 4 0
2007 6 0
2008 6 0
2009 6 0
2010 6 0
2011 6 0
2012 7 0
2013 8 0
2014 5 0
Jumlah 78 1

Gol antarabangsa[sunting | sunting sumber]

# Tarikh Venue Lawan Skor Keputusan Pertandingan
1. 17 Ogos 2005 Stadium Qemal Stafa, Tirana, Albania  Azerbaijan 2–1 Menang Persahabatan

Kejayaan[sunting | sunting sumber]

Kelab[sunting | sunting sumber]

Paris Saint-Germain[24]
Lazio[24]

Individu[sunting | sunting sumber]

  • Pemain Bola Sepak Tahunan Albania (3): 2004, 2005, 2006
  • Pemain Bola Sepak Tahunan Albania Pilihan Penyokong (1): 2009

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Cana: Arsenali më ka kërkuar si 16-vjeçar" (dalam bahasa Albanian). Pristina, Kosovo: Telegrafi.com. 18 February 2010. Dicapai 14 July 2010. Jam ftuar nga Arsenali për prova kur kam pasur 16 vjet, por nuk mund të vija për shkak të problemeve me vizën. 
  2. ^ "Sunderland sign Marseille captain". BBC Sport. 24 July 2009. Dicapai 26 July 2009. 
  3. ^ "Catt fight is not over yet". Sunderland Echo. 25 July 2009. Dicapai 26 July 2009. 
  4. ^ Fraser, Paul (15 August 2009). "Skipper's crown is awaiting Dunne". The Northern Echo. Dicapai 19 August 2009. 
  5. ^ "Alas, poor Lorik — Cana has gone from Kosovo refugee to a Sunderland hero". Daily Mail. London. 
  6. ^ "Exclusive: Cana for captain". Sunderland AFC. 2 September 2009. Dicapai 3 September 2009. 
  7. ^ "Profesyonel oyuncu Lorik Cana'nın Sunderland FC Kulübünden 4.500.000 avro bedelle transferi". Turkish Public Disclosure System (dalam bahasa Turkish). 8 July 2010. Dicapai 24 July 2011. 
  8. ^ Cesena vs. Lazio - 21 September 2011 - Soccerway
  9. ^ Serie A Lecce vs. Lazio Team line-ups - Goal.com
  10. ^ Yll Press - Cana: Do të shënojmë dhe fitojmë ndaj Bjellorusisë! > Sport: Kombëtaret (3 pasaporta zotëronte Cana para se të zgjidhte Shqipërinë. Ai kishte në dorë të luante me Zvicrën ose Francën, por zgjodhi të përfaqësonte kombin e tij)
  11. ^ Switzerland football team defeated Albania 3:2, 11 June 2003
  12. ^ Montenegro football team lost to Albania 0:1, 25 May 2010
  13. ^ Albania and Bosnia & Herzegovina national football teams played to a 1:1 draw, 8 October 2010
  14. ^ Albania football team lost to France 1:2, 2 September 2011
  15. ^ France football team defeated Albania 3:0, 7 October 2011
  16. ^ Rrëfehet Cana: Karrierën e nisa si sulmues | aSport.info (Kujtojmë që Cana e mban shiritin e kapitenit që nga koha kur nga kombëtarja u largua Altin Lala dhe Ervin Skela, pra që nga tetori i vitit 2011.)
  17. ^ Portugal football team lost to Albania 0:1, 7 September 2014
  18. ^ Lorik Cana: Tifozi serb më kafshoi gishtin
  19. ^ Cana martohet buzë detit - Yjet - Gazeta Tribuna
  20. ^ Martohet Lorik Cana - NOA
  21. ^ (Inggeris) Lorik Profil Lorik Cana pada National-Football-Teams.com
  22. ^ "LORİK CANA". Turkish Football Federation. 26 October 2010. Dicapai 26 October 2010. 
  23. ^ "Lorik Cana". Mackolik.com. 26 October 2010. Dicapai 26 October 2010. 
  24. ^ a b c Albania - L. Cana - Profile with news, career statistics and history - Soccerway
  25. ^ Lorik Cana - national football team player - EU-Football.info

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Kedudukan sukan
Didahului oleh
Habib Beye
Kapten Marseille
2007–2009
Diikuti oleh:
Mamadou Niang
Didahului oleh
Dean Whitehead
Kapten Sunderland
2009–2010
Diikuti oleh:
Lee Cattermole
Didahului oleh
Altin Lala
Kapten Albania
2011 – kini
Pemegang jawatan kini