Pergi ke kandungan

Mabuk Kepayang

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Mabok Kepayang
PengarahS. Roomai Noor
PenulisS. Roomai Noor
Lakon layarS. Roomai Noor
Dihasilkan olehHo Ah Loke
Loke Wan Tho
DibintangiWahid Satay
Suraya Harun
Zainal Gemok
Siti Tanjung Perak
Ahmad Sabri
Syarikat
penerbitan
Diedarkan olehCathay Organisation
Tarikh tayangan
1962
Masa tayangan
110 Minit
Negara Singapura
BahasaMelayu

Mabok Kepayang (ejaan baru: Mabuk Kepayang merupakan sebuah filem komedi Melayu yang diterbitkan di Singapura pada 1962. Filem Mabuk Kepayang diterbitkan dalam bentuk filem hitam putih tanpa warna.

Filem Mabuk Kepayang mula ditayangkan pada 1962 di pawagam seluruh negara. Menampilkan Wahid Satay, Suraya Harun, Zainal Gemok, Aini Jasmin, Siti Tanjung Perak dan ramai lagi.

Hubungan Hassan dan Aminah tidak direstui oleh keluarga mereka. Ibu Hassan dan bapa Aminah sering bersengketa. Hassan terpaksa meninggalkan kampung. Pada masa yang sama, seorang pemuda bernama Ahmad cuba memikat Aminah tetapi tidak diendahkannya. Adik beradik Aminah membantu menghalang niat jahat pemuda tersebut. Sekembalinya Hassan dari perantauan, dia cuba merapatkan semula hubungannya dengan Aminah. Tidak berapa lama kemudian, bapa Ahmad yang kaya yang baru pulang ke kampung setelah menguruskan perniagaannya di Indonesia pula terpikat dengan Aminah. Ibu Ahmad yang mendapat tahu hal tersebut cuba menghalang suaminya daripada berkahwin dengan Aminah seterusnya berjaya merapatkan hubungan antara keluarga Hassan dan Aminah.

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]


Pautan luar

[sunting | sunting sumber]