Pergi ke kandungan

Hussein Haniff

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Hussein Haniff
Kelahiran
Muhammad Hussein bin Muhammad Haniff

1933
Meninggal dunia4 April 1966(1966-04-04) (umur 32–33)
Sebab kematianPenyakit barah
DikebumikanTanah Perkuburan Islam Bidadari, Singapura
WarganegaraPakistan, Singapura
PekerjaanPenyunting, pelukis, pengarah, pelakon, penulis skrip
Tahun aktif1951–1966
Terkenal keranaHang Jebat
Dang Anom
PasanganMusteja Sani
Fatimah Ahmad (k. 1962; m. 1966)
Ibu bapaMuhammad Haniff (bapa)

Muhammad Hussein Muhammad Haniff (1933 4 April 1966) merupakan seorang pengarah filem Melayu.

Kehidupan awal

[sunting | sunting sumber]

Hussein Haniff dikatakan dilahirkan di Pakistan tetapi dibesarkan di Singapura. Bapanya, Muhammad Haniff atau dikenali juga dengan jolokan Chitra, pernah bekerja sebagai pelukis dan pengarah seni di Studio MFP. [1]

Pembabitan beliau dalam bidang perfileman bermula dari belakang tabir, iaitu sebagai pelukis tirai dan peralatan atau hiasan di beberapa pentas bangsawan, dan seterusnya sehingga kepada mengarah filem bagi syarikat Cathay-Keris Film Productions. Pada awalnya, beliau terbabit dalam penyuntingan filem. Selepas itu, pada 1961, beliau mula mengarah filem dengan filem pertamanya, filem Hang Jebat.[2]

Para pengkritik filem menyifatkan Hussein Haniff sebagai memberikan sentuhan anak watan Melayu kepada filem Melayu. Filem sebelumnya yang diarah oleh pengarah India sering menonjolkan jalan cerita bersifat filem India.[3]

Pelakon veteran, Mustapha Maarof yang pernah berlakon dalam filem arahan Hussein menyifatkan pengarah itu sebagai seorang amat cerewet dan terlalu mementingkan kesempurnaan.

Sungguhpun beliau tidak boleh membaca dan menulis, Hussien mampu menterjemahkan setiap ideanya ke dalam skrip yang ditulis dengan bantuan orang lain seperti Ali Aziz yang menulis skrip untuk filem Hang Jebat (1961).

Filem arahannya itu kemudian terpilih untuk dipertandingkan ke Festival Filem Asia ke-9 di Seoul, Korea Selatan pada tahun 1962.

Semasa hayatnya Hussein Haniff dua kali mendirikan rumah tangga. Isteri pertamanya ialah Musteja Sani, seorang suri rumah. Isteri keduanya adalah Fatimah Ahmad, seorang pelakon filem Cathay Keris. Selepas kematian Hussein Haniff, Fatimah Ahmad berkahwin dengan seorang rakyat Amerika Syarikat dan berhijrah ke sana dan meninggal dunia di sana.

Filem pertama arahannya yang boleh diangkat sebagai karya terbaik daripada beliau ialah Hang Jebat (1961). Filem ini menampilkan Nordin Ahmad, M. Amin dan Latifah Omar sebagai bintang utamanya.

Ada satu artikel dalam majalah "Berita Filem" mengatakan Hussein Haniff bakal mengarahkan filem berwarna bertajuk "Tun Perak" karya Mudin Shepard. Tapi filem itu tidak dapat difilemkan berikutan Hussein Haniff meninggal dunia.

Kolaborasi

[sunting | sunting sumber]

Filemografi

[sunting | sunting sumber]

Sebagai pelakon

[sunting | sunting sumber]
Tahun Tajuk Watak
1951 Bapa Saya
Juwita
1952 Antara Senyum dan Tangis
1965 Muda Mudi

Sebagai pengarah

[sunting | sunting sumber]
Tahun Tajuk Pengarah Penulis skrip Penyunting Catatan
1955 Mutiara Dari Malaya Tidak Tidak Ya
1957 Pontianak Tidak Tidak Ya
Dendam Pontianak Tidak Tidak Ya
1958 Chinta Gadis Rimba Tidak Tidak Ya
Che Mamat Parang Tajam Tidak Tidak Ya
Orang Minyak Tidak Tidak Ya
Sumpah Pontianak Tidak Tidak Ya
Selendang Delima Tidak Tidak Ya
Serangan Orang Minyak Tidak Tidak Ya
1959 Jula Juli Bintang Tiga Tidak Tidak Ya
Raden Mas Tidak Tidak Ya
Rasa Sayang Eh Tidak Tidak Ya
Bawang Putih Bawang Merah Tidak Tidak Ya
1960 Noor Islam Tidak Tidak Ya
Tunang Pak Dukun Tidak Tidak Ya
Che Mamat Parang Tumpul Tidak Tidak Ya
1961 Sri Mersing Tidak Tidak Ya
1961 Hang Jebat Ya Tidak Tidak Filem arahan pertama
1962 Dang Anom Ya Tidak Tidak
Korban Kasih Ya Ya Tidak
Mata Syaitan Ya Tidak Tidak
1963 Masuk Angin Keluar Asap Ya Ya Tidak
Gila Talak Ya Ya Tidak
1964 Istana Berdarah Ya Ya Tidak
Dua Pendekar Ya Ya Tidak
Kalong Kenangan Ya Ya Tidak
1965 Jiran Sekampung Ya Cerita Tidak
Cinta Kasih Sayang Ya Cerita Tidak
1966 Udang Di Sebalik Batu Ya Ya Tidak Filem arahan terakhir

Hussein Haniff meninggal dunia pada 4 April 1966 di usia 33 tahun akibat penyakit barah.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]