Aini Jasmin

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Aini Jasmin
Kelahiran1927
Batavia, Hindia Timur Belanda, (kini Jakarta)
Meninggal dunia29 Jun 1988
 Singapura
Nama lainAnnie Jasmin
PekerjaanPelakon

Aini Jasmin ialah seorang pelakon filem Melayu Singapura sekitar 1950-an.

Beliau dilahirkan pada tahun 1927 di Jakarta, Indonesia kini.[1] Beliau mula melibatkan diri dalam dunia lakonan sejak zaman remaja dengan mengikut kumpulan pentas bangsawan di Indonesia. Beliau kemudian menyertai studio Shaw Brothers di Singapura pada tahun 1950-an dan mula melibatkan diri dalam lakonan di layar perak. Banyak lakonan beliau melibatkan watak sampingan terutamanya sebagai pembantu rumah. Beliau telah meninggal dunia 29 Ogos 1988.

Selepas kerjaya lakonan[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 1973, kerancakan filem Melayu Singapura mula padam. Beliau yang semakin lanjut usia, sukar untuk meneruskan kehidupan dan banyak menghabiskan hidupnya bersama anaknya, Suriati Bakar, di sebuah bilik yang terletak di Aljunied Crescent. Kesihatan beliau semakin menurun apabila disahkan menghidap penyakit kencing manis. Aini Jasmin menghabiskan sisa-sisa hidup beliau dengan hanya bergantung kepada wang bantuan jabatan kebajikan masyarakat yang berjumlah S$80 sebulan yang gunakan untuk membayar sewa bilik dan perbelanjaan sekolah anaknya.[1]

Untuk menambahkan pendapatan, Annie Jasmin bersama anaknya mengambil upah mencuci pakaian di rumah-rumah orang.[1]

Annie Jasmin dilaporkan meninggal dunia pada 29 Jun 1988, kira-kira 7:40 pagi di Blok 109, Aljunied Crescent.[1] Menurut anaknya, beliau dibawa pulang sehari sebelumnya setelah sebulan dirawat di Hospital Besar Singapura akibat tercedera kerana terkena air panas.[1] Beliau kemudiannya dikebumikan di Pusara Aman, Singapura.

Filem[sunting | sunting sumber]

Antara filem-filem yang dilakonkannya ialah:-

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c d e https://www.thepatriots.asia/kisah-hidup-anne-jasmin/ The Patriots: Kisah Hidup Annie Jasmin