Maharaja Kōan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kōan
Maharaja Jepun
Pemerintahan392 SM – 291 SM (tradisional)[1]
Keputeraan427 SM
Mangkat291 SM (136 tahun)
DimakamkanTamate no oka no e no misasagi (Nara)
PendahuluMaharaja Kōshō
PenggantiMaharaja Kōrei

Maharaja Kōan (Jepun: 孝安天皇, Hepburn: Kōan-tennō); juga dikenali sebagai Yamatotarashihikokunioshihito no Mikoto. Beliau ialah Maharaja Jepun yang keenam,[2] mengikut susunan tradisi perwarisan.[3]

Tiada tarikh yang tepat untuk kehidupan maharaja ini, tetapi kebiasaanya dianggap memerintah dari tahun 392 SM sehingga 291 SM.[4]

Kisah Lagenda[sunting | sunting sumber]

Para sarjana moden mempersoalkan tentang kewujudan sekurang-kurangnya sembilan maharaja terawal. Keturunan Maharaja Suizei, iaitu Maharaja Sujin merupakan maharaja pertama yang diakui kewujudannya.[5] Nama Kōan-tennō diberikan kepada beliau sebagai nama anumerta oleh generasi kemudian.[6]

Maharaja Kōan dianggap oleh ahli sejarah sebagai "maharaja lagenda". Informasi tentang beliau amat sedikit untuk kajian yang lebih lanjut.[7] Zaman pemerintahan Maharaja Kimmei (509?-571M), Maharaja Jepun ke 29,[8] merupakan maharaja pertama yang dapat disahkan tarikhnya oleh penulisan sejarah kontemporari.[9] Walaubagaimanapun, kebiasaannya nama dan tarikh maharaja terawal yang tidak dapat dipastikan akan dianggap "tradisional" sehingga zaman pemerintahan Maharaja Kammu (737-806), iaitu maharaja ke 50 Dinasti Yamato.[10]

Hanya nama dan susur galurnya sahaja yang direkodkan di dalam Kojiki dan Nihonshoki. Beliau dipercayai anak lelaki kepada Maharaja Kōshō. Ibunya ialah Yosotarashi-no-hime, iaitu anak perempuan kepada Okitsuyoso, dan nenek moyang kepada Owari.[11] Orang Jepun menerima sejarah kewujudannya, dan Imperial misasagi atau tempat pemakaman maharaja ini dalam proses senggaraan. Walaubagaimanapun, tidak wujud sebarang rekod kontemporari yang dapat memastikan bahawa maharaja ini pernah memerintah. Beliau merupakan maharaja kelima daripada lapan maharaja tanpa sebarang lagenda yang mempunyai kaitan dengan mereka, juga dikenali sebagai "Lapan Monarki tanpa Dokumen" (Jepun: 欠史八代,, Hepburn: Kesshi-hachidai).[12]

Jien merekodkan bahawa Maharaja Kōan ialah anak lelaki kedua kepada Maharaja Kōshō, dan beliau memerintah dari Istana Akitsushima-no-miya di Muro yang mana sekarang dikenali sebagai Wilayah Yamato.[13]

Kōan ialah nama postumus. Nama ini tidak dapat dipertikaikan bahawa identifikasi ini berbentuk China dan mempunyai implikasi Buddha, dimana nama tersebut telah diusul atau dibuat supaya teratur beberapa abad selepas kehidupan Maharaja Kōan, kemungkinan besar semasa zaman dimana lagenda tentang asal usul Dinasti Yamato dikumpulkan menjadi rekod peristiwa yang dikenali sebagai Kojiki.[12]

Tempat sebenar makam Maharaja Kōan belum dapat dikenalpasti.[2] Maharaja ini dimuliakan di makam memorial Shinto di Nara.

Agensi Kerabat Diraja Imperial menamai lokasi ini sebagai makam Maharaja Kōan. Secara rasminya, tempat ini dikenali sebagai Tamate no oka no e no misasagi.[14]

Permaisuri dan Anak-anak[sunting | sunting sumber]

Maharani:Oshihime (押媛), anak perempuan kepada Amatarashikunioshihito (天足彦国押人命)

  • Putera Ōkibi no Morosusumi (大吉備諸進命)
  • Putera Ōyamatonekohikofutoni (大日本根子彦太瓊尊), Maharaja Kōrei

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Nota[sunting | sunting sumber]

Artikel ini disalin dan diterjemah daripada Wikipedia Bahasa Inggeris

Mohor Imperial Jepunbunga kekwa chrysanthemum berkembang yang diolah
  1. ^ "Genealogy of the Emperors of Japan" at Kunaicho.go.jp; retrieved 2013-8-28.
  2. ^ a b Imperial Household Agency (Kunaichō): 孝安天皇 (6); retrieved 2013-8-22.
  3. ^ Titsingh, Isaac. (1834). [ Annales des empereurs du japon,], m/s. 5, di Buku Google; Brown, Delmer M. (1979). Gukanshō, p.252; Varley, H. Paul. (1980). Jinnō Shōtōki, p. 90;
  4. ^ Ponsonby-Fane, Richard. (1959). The Imperial House of Japan, p. 30.
  5. ^ Yoshida, Reiji. "Life in the Cloudy Imperial Fishbowl," Japan Times. 27 Mac 2007; retrieved 2013-8-22.
  6. ^ Brinkley, Frank. (1915). [ A History of the Japanese People from the Earliest Times to the end of the Meiji Era, p. 21], m/s. 21, di Buku Google; excerpt, "Posthumous names for the earthly Mikados were invented in the reign of Emperor Kammu (782-805), i.e., after the date of the compilation of the Records and the Chronicles.
  7. ^ Kelly, Charles F. "Kofun Culture," Japanese Archaeology. April 27, 2009.
  8. ^ Titsingh, pp. 34–36; Brown, pp. 261–262; Varley, pp. 123–124.
  9. ^ Hoye, Timothy. (1999). Japanese Politics: Fixed and Floating Worlds, p. 78; excerpt, "According to legend, the first Japanese emperor was Jimmu. Along with the next 13 emperors, Jimmu is not considered an actual, historical figure. Historically verifiable Emperors of Japan date from the early sixth century with Kimmei.
  10. ^ Aston, William. (1896). Nihongi, pp. 109.
  11. ^ Varley, p. 90.
  12. ^ a b Aston, pp. 145-146.
  13. ^ Brown, p. 252; Varley, p. 90.
  14. ^ Ponsonby-Fane, p. 418.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Gelaran pemerintah
Didahului oleh
Maharaja Kōshō
Senarai Maharaja Jepun
392 SM–291 SM
(tarikh tradisional)
Diikuti oleh:
Maharaja Kōrei